Tuesday, 16 January 2018

Last Part ( 15 )


'' Sayang , pilih mana ? Pink or blue ? '' Soal Fayyadh yang begitu teruja memilih barang baby .
Aku memandang dan membuat pilihan dengan tastenya itu .
Aku tidak berminat .
Memandangkan aku tidak tahu ia lelaki atau perempuan , aku lebih memilih pakaian serba putih .
Putih seperti dirinya bila melihat dunia nanti .
Usianya sudah genap tujuh bulan , aku masih juga sibuk dengan kerjaya ku sebagai pelukis .
Fayyadh juga sibuk , namun dialah yang banyak punya masa dalam mencari barang baby .
'' Abang tak naklah bagi baby tidur bilik lain .. tidur je dengan kita . '' Fayyadh bersuara tiba-tiba .
Bacaanku mengenai penjagaan bayi terhenti . Aku bingung dengan sikapnya yang terlalu tidak sabar dengan kehadiran ahli baru antara kami .

Selama aku hamil , aku tidak mengalami morning sickness yang teruk . Cuma teringin makan rambutan dicampur limau kasturi . Pehh sedap !
Pernah juga pukul 3 pagi aku mengajak Fayyadh mencari mee goreng mamak . Masa tu belum tahu lagi ada penumpang . Ada masa teringin makan pau dari Seoul .

Kalau muntah-muntah tu aku tidak mengalaminya . Tiada alahan dengan wangian . Cuma , Fayyadh yang setiap pagi akan muntah dan terkadang mengidam mengalahkan aku .

Kami mula tahu pasal malaikat kecil ni , masa Fayyadh dah hari-hari muntah sampai ambil MC . Dia juga suka makan asamboi . Terliur pula kalau ingat .
Masa kami tahu benda tu , kami tak teruja sangat . Sepanjang jalan kami diam . Fayyadh juga tidak langsung berkata apa-apa .
Aku pula , asyik teringat akan perkenalanku dengannya . Sekarang , aku bukan saja perlu menjaganya , namun zuriatnya juga .
'' Sayang , kita singgah makan jap .. Nak ? '' soal Fayyadh sambil memilih restoren yang tidak jauh dari tempat parkir kereta.
Tanganku dipimpinnya melintas jalan .
Aku sejak akhir-akhir ni memang kurangkan makan sikit . Maklum saja berisiko kencing manis .
Aku hanya minum air Lemon Tea ice yang dipesan tadi .
Fayyadh jangan cakap , macam dah bertahun tak makan .
Tapi badannya tetap sama .
'' Assalammualaikum , '' sapa seseorang yang menghampiri kami .
Aku memandangnya dan menyahut salam itu . Fayyadh juga terus berdiri dan bersalaman dengan orang tersebut .
Ya , Isyraq Sufi dan isterinya , Auni Aliya . Seorang gadis yang pernah dicintai oleh Isyraq Sufi sewaktu masih bersekolah dulu sebelum dia mengenali Farzana . wanita berpurdah yang mempunyai perwatakan lemah lembut dan sopan santun . Jauh sekali bezanya dengan Zana .

Fayyadh mempelawa mereka untuk duduk bersama . Mereka kelihatan agak mesra dan saling bertanya khabar .
'' Boy ke girl ? '' soal Auni sambil mengusap babybump ku .
Aku terus tersenyum .

" Tak scan lagi . Nak bagi surprise . '' jawabku ringkas .
Fayyadh dan Isyraq memandang kerahku .
'' Kita orang belum ada baby lagi , nanti bolehlah tumpang baby ..'' Gurau Auni namun kedengaran seperti ada kesedihan .
Aku memandang wajah Isyraq .
'' Tak apa bro . Lupakan benda lama , nanti aku suruh anak aku panggil kau Abuya .. '' Fayyadh menepuk bahu Isyraq .
Aku memandang mata Auni , ya dia wanita yang baik.

" Awak umminya .. '' aku pula menepuk bahu Auni . dia terus memelukku seakan kami telah lama kenal .
Sungguh , bukan takdir kami untuk bersama . Dan ini kenapa kami ditemukan semula dengan status yang berbeza .
Sudah lama tidak mendengar khabar dari mereka semua . Tapi , Amani baru saja aku mendengar berita darinya bahawa dia kini telah sah menjadi isteri kepada Dae Hyeon . Siapa sangka , Dae Hyeon telah menamakan dirinya Ahmad Aswad sempena nama arwah teman lelaki Amani .
Sungguh wajah mereka tidak sama , namun sikapnya sama seperti arwah Aswad .
Amani pernah menghilang dari kami semua , kerana dia kembali ke Seoul untuk membantu Dae Hyeon yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan .
Amani juga sentiasa ada disisi Dae Hyeon , hingga ia menjadi teristimewa dihatinya .
Aku tidak dapat menghadiri perkahwinan mereka . Namun Amani memahaminya .
Cukup saja aku tahu kami semua kini telah selamat bersama insan yang kami sayang .
'' Sayang cuba lukis muka abang .. Mana tahu baby keluar iras abang kan ? mesti cute . '' usik Fayyadh sambil membuat muka comelnya selalu mencuit hatiku .
Aku hanya tertawa dan menconteng wajahnya dengan warna air . Comot !

'' Kalau saya beranak sekarang , abang siap ek . '' amaranku padanya kerana tidak dapat berhenti ketawa .
Fayyadh makin menggangguku .

'' Eh kenapa sayang ? tak kan nak beranak dah ? '' risau Fayyadh bila aku tiba-tiba saja mengeluh kesakitan .
Tiba-tiba saja ia berkeras . Macam nak koyak rasanya perut ni .
Fayyadh membaringkan aku ditilam dan mengurut kakiku dan mengusap babybumpku lembut .
'' Nanti baby keluar , taknak hitam macam Baba tau , sayang .. '' Fayyadh berbisik dengan baby .
Pecah gelakku sekali lagi . Dah aku rasa tak lama lagi pecahlah air ketuban kalau seharian layan suami macam ni .
Aku mengusap rambut Fayyadh yang berbaring di ribaku .
'' Saya sayang abang.. '' jarang tau cakap benda ni .
Fayyadh yang tadiku sangka tidur , rupanya masih terjaga .

'' Abang pun sayang sayang .'' dia terus mengusap pipiku yang selalu dicubitnya .
Semoga berkekalan jodoh kita .


Yadh , bini kau kat Labour room dah ..
Message yang diterima Fayyadh dari abangku . Sejak malam tadi dia memang dah keras dan berkekalan sampai ke  sekarang .
Dalam Labour room pun doctor tunggu lagi benda tu terbuka .
Sakit macam nak tercabut nyawa ni Allah saja tahu .
'' Eee sayang ni , kenapa tak bagitahu abang sayang dah nak bersalin semalam ? '' Risau Fayyadh yang bergegas ke Hospital dan terus mendapat keizinan untuk menemaniku .
Sakit pun dapat juga aku tertawa melihatnya .
" Abang ada bawa tak beg baby ? Saya tak sempat nak cari tadi . '' soalku sambil mengusap rambutnya yang serabut .
Dia hanya mengangguk .
" Abang dah prepare sedia dalam kereta sejak bulan lepas . '' Nampak tidak semangatnya dia ni .
Jururawat yang menemaniku dari tadi turut tertawa .
'' Patutlah Puan awal seminggu dari due . Kelakar pula suami puan ni . '' Usik jururawat muda seakan jururawat praktikal .
Fayyadh hanya tersenyum kambing sambil menaikkan keningnya .
Aku menarik telinganya .

" Kalau saya mati , awak jaga baby . Jangan kahwin lain . '' bisikku dengan nada dingin .
Time-time nak terkoyak ni lah jururawat tu nak mengusik laki aku .
Masa nak meneran tu , kau cuma ingat satu benda . Kau stop anak kau lemas . Jadi kau kena struggle sampai kepala baby tu doktor tarik .
Masa tu nak teriak pun segan , jururawat bukan dua tiga orang je . Fayyadhlah yang menjadi mangsa ku berpaut . Dah habis serabut rambutnya aku tarik-tarik . Gila tak sakit !

" Sayang , maafkan abang . '' hanya itu aku sempat dengar dari Fayyadh sewaktu doktor memintaku menghabiskan tenaga bagi teranan terakhir .
Hilang segala kesakitan bila dengar suara malaikat kecil kami .

Ya Allah , Inikah perasaan seorang ibu ?

Its baby girl . SubhanaAllah . Hati isteri mana yang tidak luluh melihat suami mengiqamatkan anaknya .
Tangan Fayyadh kemas merangkul tubuh kecil itu . Aku tidak lagi merasa apa-apa  selain bahagia bersama keluarga kecilku .
'' Sayang , abang nak bagi nama baby boleh ? '' Fayyadh duduk disisiku .
Aku membenarkannya . Jangan saja dia namakan anak kami yang bukan-bukan .

''Dhia Ar-Yasmin Athirah Binti Muhammad Fayyadh Zayn .. okey tak ? '' dia begitu tenang memberikan nama itu.
Aku tidak membantah dan suka akan nama itu .

Dalam pantang ni emosi kena jaga . nasib saja Fayyadh seorang suami yang memahami . Walaupun aku kadang memarahinya dia tetap sabar dan tidak melenting .
Yasmin juga tidak mempunyai masalah kuning . Fayyadh balik saja dari kerja , Yasmin orang pertama  dicarinya . Macamlah Yasmin tu reti keluar rumah .

Aku sejak habis berpantang , aku tidak keluar rumah dan akan menghabiskan masa ku dirumah .
Galeri seniku dijaga oleh pembantu ku , Maisara.
Aku mendapat ilham dan dapat menghayati lukisanku bila melihat wajah Yasmin .

'' Sayang , nanti Yasmin dah besar kita jalan-jalan nak ? '' ajak Fayyadh semasa kami berjaga melayan karenah Yasmin .
Aku kebingungan sambil melipat kain yang berselerak angkara kelam kabut tadi . Maklum saja , ini anak pertama . Masing-masing belum ada pengalaman . Yasmin kini banyak ragamnya sejak genap usia 8 bulan . Cepatkan masa berlalu .

" Pergi mana ? '' soalku . Fayyadh hanya tersenyum manis .
Haa . tulah pengikatnya .

Aku rasa macam nak tercabut dagu ni berkali-kali menguap .
Fayyadh yang sanggup mendukung Yasmin, kerana dia tidak ingin tidur di tilam .
'' Yasmin , tidurlah nak . Baba ngantuk dah .. '' Fayyadh tidak pernah mengeluh kerana baginya Yasmin adalah rezeki paling berharga baginya .
Yasmin biasanya tidur selepas subuh . Kadang Fayyadh akan terus ke sekolah seawal 6 pagi . Takut terlajak tidur katanya .

Sudah lama aku tidak berjalan-jalan  sejak adaYasmin . Fayyadh tadi bukan saja membawa sebakul makanan , malah satu beg baju dia bawa .
Aku hanya mengikutinya , namun setelah Yasmin tidur , aku juga turut terlelap .

'' Sayang , bangunlah . Dah sampai ni .. '' Fayyadh mengejutkan aku dari lena .
Lama juga Yasmin tidur . confirm malam ni berjaga .

Aku melihat sekelilingku , sepertinya aku kenal tempat ini .
Aku turun sambil mendukung Yasmin , bidadari kami .
'' Assalammualaikum Mama Yasmin .. '' Sapa seseorang dari belakangku .
Aku terus menjerit . Airmataku tidak tertahan .
Lama aku tidak menemui mereka yang ada jatuh bangunku .
'' Wei , dah makin gemuk kau ni .. '' Edrea memelukku erat .
Aku tidak mampu berkata . Fayyadh terus mengambil Yasmin dan memberi kami berlima berpelukan .

'' Kau orang pergi mana wei ? senyap macam tu je .. '' aku bersuara .
Aku sungguh rindu pada mereka .
'' Kita orang ada kat sini dengan kau .. '' jawab Safiyya .
Sempat juga aku memandang yang lain . Dah bertambah warga kami . Edrea juga kini menjadi Mommy yang berjaya . Anaknya Matthew Fe Lee kelihatan salin tak tumpah dari wajah Noah waktu mula-mula kami mengenalinya .

'' Itu barulah boleh cakap , Daddy junior . '' Edrea melirik mata kearah Noah .

Mataku terpandang kearah Dean yang aku kenali sebagai wanita paling tabah . Banyak masalahnya namun tetap ceria . Rezeki kahwin kat Yogyakarta kot , dapat pakej kembar yang comel . Yang awal sepuluh minit lahir , diberi nama Rahmatul Bari'ah, yang adiknya pula Rahmatul Bashirah . Unik kan ?

" Aku sih suka banget nama itu , kayanya aku seperti di arab gitu loh .. '' Ferral bersuara setelah kami memuji nama anak-anaknya .
Dean memandangnya dengan tajam .

" Nanti anak-anak susah tulis nama , salah awak okey ? '' Dean tidak ubah dari dulu .
Asyik cari pasal saja kerja . Namun kebaikan dan keikhlasannya itu telah membuat Ferral kekal bersamanya .

Seorang lagi yang bernikah sebulan awal dariku . Makin cantik .
Safiyya dan Ha-Neul yang menetap lama di Seoul selepas bernikah disini .
Anak mereka sangat aktif hingga kelihatan lebih tua dari Matthew .
Ha-Neul memberikan nama yang disimpannya dari dulu sebelum memasuki Islam .
Shayyidah Mardhiah .

" Husband aku suka nama Shayyidah tu , aku tambahlah Mardhiah bagi panjang sikit ..'' sambil memukul manja di lengan Ha-Neul .
Kami hanya tertawa dengan aksi mereka .

Siapa lagi yang tidak ingat dengan wanita yang pernah kehilangan teman lelakinya ? kini sudah mempunyai cahaya mata wanita yang baru berusia 3 bulan . Memang comel seperti Amani dan Dae Hyeon .
Namanya juga sangat unik iaitu Ainnur Arasyfa .

" Laki aku tak dapat sebut nama tu , tapi aku suka .'' Amani masih seperti dulu , masih nakal walaupun dah jadi mak orang .
Hampir setahun kami tidak bertemu , kali ini sudah bersama keluarga masing-masing . Kami bermalam di kampung dimana tempat kami pernah bermain dulu . Sewaktu aku masih menjadi tunangan orang .
'' Lepas ni kita pergi Seoul nak ? '' cadang Ha-Neul .
Safiyya yang dulu-dulu setuju . Dah nama bini kenalah support laki .

Kami setuju dan merancang hujung tahun ini , kerana bersamaan cuti sekolah . Fayyadh senanglah.
Malam sebelum flight , aku benar-benar memastikan barang lengkap . Kalau aku saja tidak mengapa , kalau Yasmin?
'' Sayang , Nanti kita ajak Yasmin pergi Nami nak ? '' Fayyadh yang sibuk bermain dengan Yasmin sempat juga mengutarakan pendapatnya .
Aku hanya bersetuju .

'' Dulu pergi sana seorang diri wei , sekarang dah bereempat . '' Dean yang seakan tidak percaya perubahan hidupnya .
Aku juga terfikir benda sama .

" Kau je empat Dean , kami semua tiga .. '' Safiyya masih juga suka menyakat Dean .
Kami hanya tertawa sementara menanti penerbangan kami .

Rumah yang pernah kami diami tiada penghuninya . Kami mengambil keputusan untuk tinggal disana .

" Rumah ni aku dan HaNeul selalu datang .. Lepas rindu kat kau orang . '' Safiyya menjaga rumah ini seperti rumahnya .Dia sanggup membuang duit hanya untuk menyewa rumah ini , namun tidak tinggal disini .
Rumah yang dipenuhi kenangan .
 '' Tempat ni lah baba pujuk mama sebab pekasam tau Yasmin .. '' Fayyadh terus mendakapku dari belakang . Yasmin tidur dalam pangkuanku .
Aku hanya tertawa mengingati kejadian itu .
'' Tempat ni juga tempat  mama lepas rindu kat baba .. '' Aku terus merenung matanya .
Dia mencium dahiku dan memelukku . Angin Seoul yang aku rindui .
Aku terasa tenang dan bahagia disamping suamiku yang aku tidak pernah akan kehadirannya .
'' Tak payah nak Winter Sonata sangatlah kau orang ... '' Safiyya menyakat kami yang baru saja nak romantik .
Safiyya memasak mee goreng mamak sama seperti waktu aku mengidam dulu .
Yasmin dari sampai sini asyik tidur je . Rugi bidadari ni tak nampak salji turun .

Petang itu , kami ke Pulau Nami . Sana memang sejuk teramat .
Fayyadh yang mendukung Yasmin yang siap berpakaian serba pink .
Dia tak banyak ragam , macam tahu-tahu saja baba dan mamanya nak imbas kenangan .

Aku dan Yasmin sibuk membina orang salji . Yasmin kelihatan gembira dan tidak kekok duduk di atas salji . Begitu juga anak-anak mereka , Apalagi Mardhiah dan Arsyfa , memang lahir je kat Seoul dah .
Kalau anak aku , Edrea dan Dean lahir sejuk aircond je . Dia orang semua seakan biasa dalam salji , mungkin sebab mak bapak dia orang ni yang dah tak boleh move on dari salji ? hahahaha
Bukk ! 
seketul salji dibaling kearah kepalaku . Aku melihat sekelilingku .
Fayyadh sedang melambai-lambai tangannya .
Dia sengaja mengulangi kejadian itu , namun kini versi bersama anak .
Malam tu babies tidur awal . Termasuk Yasmin yang sukar nak tidur awal .
Mungkin penat .
Fayyadh mengajakku untuk pergi keluar . Mulanya aku enggan kerana Yasmin sedang tidur . Namun Safiyya menawarkan diri untuk menjaga Yasmin .
'' Kau orang tu dah lama tak pergi tembok cinta tu .. '' Sindir Safiyya sambil mengelap pinggan . 
Dean dan Ferral berperang mulut hanya disebabkan esok nak pakai baju warna apa . Pasti saja Ferral akan kalah .

Edrea walau dimanapun berada , walaupun ribut melanda , dia tidak akan meninggalkan kerjanya . Dia akan turun padang juga walaupun Matthew ni tak nak berlepas . Maklumlah , fulltime breastfeeding kan .
Sampaikan bercuti pun dia masih dengan kerjanya . Tapi , kalau dah namanya cuti dia akan tutup telefonnya dan akan on semula bila free macam sekarang .
Percaya tak ? Amani masih dengan kdramanya . Tapi kali ni dia bawa geng .
Tak perlu subtitle dah, oppa ada depan mata tolong translate .  Aku rasa lucu bila melihat Dae Hyeon yang mendodoi Arsyfa dan mereka berdua hanya duduk atas tilam nipis sambil menonton kdrama .

Dulu Dean yang lari-lari dalam rumah ni , sekarang anak-anaknya . Bari'ah dan Bashirah . Comel bila melihat mereka berlarian dan tiba-tiba saja tidur . 
'' By , anak dah tidur tu .. angkat bagi letak sini .. '' Dean mengarah Ferral untuk memindahkan kembar mereka ke dalam bilik .

Safiyya juga sentiasa di dapur , kadang Ha-Neul membawa babyseat Mardhiah ke dapur bila dia ada kerja . Aku rasa Mardhiah pun akan pandai masak macam ibu dia .
 '' Dah dahlah sayang berangan tu .. ''Fayyadh mengajakku pergi sebelum Yasmin terjaga .
Kami hanya berjalan kaki dan saling berpimpin tangan . Dulu kawan, sekarang suami .
Dia membeli pau yang pernah aku idami dulu .
'' Abang , thanks sebab terima baik buruk saya , terima kekurangan saya , terima family saya , dan terima diri saya seadanya . Saya mungkin tak boleh jadi isteri solehah untuk abang , tapi saya cuba jadi yang terbaik dalam hati abang .. '' Aku meluahkan segalanya bersaksikan lautan dan tembok cinta kami dulu .
Fayyadh menggegam tanganku lalu meletakkan di dadanya .

"Its yours sayang . Awak dah banyak berkorban untuk saya . Awak bukan setakat beri saya hati awak , tapi awak beri saya Dhia Ar-Yasmin Athirah .  Saya minta maaf kalau selama ni saya tak faham keadaan awak . '' Aku mula menangis bila mendengar luahan hatinya .

Ya Allah ,Sungguh indah jalan cerita hidupku . Engkau hadirkan banyak insan namun kau tetapkan Fayyadh Zayn sebagai pemimpinku ke syurgamu . Engkau anugerahkan aku sahabat-sahabat yang menyayangiku . Engkau berikan aku bidadari kecil yang menceriakan hariku dan suamiku . Engkau panjangkan umur usia bonda dan ibu mertuaku untuk melihat cucu mereka .
Aku wanita biasa . Yang banyak kekurangan walaupun dalam fantasi atau realiti .  Namun apa yang aku ada Realiti , ada dalam Fantasi . Tapi apa yang ada dalam Fantasi , aku tiada dalam Realiti .
Terima kasih Ya Allah , untuk pinjaman sementara ini . Terima kasih Fayyadh Zayn ,kau membantu aku dalam mencari makna sebenar cinta dalam realiti .
Terima kasih untuk CRUSH DARI SEOUL ❤ 

SILENT TEARS HIDE LOUDEST PAIN , BE BRAVE ENOUGH - Deandra
THIS GIRL HAVE TWO CHARACTERS . BAD AND GOOD? WHICH ONE YOU PREFER -Edrea
HUMAROUS AND CARING . ALWAYS WITH PERSON WHO NEED A MOTIVATION - Safiyya

ONE OF THE KIND , MATURE AND CUTE . - Amani
FIRST TIME , I WILL LET IT, BUT NOW FACE ME FIRST - Arfa Hijanah


 THE END . 

Monday, 15 January 2018

Part 14

'' Awak jaga diri tau ..Jangan nakal-nakal .. '' Pesan Fayyadh semasa kami berpisah di KLIA . Mataku tiba-tiba saja masuk habuk .
" Pak ngah sihat tak? '' soalku padaku bapa saudaraku yang menungguku dari tadi .
Tangannya ku cium . Bertahun tak jumpa .
" Sihat alhamdulillah . Tadi cakap ramai . mana yang lain ? '' soal Pak ngah lagi sambil melihat belakangku .
Aku hanya tertawa kecil dan memasukkan bagasiku kedalam kereta .
" Dia orang naik bas je .. '' jawabku .
Ya , hanya haluanku yang tidak sama seperti mereka . Oleh itu mereka menaiki bas express ke destinasi mereka termasuk Fayyadh .

Sepanjang jalan aku menceritakan Fayyadh kepada Pak ngah . Memang pak ngah seorang pendengar setiaku selain bonda . Tanpaku sedar aku telah menceritakan banyak benda hingga airmataku keluar setitis .

Eh . apa ni . aku tak suka perasaan macam ni . Nantikan Fayyadh datang juga .
Aku membuka tingkap kereta dan sejuknya mengingatkan aku Seoul . Memang tidak sama , namun ia seakan sama .

Sayang , jangan nangis tau .. Nanti abang datang 😘
Aku menerima message dari Fayyadh yang entah dimana sekarang . Tersenyum aku melihat kirimannya itu .

       Mengadalah awak ni ..😝
 Sekitar jam3 petang aku telah tiba dirumah . Bonda telah memasakkan aku Asam pedas kepala ikan . Bertahun tak merasa air tangan bonda . Nak gila rasanya bila dah makan .
" Macam mana ?dah ada plan ke ? '' soal Bonda tiba-tiba .
Aku memandangnya keliru .
" Plan apa bonda ? '' jawabku sambil meneguk segelas ribena lemon yang dingin .
Bonda tersenyum dan menarik nafas .

" Bonda tak kisah kalau Arfa nak tunang dulu ke .. '' bonda memandang kearah Pak ngah .
Aku terkejut .
''Tunang dengan siapa ni ? Arfa baru je habis study . '' jawabku kebingungan .
Aku memandang kearah pak ngah , abang dan bonda .

'' Habis kau nak Fayyadh tunggu kau sampai tua ke ? '' sindir abangku .
Aku terus tersenyum .

Aku memang nak tunang cepat pun. kalau boleh sekarang juga aku nak kahwin . Tapi takpe lah ..tunggu je .
Seminggu terperap dalam rumah . Fayyadh semalam ada menelefonku dan meminta alamatku . Mungkin mereka ingin kesini seperti yang dirancang .
'' Assalammualaikum .. '' sapa dari luar .
Aku melihat ruang tamuku . Bonda , Pak ngah dan mak ngah juga ada .
Aku yang hanya mengenakan Tshirt putih dan longskirt hitam merasa kekok bila melihat mereka memakai baju kurung dan baju melayu.

Ada apa ni ? Ada kenduri ke?

Aku bingung sendiri .

" Apa tercegat sini ? pergi siap cepat .. tetamu dah sampai . '' Sapa bonda yang tiba-tiba datang dari belakang .
Mungkin ada kenduri , aku juga bersiap dan memakai baju kurung berwarna krim dan tudung bawal merah .
Sedang aku bersiap aku dipanggil oleh saudaraku untuk keluar . Lain macam kenduri hari ini .
'' Inilah Arfa Hijanah tu ? '' Sapa seorang lelaki yang lebih tua dari Pak ngah .
Bonda dan lain tertawa sambil memperkenalkan aku pada mereka .

" Makcik ibu Fayyadh Zayn .. kalau kamu setuju , makcik nak sarungkan cincin ni sebagai tanda keikhlasan Fayyadh untuk menyunting kamu .. '' Jelas seorang wanita yang seperti bonda .

Aku terkejut dan sekali lagi menitiskan airmata . Tanganku mengigil semasa cincin disarungkan .
Ibu Fayyadh mencium pipiku dan mengelap airmataku .
Bonda dan yang lain tersenyum .
Aku sungguh tidak menyangka Fayyadh menunaikan janjinya dulu .

Bonda dan Ibu Fayyadh memintaku keluar untuk mencari Fayyadh .
Dari jauh lagi aku melihat Fayyadh tidak duduk senang .
'' Sampai hati datang tak bagitau kan ? '' sapaku tiba-tiba dari belakangnya .
Fayyadh berpaling dan tersenyum malu .

'' Saya.. saya minta.. '' ayatnya mati setelah melihat sebentuk cincin tersarung di jari manis kiriku .
Dia terus tersenyum sambil membetulkan rambutnya .
" Saya dah jadi tunang awak . '' teriakku seperti biasa .
Fayyadh ni nampak saja sado ,baru tunang dah nak nangis .
'' Amboi .. dah jadi tunang orang . '' sapa seseorang dari belakangku .
Siapa lagi kalau bukan rakan-rakanku . Ini mesti kerja Fayyadh .
Mereka semua hadir kecuali Dean . Entah kenapa dia tak datang . Tapi dia ada juga mengirim pesanan pagi tadi . Aku pun tak tahu maksudnya apa .

'' Guys , jom picnic nak ? '' ajak Safiyya .
Aku memandangnya .
" Kat mana ? '' tanyaku dan Fayyadh .
Safiyya memandang kearah Amani .
'' kat kampung kamilah , kat Pahang . '' jawab Amani yang terlalu teruja .
Jauh bebenar dia ajak picnic . Senang cerita bukan picnic lah , bermalam kat kampung .

Bonda membenarkan kami untuk pergi .
'' Kau orang sekampung ke ? '' soal Fayyadh kepada Amani dan Safiyya .
Mereka hanya mengangguk .
Ha-Neul yang membawa kereta dan Safiyya yang menjadi pembawa pelancong .
Amani dan Dean sentiasa bersama , begitu juga Edrea dan Noah .
Excited sungguh mereka berdua melihat suasana kampung . Maklumlah dua-dua budak bandar .
'' Dean , nanti aku nak photoshoot tau .. '' Safiyya memekik dari seat penumpang hadapan .
Dean konon-konon enggan . Asyik mengusik kerjanya .
Aku dan Fayyadh tiba-tiba saja rasa malu untuk berbual .
Aku memusingkan cincin itu dan mengarah ke tingkap van yang di sewa itu .
'' Saya kat tepi ni awak . jangan risau lah .. '' bisiknya lembut di telingaku .
Ya Allah macam nak terjun rasanya .

Amani dari tadi merenung telefonnya sambil tersenyum . Entah apa dibuatnya tak tahu .
Dean sibuk mengelap kanta kamera canon nya .
'' Inilah teratak kasih kami . '' Sapa Safiyya pada kami sambil menunjukkan rumahnya yang berada tepi laut .
Kami memang sah-sah teruja gila .

'' Rumah Peyya tepi laut , aku tepi sungai . '' Amani menunjuk arah rumahnya yang tidak jauh dari situ .
Aku pantang dengar sungai . Terus saja aku berlari .
Namun ditarik oleh Fayyadh .
" Sabar sayang .. '' katanya sambil tersenyum .

Mereka terlopong mendengar kata-kata Fayyadh .

" Ya Allah , tak sabar rasanya aku nak tunang .. '' gurau Safiyya sambil meluru memanggil ibunya .
Aku dan Fayyadh dah tahan malu masa tu .
Malam ini kami akan bermalam dirumah Safiyya .

Petang itu kami memang benar-benar picnic tepi pantai . Kami menyalakan unggun api untuk malam ini .
Adik-adik Safiyya kelihatan akrab dengan Ha-Neul . Memandangkan mereka sangat gemar membulinya .
Kakak Safiyya bekerja di Kuala Lumpur dan sudah berumah tangga . Dia lah yang membiaya pengajian  Safiyya dulu .

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri


Fayyadh memainkan lagu yang selalu aku dengar dikaca tv . Entah kenapa malam itu terasa seakan semakin kuat cintaku padanya .
Wajahnya yang sayu itu melemahkan egoku untuk menidakkan sayang .
'' Esok kau orang bangun awal ek .. '' pinta Safiyya .
Dah kenapa pula dia ni suruh kami bangun awal .

'' Tolong buat persiapan .'' sergah Amani .
Tambahlah aku bingung .

'' Ada orang nak tunang juga wei ... '' jerit Dean yang teruja .
Safiyya dan Ha-Neul akan tunang esok hari .

'' Sebab tu kami bawa datang disini .. '' Ha-Neul tidak lagi bercakap korean .
Safiyya berjaya membuatnya fasih berbahasa melayu .

Kami juga turut gembira . Tak sangka betul Ha-Neul ni . Semua dia buat sendiri tanpa bantuan keluarganya .
Mudah sungguh urusan mereka . Alhamdulillah .
'' Wei awak .. bangun cepat . Makcik suruh potong ayam tu .. '' aku membangunkan Fayyadh yang masih tidur .
Subuhnya juga sudah lewat . Penat sangat kot .
Dia bergegas dan terus turun ke dapur membantu Ha-Neul .
Noah tidak reti memotong ayam ni , dia dan Edrea membantu adik-adik Amani menyiapkan pandan wangi untuk diletak dalam dulang .
Mereka sempat membuat dulang-dulang , aku dan Fayyadh tiada . Jalan terus . Ibarat langgar lari . hhahahaa

Amani sibuk mendandan Safiyya . Aku pula membantu ibu Safiyya menyediakan talam dan pinggan-pinggan . Sungguh terasa kemelayuan disini . Dean apalagi , sibuk mengambil gambar.
Majlis akan bermula selepas Zohor , walaupun persiapan sudah bermula dari sebelum subuh masih juga sibuk dan tidak berkesempatan kami mengganti baju cantik .
Aku dan Fayyadh tidak turut serta diatas . Entah kenapa adat mereka , orang yang baru saja bertunang tidak boleh lihat orang lain bertunang .
Mungkin adalah tu tak kena nanti .

Aku dan Fayyadh masih selekeh duduk di dapur sambil menikmati kuih-kuih kampung dan Kopi panas yang aku bancuh sendiri .
Sesekali kami berangan , kalau dah kahwin nanti kami ingin mendirikan rumah di kampung . Aman sangat .
Tapi , angan-angan kami itu terhenti bila ada saja makcik-makcik bawang yang sibuk nak pingganlah , gelaslah .
'' Dah lama tak cuci pinggan sama-sama .. '' sindir Fayyadh semasa kami mencuci pinggan di belakang rumah Safiyya .
Dah tak boleh tengok orang tunang , ini sajalah kerja kami .
'' Peyya , kau dah jadi tunang orang , Kau dah tak boleh selalu cari pasal dengan aku .'' sindir Dean sambil mengambil gambar Safiyya dan Ha-Neul .
Kami hanya mampu tertawa melihat mereka. Tetamu sudah pun pulang , pinggan mangkuk juga sudah dikemas . Hanya perlu berehat .
Mata mereka teralih kearah aku dan Fayyadh yang dari tadi menikmati buah kedondong .

'' Kenapa kau orang selekeh sangat ni ? '' tegur Safiyya yang melihat aku hanya memakai kain sarung , tudung bawal hitam dan baju kurung lama arwah neneknya . Fayyadh pula dengan Tshirt hitam dan seluar hitamnya .

Kami hanya tertawa kerana merasa lucu melihat pakaian kami .  Memang selekeh .
 '' Nanti petang sikit kita pergi sungai tepi rumah Amani .. '' ajak Safiyya .
Ha-Neul dan Noah sudah merancang untuk memancing . Fayyadh mengikut saja .
Dalam keriuhan kami di bawah pokok mangga itu , bola mata Dean tertumpu pada satu arah .

" Dean , aku datang .. '' Ferral yang tiba-tiba saja ada depan rumah Safiyya .
Dean mula menangis dan menghampiri Ferral .

'' Aku udah bisa nikahi kamu sayang . Aku bukan Ferral lagi , aku Luthfil Hadi .. '' jelas Ferral sambil mula menangis .
Kami semua mengucapkan syukur berkali apatah lagi Dean . Dia seakan tidak percaya semua ini terjadi .

'' Noah , you did well .. '' aku tersenyum melihat kearah Noah .
Edrea terus memeluk Dean , seterusnya kami menyusul .
Alhamdulillah , seorang lagi mendapat seruan dariNya .

Noah membantu Ferral untuk mendapat pointer yang dia inginkan , hingga Ferral mendapat restu dari keluarga di Yogyakarta .
Kami semua sudah berkumpul dalam satu tempat . Seakan mimpi yang dibawa pulang dari Seoul .
Kecuali Amani , cintanya yang telah terkubur lama di Seoul namun dia masih kelihatan gembira . Dan tidak sama sekali kami sisihkanya .
'' Aku nak buat aksi kuak lentang lah .. '' Dean sudah kembali ceria .
Aku tidak pandai berenang , jadi akhirnya aku hanya duduk tepi batu dan menikmati alam sekitar .

'' Awak termenung apa tu ? '' Fayyadh menyapaku setelah selesai merendamkan dirinya .
Aku membetulkan rambutnya yang kusut itu . Dah macam askar yang menyamar je aku tengok .
Dia tersenyum manis dan semanis manisnya .

" Awak boleh tak sekali je jangan senyum manis sangat ? '' aku merenjisnya dengan air .
Dia memandangku sambil tersenyum .
" Orang senyum pun salah .. '' jawabnya sambil melihat tshirt lengan panjangnya .
Aku memandang kearahnya lagi .
'' Penatlah asal tengok awak je saya jatuh cinta . '' jawabku sambil tertawa .

Dia menarik ku kedalam air . Kini kami semua berada dalam air .
Kami membuat dua bulatan .
Pecah tawa kami melihat Fayyadh , Ha-neul , Noah dan Ferral saling berpegang tangan .
Sungguh inilah kenangan yang kami cipta disini.
Malam itu nenek Amani menghidangkan kami kuih penderam yang dibuatnya petang tadi . Datuk Amani bercerita tentang sejarah kampung pada kaum lelaki selepas menunaikan solat jemaah tadi .
'' Kalau dah kahwin nanti , ingat . Jaga isteri baik-baik . Bimbing sampai syurga .. '' Datuk Amani menasihati mereka . Noah juga memakai kain pelikat sama seperti Edrea yang memakai baju kurung .
'' Tak kira agama tau , suami kena jaga ... '' sambung nenek Amani pula.
Rasa panas pipiku bila dipersoalkan bab perkahwinan . Apatah lagi di hadapan bakal suami sendiri .

Suasana kampung memang aman . Aku tidak tahu lagi bagaimana untuk menafikan semua ini .
Sungguh jauh beza dengan Seoul .

'' Kok gelap sih .. '' Ferral bersuara cemas setelah lampu terpadam . Gelap gelita dibuatnya . Aku tidak bergerak dari kedudukanku .
Dah lama tak bergelap macam ni .

" Blackout lah .. '' jawab Dean .
Noah dan Fayyadh menyalakan lilin dan meletakkan disetiap sudut .
Ha-Neul tolong mengemas pinggan kuih tadi dan letakkan di dapur .
Kami hanya duduk dan melihat mereka .

Sunyi sepi itu mendengarkan lagi bunyi cengkerik . Hujan renyai-renyai pula tiba-tiba .
Datuk menceritakan banyak kisah yang menarik hingga kami mengambil bantal dan berbaring di ruang tamu . Tempat tidur kami dipecahkan dan diletakkan kami hitam sebagai perantara .

Kami hanya tidur diruang tamu diterangi lampu minyak tanah .
Sungguh tenang  ...
Kami pulang ke Kuala Lumpur semula . Aku dan Fayyadh sekali lagi terpisah . Namun kini bukan status rakan , namun status tunangannya .
Aku ingin membuka galeri seni yang sederhana di tengah bandar . Itu merupakan cita-citaku dan ia disokong oleh bonda.
Aku mulai permulaanku dengan mengumpul semua hasil seniku . Siapa tahu ia memberi aku sedikit kepuasan dalam diri .
Edrea pula kini menjadi arkitek binaan dalam sebuah syarikat ternama . Dean, sudah pasti minatnya dalam photographer telah menjadi kenyataan bila dia sudah mempunyai kedainya sendiri . Safiyya dan Amani seperti biasa ,Mereka meneruskan lagi perniagaan salon mereka yang tergendala sebab aku dulu .
Noah yang dulunya penjual buku , kini mempunyai perniagaannya sendiri .
Dia menjadi rakan kongsi kepada Ferral dan mengeluarkan buku cetakan mereka sendiri bermula bulan depan . Walaupun itu bukan bidang Noah , namun pengalamannya telah menutupi segala kekurangan dan kepincangan mereka dalam mengurus perniagaan mereka .
Fayyadh dan Ha-Neul , masing-masing mempunyai minat yang mendalam sukan .
Ha-Neul telah membuka kelas sukan untuk kanak-kanak yang berminat dalam sukan bola sepak .
Manakala , Fayyadh kini menjadi guru pendidikan Jasmani di sekolah menengah lamanya .
'' Kau orang datanglah nanti .. '' Noah menghulurkan kad jemputan pada kami sewaktu makan malam bersama .
 '' Kau dah nak kahwin ke ? '' soal Ha-Neul .
pelik bunyinya bila mereka bertutur dalam bahasa melayu .
Kami semua teruja kerana kali ini tiada tunang , tiba-tiba saja kahwin .
Dua lovebirds ini akan menamatkan zaman bujang mereka terdahulu , walaupun aku dan Fayyadh tunang dulu .

Tidak sabar rasanya melihat mereka berdua duduk bersama diatas pelamin nanti .
Tiba saatnya yang kami nantikan , hari Noah dan Edrea yang akan mencipta sejarah . Mereka sangat istimewa kerana hanya mereka yang bukan beragama islam , namun cara mereka menghormati islam lagi baik berbanding islam di luar sana yang hanya tahu membezakan .
Kami mendapat meja VIP dan makanan yang diasingkan . Sungguh kami terharu atas layanan mereka . Yang paling penting , gambar yang kami akan simpan untuk kenangan .
Aku dan Fayyadh sempat menumpang kejap pelamin mereka .

'' Amani , We have something for you ... '' Edrea dan Noah memberikan kejutan pada Amani .

Happy Birthday , Amani .

Sebuah kek berbentuk hati dibawa oleh maskot panda .
Kami tertanya-tanya disebalik maskot itu . Namun tidak bagi Amani .
Matanya tertumpu pada kek itu .

Edrea dan Noah merancang hari kelahiran Amani disambut semasa perkahwinan mereka . Edrea tidak pernah lupa tentang rakannya walau sibuk mana dia sejak kebelakangan ini .

'' Dae Hyeon ? '' jerit Amani setelah kami berkumpul di sebuah meja . Mata-mata memandang kearah kami .  
Dae Hyeon dijemput oleh Edrea dan benar , Dia datang untuk meraih Amani . Dan mungkin juga untuk menyunting Amani ? siapa tahu kan ?
Edrea walaupun baru berapa bulan di Malaysia , dia sudah mendapat pekerjaan tetapnya . Urusannya dan Noah juga tidak celaru , malah mudah saja mereka mendirikan rumah tangga .
Safiyya dan Ha-Neul belum ada tarikh tetap . Tarikh yang ditetapkan semasa pertunangan terpaksa ditunda . Hingga menyebabkan Safiyya hilang kepercayaan . 

Ha-Neul terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa untuk Safiyya . Tunang dah berbulan , belum ada tarikh .
Keluarga Safiyya dari kampung datang ke Kuala Lumpur untuk melawat Safiyya dan kakaknya yang baru saja melahirkan .
Aku , Amani dan Dean datang untuk melawat mereka . Safiyya kelihatan sedikit gusar apabila ada saja suara-suara sumbang yang bertanya bila pula gilirannya .
'' dia orang fikir aku taknak kahwin ke apa ? Tahulah aku ,,'' marah Safiyya .
Comel saja wajahnya ketika marah .

Ha-Neul menelefon Safiyya dan memintanya keluar dari rumah . Kami risau kerana di luar cuaca hujan . Ibu Safiyya sibuk menyediakan payung dan adik-adiknya juga sibuk berlarian . Riuh rumah kakak Safiyya dibuatnya .
'' Ha-Neul , awak buat apa ni ? '' soal Safiyya dengan memayungkan Ha-Neul .
Ibu Safiyya seakan ingin saja pergi kearah mereka namun dihalang oleh suaminya .
Kami menyaksikannya seperti dalam filem .

" Sudi tak awak jadi isteri saya ? '' Ha-Neul menghulurkan cincin kepada Safiyya .
Adik-adiknya terus meluru kearah mereka .
Kami juga turut terharu . Akhirnya , penantian Safiyya berakhir dihadapan wali Safiyya dan ibu Safiyya .

Siapa tahu , lelaki korea yang hanya tahu kimchi kini belajar memakan makanan melayu . Hasil usaha Safiyya yang sabar mengajarnya tentang melayu dan islam .
Ia juga merupakan kesabaran Safiyya dalam menanti Ha-Neul .

Ha-Neul dan Safiyya melangsung perkahwinan mereka sebulan selepas Edrea dan Noah .
Mereka baru saja pulang dari Sabah untuk berhoneymoon . Maklumlah , dah bertahun di oversea , kini masanya untuk Noah mengenali Malaysia .

Perkahwinan Safiyya dan Ha-Neul berkonsepkan melayu-korean . Amani dan Dae Hyeon menjadi pengapit mereka . Entah kenapa Dae Hyeon dan Amani kelihatan secocok bila memakai pakaian serba putih yang hampir sama dengan pengantin .
Namun jujurku akui , Safiyya kelihatan sangat cantik disamping Ha-Neul yang tinggi itu .
'' Dia orang semua dah kahwin . kita bila lagi ? '' Soal Fayyadh semasa makan .
Aku memandangnya sambil tersenyum .

'' Sabar ya , nanti turn kita .. ''jawabku ringkas .
Dia hanya tersenyum .

Siapa taknak kahwin .
Perkahwinan Edrea dan Noah , Safiyya dan Ha-Neul seakan dirancang , namun tidak .
Kami tidak pernah merancang untuk kahwin awal . Namun rezeki kami murah , hingga kami semua mendapat pekerjaan lebih awal .

Mungkin kali ini giliranku menamatkan zaman bujangku ?

Seperti biasa , rakan-rakanku yang lain terlalu sibuk menyiapkan dulang hantaranku .

" Aku kahwin pun tak macam ni tau .. '' rungut Safiyya bila disuruh menghias pelamin .
Aku hanya tertawa dan tidak dapat bergerak . Henna mula diukir di tanganku .

Edrea kelihatan pucat . Aku memintanya berehat . Risau nanti jadi apa-apa.
Amani dan Dean juga seakan mengambil aura perkahwinan yang turun temurun ini .

Aku merenung wajahku di cermin ,
 Wajah ini pernah dilukai , Namun kembali di sembuhkan .
Kau bukan lagi Arfa Hijanah yang cengeng .
Kau Arfa Hijanah yang menangis dalam hati 
Namun tertawa untuk menggembirakan dia ,
Bakal Zaujmu .....

'' Arfa jom .. '' Dean yang kali ini menjadi pengapitku memanggilku .
Aku berjalan diiringi rakan-rakanku yang lengkap memakai dress berwarna Pink lembut .
Aku dan Fayyadh memakai baju pilihan kami , pink belacan .

Aku diminta duduk di belakang Fayyadh namun dikelilingi oleh saudaraku .
Abangku menjadi wali kepada perkahwinanku ,

Muhammad Fayyadh Zayn bin Mahmud 
Saya .
Aku nikahkan dikau Muhammad Fayyadh Zayn bin Mahmud dengan puteri bongsu kami Nur Arfa Hijanah binti Jamal dengan mas kahwinnya Rm55 dibayar tunai .

Aku memejamkan mata .

Aku terima nikahnya Nur Arfa Hijanah Binti Jamal dengan mas kahwinnya rm55 dibayar tunai .
 Sekali lafaz , aku sah menjadi isteri kepada Fayadh Zayn . Sungguh perasaan yang aku tidak dapat gambarkan .
Airmataku juga menitis bila melihat Fayyadh yang terus menangis setelah sah melafazkan akad .
Dia menghampiriku dan menatap mataku . Dia menyarungkan cincin ke jari manisku dan mencium dahiku .
Lama kepala ku diusapnya lembut .

" Awak dah sah jadi isteri saya .. Janji saya dah tertunai . '' dia terus mencubit pipiku .
Tertawa mereka yang melihat kami .
Amani , Safiyya , Edrea dan Dean dari tadi menangis .
Padahal masing-masing dah ada partner hidup .
Riuh majlisku angkara mereka . Dae Hyeon pun ada . Dia asal dapat jemputan mesti datang punya . 
" Kau kenapa ni Noah ? '' Fayyadh tidak tahan bertanya pada Noah yang dari tadi meletakkan minyak angin dihidungnya .
'' Morning sickness .. '' jawabnya .
Sudah terang lagi bersuluh .
" Tahniah Edrea! '' sapa Safiyya yang cepat saja tahu kebenaran .
Patut saja seorang pucat semacam , seorang dengan minyak anginnya .
Bertambahlah warga kami lepas ni .
 '' Sayang , thanks sebab menjadi yang terbaik dalam hidup abang .. '' Fayyadh mengusap lembut pipiku .
Aku seakan tidak percaya lelaki ini menjadi milikku . Lelaki yang pernah membalingku dengan salji , pernah membantuku di tangga kini menjadi suamiku .
Allah , sungguh indah pemberianmu ini .

Dean dan Ferral juga akan menamatkan semuanya di Yogyakarta . Aku tidak dapat kesana , maklum saja . hehehehehehe
 Sedar tidak sedar perkahwinan aku dan Fayyadh telah mencecah 5 bulan lamanya .
Dean dan Ferral juga menjadi kebanggaanku . Usaha dan kesabaran mereka kini berakhir .
Pengorbanan mereka juga sejam lagi akan berakhir .

Ferral terpaksa membawa Dean untuk bernikah disana , bapanya sudah nazak dan tidak dapat lagi untuk terbang ke sini .
Selamat pengantin baru Dean . Doaku sentiasa untuk kalian .

Bila semua sudah berkeluarga , masa kami bersama juga semakin berkurang .
Apatah lagi semua perlu mengikuti suami masing-masing . Tidak silapku , Safiyya mengikuti Ha-Neul balik ke Korea dengan baby  2 months .
Dean pula akan menetap di Jakarta sementara Ferral ingin menemani bapanya disisa waktunya .
Edrea , almost 5 months . Tapi masih juga gigih kerja . Nasib ada suami macam Noah . Walaupun pembaris , dia tetap tabah melayan karenah Edrea .
Sekarang mereka berdua bertugas di Sarawak . Noah sedang meluaskan bisnesnya sekaligus Edrea yang dinaikkan pangkat kerana komited nya dalam melakukan kerja .

Aku , masih dengan seni ku . Masih dengan suami yang suka mengusik .Walaupun kami terdahulu tunang , tapi kami lambat sedikit dari mereka . Oleh itu , dia baru berusia 3 minggu .
Tak payah tanya jantina apa ! HAHAHAHA

Amani . Dia menghilang tiba-tiba . Entah kemana .
Semoga dia hilang kerana mencari cintanya dan bukan hilang cintanya lagi .


Ya Allah , 
terima kasih untuk semua ini .
Terima kasih untuk duka yang kau berikan dulu ,
kerana inilah balasan yang aku dapat sekarang .
Peliharalah cinta kami semua .
Lindungilah kekasih kami yang kecil ini .
Satukan persahabatan kami .
Hingga selamanya .❤
 AMANI .... KEMBALILAH .
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

Sunday, 14 January 2018

Part 13

Amani dan Safiyya setiap pagi akan bangun awal lebih awal dari kami . Mereka diamanatkan untuk membuka salon kerana ketiadaan pemiliknya . Petang pula aku kuliah , malam Dean dan Edrea pula ke Pasar Malam .
Edrea dan Dean membuka photobooth yang memberi keuntungan lumayan . Terkadang ada juga pelancong yang memuji hasil kerja Dean dalam mengambil foto yang kreatif . Edrea seperti biasa , kepetahannya dalam mempromosi barang menarik banyak pengunjung .

Kami bertiga pula akan pergi ke booth mereka untuk membantu mereka sedikit demi sedikit .
Namun mereka sangat memahami , mereka tidak menyuruhku membuat kerja dan memintaku mengulangkaji dirumah . Namun aku enggan .
'' Arfa , kau pergi belakang . duduk sana , biar kita orang yang buat kerja ..'' Sapa Edrea setelah melihatku dan yang lain tiba .
Mereka bersahutan meminta ku duduk dibelakang . Alangkah terkejutnya aku , dalam kesibukan mereka sempat juga menyediakan tempat khas dan meja untuk ku belajar . Mereka tidak ingin aku terganggu .Sungguh terharu aku . Semoga sahaja mereka dimurahkan rezeki .
'' Dean , mana Arfa ?'' soal seseorang dari luar . aku menyelak kain yang menutupi bilik expressku itu . Fayyadh kesini ?
" Haa .. tak ubah lagi perangainya ni . Tengok apa tu ? '' Fayyadh tiba-tiba meluru dihadapanku .
Tak sempat nak lari selamatkan diri .

" Mana ada, perasan je awak ni .. '' aku terus duduk kembali konon membelek buku .
Fayyadh menarik hidung ku lembut .
"Elehh taknak ngaku . '' katanya sambil tersenyum.

Aku terus tertawa .
'' Fayyadh kau jangan kacau Arfa .. penat tau nak sediakan bilik khas ni nak bagi dia belajar .. '' Sindir Safiyya .
Kami hanya tertawa . Bilik ini sungguh unik kerana disinilah juga tempat mereka berehat dan solat . Apa tidaknya , mereka mula berkemas dan menyiapkan barangan dari petang hingga lewat malam .

Aku terlalu sibuk dengan assignment hingga tiada masa untuk bertemu Fayyadh . Lagipun sekarang dia sibuk . Dia juga telah bekerja mengangkat barang di Pengangkutan keretapi .
Itulah nampak tubuhnya agak susut sedikit . Mungkin penat .
'' Okey tak ni ? '' soalku setelah melihat dia yang mengurut tangannya yang pernah patah dulu . 
Dia tersenyum.

" Okey , lenguh sikit je . '' jawabnya .
Aku memandangnya serius .

Aku terus keluar ke booth dan mengambil sarung tangan Dean untuk mengendali foto . Struktur sarung tangannya tidak seperti di Malaysia . Getah asli . hahaha
disini sarung tangannya lebih lembut dan sangat berkualiti . Ia khas untuk photographer je . Tapi aku guna untuk benda lain .

" Bak sini tangan tu .. '' aku menghulur telatak tangan ke arah Fayyadh .
Dia memandangku kebingungan .

" Buat apa ? '' soalnya lagi .
Aku terus menarik tangannya . Kesakitan juga raut wajahnya .

" Awak janganlah kerja kuat sangat .. '' aku mengurut tangannya .
Tiba-tiba teringat bonda yang jauh disana . Dulu aku selalu mengurut tangannya bila bonda rajin sangat memindahkan pasu bunganya kehulu ke hilir .
'' Kau kenapa Dean ? '' soal Safiyya yang membuka bekas makanannya yang di bawa dari rumah tadi .
Setiap kali selesai bekerja kami tidak terus pulang . Kami akan makan bersama dalam bilik kecil ini .
'' Entahlah .. aku confuse pasal Ferral .. perlu ke aku tunggu dia atau ... '' ayatnya tergantung tak bertali .
Kami semua menanti sambungannya . Macam berepisod sungguh .
'' Mak aku suruh kahwin dengan anak kawan dia , Zarif .. '' sambungnya kemudian .
Terkejut kami dibuatnya . Fayyadh yang dari tadi mengusikku juga terpandang kearah Dean .
Nampak je happy budak ni . Masalah berguni-guni .

" Habis tu kau nak buat apa ? '' soal Amani yang duduk detepinya .
Dean hanya mengangkat bahunya . Sudah pasti dia keliru .

" Lainlah kalau Ferral datang lamar aku sebelum Zarif . '' jawabnya ringkas .
Kami benar-benar mati akal . Ferral juga sudah lama tidak berbincang dengan Dean mengenai mereka .
 Aku pun last exam juga nanti tapi taklah macam dia ni .
Fayyadh memandangku dengan tanda tanya .

" Kau nak kami tolong ke ? '' soal Fayyadh tiba-tiba .
Dean tertawa dan menggeleng . Dah macam tak betul Dean ni . Risau aku .

" Tak payahlah Yadh .. Tu hak Ferral , kita tak dapat ubah ..'' Jawabnya sambil tertawa .
Kami saling berpandangan .
''Kau janganlah ketawa . kau ni buat kita orang risaulah . '' Safiyya juga yang tak tertahan menegurnya .
Semoga Ferral bertindak segera . Aku kesian melihat Dean yang seakan bermatian berharap Ferral jodohnya . Tambahan pula ada insan baru yang ingin memasuki hati Dean .

Tidak kira lewat mana kami pulang , pagi kena bangun awal juga . Kadang belum sempat mereka sarapan sudah berangkat ke salon.
Kadang Dean akan masak sarapan untuk mereka , jadi aku yang menghantarkan bekalan untuk mereka sebelum pergi ke kuliah .
Kami tidak lagi kerap berjalan seperti dulu , sekarang kena berjimat . Kumpul duit nak balik Malaysia sama-sama .

Selesai kelas , aku melihat Ferral yang tengah duduk sendirian di sebuah meja . Aku menghampirinya , mana mungkin dapatlah aku korek rahsia sedikit demi sedikit .
Ferral , kau okey ke ni ? '' soalku meluru .
Dia kelihatan terkejut dan terus menyapaku dan memintaku duduk .
Wajahnya kelihatan pucat dan seakan tidak cukup tidur .

"  Aku okey kok , cuman kurang tiduran kali .. '' jawabnya sambil tersenyum .
Sama seperti Dean . Makin hari makin kurus .

" Kau kerja ke sampai tak tidur ? '' soalku lagi sambil tertawa kecil .
Dia hanya menggeleng dan tertawa bersama .

" Nggaklah , aku itu perlu kerja keras untuk dapatin pointer 4 . Kalau nggak , aku dan Dean terpaksa berpisah ..'' wajahnya terus berubah .
Aku terkejut dan seakan tidak percaya .
Tidak pernah lagi aku dengar orang dapat pointer setinggi itu .

" Macam mana kau nak dapat ? Dean tahu tak semua ni ? '' soalku bertubi .
Dia hanya menggeleng .
" Itu yang aku coba Arfa. Aku lakuin ini semua untuk Dean . Ini merupakan syarat keluargaku untuk memasuki agama islam dan menikahi Dean . '' jawbnya tenang .
Aku tahu dia amat merindui Dean .

'' InsyaAllah kau akan dapat . Kami semua ada untuk kau orang berdua . Kami sedia tolong kau . '' Jawabku sebak .
Entah mengapa cinta mereka penuh dugaan begini .
'' Hello , Edrea kau kat mana ? '' Aku menelefon Edrea yang pagi tadi keluar untuk bertemu Noah .
" Aku kat cafe dengan Noah . kenapa ? '' soal Edrea yang tidak tahu apa-apa .
Aku memberitahunya tentang Dean dan akhirnya kami bertemu di cafe .

Sepuluh minit kemudian aku tiba di cafe .
'' Hai Noah . '' sapa ku pada jejaka berkaca mata itu .
Aku terus duduk disisi Edrea . Noah menyahut sapaanku dengan bingung .
" Kita kena tolong Ferral .. '' sergahku .
Edrea kebingungan .
" Tolong apa ? '' Edrea bersuara .

Aku tidak tahu bagaimana ingin mulakan . Noah memandang Edrea .
Aku akhirnya menceritakan perkara tersebut .
Noah yang sudah semakin fasih bertutur melayu juga turut fokus mendengar.
'' Saya tak sure kalau pointer 4 tu , tapi saya boleh tolong apa yang saya boleh .. '' sergah Noah tiba-tiba .
Mujur saja ada Noah . mana tahu ia akan membantu Ferral yang tertekan dengan masalahnya .
Kami merahsiakan perkara ini dari Dean . Biar saja ini menjadi usaha kami dalam diam .
'' Peyya , apa nama islam Ha-Neul ? '' soalku sambil membuat nota kecil dimeja makan .
Safiyya di dapur sibuk menyediakan minum malam .
Hari ini mereka cuti berniaga kerana Dean ingin bertemu Ferral .

" Bukan aku dah bagitahu ke ? '' sahut Safiyya dari dapur .
Aku memandang Amani .

" Belumlah .. aku pun tak tahu lagi .. '' jawab Amani .
Edrea juga turut sama ingin tahu .

" Haris Nadim ..yang bermaksud pelindung dan sahabat .. '' Jawab Safiyya dengan penuh bersemangat .
Kami memandangnya .

" Ini mesti kau yang bagi nama kan ? '' soalku .
Dia hanya tertawa . Maka , benarlah itu dia yang beri .
Dean pulang awal dan wajahnya ada sedikit berubah . Kami menghampirinya dan bertanya .
'' Ferral nak break .. '' jawabnya tenang .

Terkejut kami dibuatnya . Aku baru saja jumpa tadi takkan dah nak putus .

" Kau biar betul Dean .? " Safiyya seakan tidak percaya .
Dean tidak menangis dan hanya berdiam .

" Lepas ni kau orang sebut nama dia lagi okey ? Aku dah nekad dengan keputusan aku . Mungkin betul mak aku cakap , Zarif yang terbaik . '' Dean terus masuk dalam biliknya .
Kembang kempis otak aku memikirkan mereka .
'' Kau dah kenapa ni Ferral ? hari tu cakap lain sekarang cakap lain ?'' marahku .
Ferral hanya tunduk dan mula menangis .
Aku sudah tidak tahan berdiam diri . Dia seakan memainkan perasaan Dean .

" Jangan paksa aku Arfa . Aku terpaksa lakuin ini semua . Kamu itu nggak akan pernah mengerti perasaan aku saat ini .. '' Ferral seakan cuba mengelak dari aku terus persoalkan .

Entah kenapa emosiku kali ini tidak dapatku tahan .

" Tak masalahnya sekarang , yang kau putuskan dia tu kenapa ? Kau ni tak tahu ke atau pura-pura tak tahu ? '' aku terus dengan nada suaranya tinggi .

Pantangku melihat lelaki yang cuba lari dari masalah .

'' Tahu apa ? ''wajahnya tiba-tiba berubah .
Aku memandangnya .

" Mak Dean nak kahwinkan dia dengan lelaki lain . Sebab tu Dean datang sini balik sebab dia nak kau yang jadi pasangan hidup dia . '' terangku .
Wajahnya benar-benar berubah .

" Aku nggak tahu semua itu . Kamu harus bantu aku . aku beneran nggak tahu semua ini . '' Pujuknya setelah merasa tindakannya salah .

Aku terus berdiri dan meninggalkannya . Sungguh aku tidak sanguup melihat Dean diperlakukan sedemikian .
Aku mengajak Amani dan Edrea keluar . Dean sejak semalam belum keluar , manakala Safiyya bertemu dengan Ha-Neul . Ehh , Haris Nadim .. hehehe
'' Annyeonghaseyo ..'' sapa seseorang dari belakang kami .
Amani mula tersenyum-senyum .
Apa tidaknya oppanya ada depan mata .

" Dia datang dah ... '' Amani bersuara seakan tidak rela namun suka .
Aku dan Edrea hanya tertawa kecil dan membiarkan mereka berdua berbual .

" Neo gwaenchanh ni ? '' soal Dae Hyeon .
Amani menjawab sambil tersenyum malu .
Mungkin dia merasa seperti di dalam Kdrama . hahaha

Dae Hyeon seorang lelaki yang baik . Pernah juga dia menemani Amani jika Amani ingin melepaskan kerinduannya pada Aswad .
Dae Hyeon juga pernah membawa Amani bertemu ahli keluarganya .
Menurut Amani , bila dia berada dekat dengan Dae Hyeon ia seakan berada di sisi Aswad .

Pernah juga sesekali Amani termimpi Dae Hyeon di pimpin oleh arwah Aswad . Entah aku tidak maksud mimpi itu .
'' Kau dan Noah bila nak kahwin ? '' soal ku tiba-tiba .
Edrea tertawa malu .

" Lepas aku jadi arkitek .. '' guraunya .
Aku terus mencubit pinggangnya .

" Taklah .. tunggu lepas Noah dah ada kerja dulu .. Lebih kurang 3 tahun lagi kahwinlah .. '' jelasnya sambil ada nada bergurau .
Baru saja aku teringat , hari itu Edrea mengikuti ibu saudaranya pergi ke Amerika .Namun disebabkan kursus kejuruteraan di Malaysia dia sanggup pulang ke Malaysia . Tapi , kesini juga akhirnya ..hahaha

Edrea dan Noah ni memang jarang jumpa , apalagi dating .
Noah sekarang bertungkus lumus membantu Ferral untuk dapatkan keinginannya .
Walaupun aku sukar membaca selok belok hati Dean .

Ya . aku dipenghujungnya . Tidak sedar hari ini merupakan exam terakhir ku dimana penamat bagi segala pengorbananku di sini . Perjalananku dari Daejeon ke Seoul memerlukan banyak kesabaran . Kematangan juga telah aku bina dalam diriku dengan bantuan sahabat-sahabatku dan juga Fayyadh .
Isyraq Sufi pernah menghubungiku , namun kali ini Fayyadh Zayn yang memberinya amaran agar tidak mengangguku lagi . Aku sudah boleh melupakan Isyraq Sufi semenjak aku mengenal Fayyadh Zayn .
Rhania juga pernah bertanya khabar tentangku , namun kini dia juga hilang entah kemana .Mungkin tengah bahagia dengan hidupnya di Malaysia .
Farzana , sekali lagi mengganggu ku dengan helahnya . Pada mulanya aku sudah boleh memaafkannya , namun dia sekali lagi dia khianati kepercayaanku . Mungkin sekali aku biarkan , namun tidak kali ini . Aku tidak lagi segan silu menumbuknya walaupun tidak sekuat tumbukan Muay Thai Amani . Perempuan mana yang sanggup melihat orang yang mereka sayang itu di goda perempuan sedemikian . Mujur saja ada rakan-rakanku yang sentiasa memberi sokongan .
 '' Awak nak temankan saya tak pergi Jeonju ? '' soalku kepada Fayyadh . 
Kami akan pulang ke Malaysia esok hari . Oleh itu aku ingin membawanya bertemu Puan Masnah dan Umayrah sebelum pulang ke tanahair .
Dia hanya mengangguk tanda setuju .

Sepanjang perjalanan ke sini aku dibayangi dengan halusinasiku diawal kedatanganku disini . Kenangan yang aku cipta tidak lagi akan terulang dengan lelaki yang sama .

" Siapa ni Arfa ? '' usik Puan Masnah setelah melihat Fayyadh yang bermain dengan Umayrah .
Aku memandang kearahnya lalu tersenyum .
" Akak tahu , dia pengganti Isyraq kan ? '' belum sempat aku menjawab Puan Masnah sudah mematikan ayatnya .
Aku sekali lagi tersenyum .
" Bakal suami saya kak .. '' aku terus bersuara .
Fayyadh memandangku sambil tersenyum malu . Pertama kali aku melihat wajahnya merah padam begitu .
Umayrah seakan faham dan turut mentertawakan Fayyadh .

" InsyaAllah kak .. '' sambung Fayyadh lagi .
Puan Masnah dan suaminya tertawa bahagia .

" Syukurlah kalau kamu berdua , Isyraq pun ada datang hari tu . Dia datang dengan gadis berpurdah dari Malaysia juga . kalau tak silap hujung bulan ni mereka nak nikah dah .. '' Jelas suaminya dengan panjang .

Aku agak terkejut dan terdiam seketika .

" Alhamdulillah .. dah selamatlah sekarang .. takde nak ganggu awak ..'' sindir Fayyadh yang terus menghentikan khayalanku .
Kam terus tertawa dan berbual mengenai pelbagai perkara .

Aku mengajak Fayyadh duduk di batu sungai dimana pernah Isyraq menyatakan bahawa tempat ini akan diduduki oleh kami bersama keluarga sendiri . Benarlah disitu aku tidak pernah hadir dalam hidupnya . Cuma aku yang mengharap .

'' Cepat kau orang .. Nak check in dah ni .. '' Safiyya seakan tidak sabar pulang ke Malaysia . 
Aku ,Fayyadh , Dean , Edrea , Noah , Safiyya , Ha-Neul dan Amani akan pulang ke Malaysia bersama-sama . Amani kelihatan sedikit sedih kerana terpaksa meninggalkan Oppanya .
Dae Hyeon yang menghantar kami ke Airport .

'' Kamu tunggu saya . '' Dae Hyeon melihat di tapak tangannya teks yang seakan di google translatenya itu.
Amani terus menangis seakan dia terharu dengan usaha Dae Hyeon .
Dean dan Ferral tiada penghujungnya . Aku juga tidak tahu sama ada dia dapat atau tidak pointer 4 nya .
'' Dah jom . '' kami mengucapkan selamat tinggal pada Dae Hyeon . 
Dia juga kelihatan berat melepaskan Amani pergi .
Dalam perut kapal terbang , aku dan Fayyadh duduk berdekatan . Ha-Neul dan Safiyya seakan merancang perkahwinan mereka . Noah dan Edrea akan bertunang secepat mungkin .Dean , sepanjang jalan menangis . Amanilah yang sabar memujuknya .

'' Tak sabar nak jumpa mak mentua . '' sindir Fayyadh sambil menahan sejuk .
Aku hanya tertawa kerana dia tidak tahu pun yang mengambilku bapa saudaraku , bukan bonda .

Perjalanan 6 jam ku kini berakhir , tiada lagi salji dan hujan yang mampu mengeraskan badan .
Semua yang aku lalui disana merupakan pengajaran yang aku tidak dapat lupa .
Terima kasih untuk pinjaman Crush dari Seoul ini dan bakal menjadi Suami Dari Seoul .
WALAUPUN MADE IN MALAYSIA !

 
 
 
 
 
 
 
 
 


 
 
 
 
 

Saturday, 13 January 2018

Part 12

Seperti biasa , setiap kali balik dari kuliah aku akan terus pulang ke rumah tanpa singgah mana-mana tempat .
Dapur juga sudah lama tidak berasap , ruang tamu juga tidak lagi seriuh dulu .
Aku tidak ingin berkongsi rumah ini dengan sesiapa . Oleh itu , sejak mereka semua pulang ke tanahair , aku mula bekerja sambilan di sebuah kedai roti .

Penat memang penat , namun aku tidak ingin ada pengganti mereka .
Sekali-sekala Safiyya , Amani , Edrea dan Dean menelefonku untuk bertanya khabar .

Setelah bertahun aku disini , inilah pertama kaliku meraihnya sendirian .
Aku sering menyibukkan diriku kiranya mengingati mereka .
Oleh itu , aku tetap ingin bekerja walaupun dilarang oleh bonda pada mulanya .

Duit gajiku sekadar cukup menampung sewa rumah dan makananku untuk sebulan .
Itupun sebab aku hanya makan roti yang tidak dijual di kedai .

Tahun baru ku kali ini terasa amat sunyi. Aku merenung bunga api yang bergemerlapan di langit dari dalam kedai .
Pemilik kedai ini orang melayu yang mana terkahwin orang Korea .
Fayyadh yang mengenaliku dengan pemilik kedai ini . Sukar mencari kedai roti yang halal di sini .

Kan best kalau ada kau orang disini . Kita boleh tengok sama-sama .
Aku mula memikirkan mereka .

'' Assalammualaikum awak , ''
Sapa Fayyadh yang sudah seminggu tidak aku temui itu .
Wajahnya berkerut memandangku .

" Awak kenapa ? rindu saya ke ? '' Fayyadh cuba bergurau sambil membawaku duduk .

Aku hanya menggeleng dan melihat wajahnya .

" Thanks tau sebab sanggup tunggu saya .. '' Sergah tiba-tiba .

Fayyadh juga dari tahun lepas tamat pengajiannya disini , dah boleh balik Malaysia jadi pemain bola pun . Namun dia enggan , kerana dia ingin menemaniku disini setahun lagi .

Dia mengusap kepalaku lembut . Sungguh aku rasa di sayangi .
'' Dah siap cepat . kita makan pau .. '' Fayyadh dari dulu suka sangat bagi aku makan pau .
Aku hanya berjalan selambat yang mampu . Hingga sekali-kali Fayyadh memanggilku .
'' Saya rindulah lepak macam dulu .. '' Aku mula meluahkan rasa di hati setelah tiba di tembok cinta kami .
Fayyadh mungkin tahu perkara itu , dia terus memegang tanganku disebalik sarung tangan .
" Saya masih disini , awak .'' jawabnya sambil tersenyum .
Mungkin hanya dia yang mengetahui aku sangat memerlukan perhatian saat ini .
Pagi tahun baru , tubuhku terasa amat lemah hingga sukar aku mengangkat tubuhku sendiri . Dulu tiap kali aku sakit , ada saja yang menjagaku . Edrea lah yang sanggup berulang alik mengambil air untuk mengurang panas badanku . Dean juga yang sanggup pergi kedai untuk membeli ubat . Amani yang setiap jam memeriksa suhu badanku . Serta Safiyya yang sentiasa memasakkan aku bubur ayam sama seperti bonda .
Airmataku mengalir tanpa ku sedar . Sungguh aku merindui mereka .
Aku ingin mereka disini .
Bonda jauh , sekarang mereka juga jauh .
Allah saja tahu perasaanku saat ini .

Telefon ku berdering berulang kali . Kak Ina kedai roti itu . Aku meminta cuti untuk hari ini . Mujur saja kelas ku tiada . Bolehlah aku merehatkan diri hari ini .
Aku cuba mencari ubat-ubat yang disimpan Dean namun aku tidak menemuinya .
Kepalaku terasa berat , dan akhirnya aku tewas di sofa hadapan tv .
'' Awak ,boleh tolong saya tak ? '' Aku menelefon Fayyadh untuk memintanya membeli ubat . Sungguh aku terasa tidak berdaya .
Sepuluh minit kemudian Fayyadh datang . Wajahnya kelihatan risau . Terpaksa aku biarkan dia masuk ke dalam rumah kerana keadaanku begini .
Perutku juga terasa mual . Mungkin kerana sudah seminggu makan minum yang tidak menentu.

'' Jom pergi klinik nak ? '' soal Fayyadh sambil meletakkan tuala di dahiku .
Dia hanya duduk dilantai dan membiarkan aku terbaring di sofa .
" Nantilah .. tak larat nak bangun .. '' Jawabku separuh sedar setelah memakan ubat tadi .
Tidak sampai dua minit aku sudah terlelap .
'' Awak dah bangun ? '' satu wajah yang penuh dengan senyuman berada di hadapanku .
Di tangannya sudah ada semangkuk bubur ayam . Aku merenung jam di dinding . Enam petang .

" Lama ke saya tidur ? '' soalku kebingungan sambil membetulkan kedudukan .
Kakiku sudah disarungkan stoking berwarna pink .
Darimana dia dapat ?

 " Lama lah juga . dekat 5 jam . Oh ya , tadi saya nampak awak macam kesejukan , tulah saya cari stoking awak . Jangan risau , saya pakai sarung tangan .. '' jawabnya sambil tersenyum .

Aku hanya tersenyum dan merosakkan rambutnya .
Dia menyuapku bubur yang dimasaknya itu . Sama seperti bubur Safiyya .
Baru aku tahu , sempat juga menelefon Safiyya untuk bertanyakan resepi bubur ini .
Terharu rasanya .
Selesai makan aku masuk kebilik untuk menunaikan solat . Dia di luar entah buat apa .
Aku keluar dengan telekung yang belum dibuka . Alang-alang terasa sejuk , best pula dalam telekung ni .
Terkejut beruk aku dibuatnya bila satu susuk dihadapan pintuku .
Fayyadh yang tengah solat . Aku mengundurkan diri dan membuka pintu seluas mungkin .
Aku hanya duduk di belakangnya sambil menanti dia siap menunaikan solat .

Tenang wajahnya aku lihat . Aku rasa selamat bila ada disini . Aku meletakkan kepalaku ditulang pintu . Entah kenapa tiba-tiba saja ia kembali berat .

Selesai saja Fayyadh menunaikan solatnya , dia menoleh kearah sambil tersenyum .

" Dah solat ? '' soalnya lembut.
Aku hanya mengangguk dan membalas senyum .
Entah kenapa aku terjatuh hati sekali lagi padanya .
'' Saya nak cakap sikit ni ..'' Fayyadh duduk dihadapanku dengan songkok diatas kepalanya .
Aku hanya bertanya tentang soalan yang ingin diajunya .
" Awak nak tak jadi isteri saya ? '' Fayyadh memandangku dengan penuh makna .
Tersentak hatiku bila lelaki yang berkain pelikat dihadapanku ini mengeluarkan soalan sedemikian .
" Kalau awak nak jadi suami saya , InsyaALLAH saya nak .. '' jawabku sambil tersenyum .
Dia hanya tertunduk dan mengucapkan syukur .

Dia meminta izin untuk pergi dapur .
Dapur itu telah lama tidak berbunyi seperti Safiyya dahulu . Seakan aku merasa ada Safiyya dalam dapur hingga memaksaku untuk melihatnya .
Fayyadh sedang memasak makan malam untuk kami .

Aku hanya membiarkannya . Aku tak larat nak tolong , nak sentuh air pun dah macam kejang tangan ni .
Aku melihatnya bersungguh-sungguh memasak sup herba ayam . Dah macam orang pantang pula dilayan macam ni .
Tadi petang , Fayyadh lah yang menyambut muntahku kerana mual . Seminggu tak makan nasi itulah kesannya .

Malam ini Fayyadh menemaniku di rumah. Mungkin dia risau akan keadaanku .
Aku hanya tidur di sofa manakala Fayyadh berjaga sambil menonton bola sepak .
Dia hanya duduk dibawah kakiku sambil menikmati satu jug kopi pekat likat ,
" Kesian awak kan ... '' aku mengemaskan rambutnya yang seakan serabai . 
Aku yang terbaring di sofa tidak dapat bergerak . Entah kenapa berat sangat kepala ini . Tadi okey sekarang start lagi .
Aku berlari ke tandas untuk muntah . Fayyadh mengekoriku dari belakang .
Dia menepuk belakangku dengan lembut . Dulu Edrea yang selalu melakukan itu padaku .

Aku kembali ke sofa dan kembali terbaring . Fayyadh kembali menonton bola setelah aku terlelap .
Keesokannya , Fayyadh membawaku ke klinik. Betullah gastrik dan demam . Mungkin benar aku yang terlalu kuat bekerja tanpa rehat . Kak Ina memberiku cuti seminggu . 
'' Awak ni tak kelas , kedai roti .. Tak kedai roti , kelas . Bila nak enjoy ? '' soal Fayyadh yang menemaniku di taman bunga untuk mencari ilham bagi assignment ku .
Aku tidak terus menjawab .
'' Nanti jadi isteri awak , enjoy lah saya .. '' jawabku tenang sambil terus fokus dengan lukisanku .

Fayyadh terus menarik pipiku . Aku hanya menepisnya dengan bahu .
Sesekali itu aku dihantui dengan kisah Fayyadh memarahiku angkara Zana .
Entah manalah perempuan tu sekarang .
'' Nanti awak sem break kita pergi Love Tower nak ?'' cadang Fayyadh .
Terkedu aku . Dia tahu ke apa dalam fikiranku ?

'' Buat apa ? '' soalku seakan enggan . Padahal dalam hati memang nak .
Fayyadh merenggangkan tangannya . Mungkin penat menantiku .
" Saya nak lock cinta kita sebelum saya lock awak jadi isteri saya .. ''
Pakkk ! setepek panahan cinta bertubi-tubi .
Aku terus mencubitnya .

" Yelah .. nanti kita pergi ye . Lock jangan bagi Zana datang lagi .. '' aku pula menyindir .
Fayyadh memandangku seakan tidak berpuas hati .
" Mulalah dia tu nak ungkit cerita lama .. " Fayyadh seakan merajuk .
Itulah Fayyadh Zayn yang sering menceriakan hariku .
Bagai nak pecah otakku dirumah ini . Apatah lagi musim exam macam ni . Lagi berapa hari nak habis exam . Ini merupakan examku yang pertama bagi tahun yang baru ini .
Aku masih belum biasa tiada rakan-rakanku yang lain .
Ingin saja aku teriak bila terlalu tertekan .
Namun Fayyadh selalu menjadi badut untuk membuatku tertawa .

Kadang tiga pagi pun aku call juga dia , kalau aku dah tertekan sangat .

 Dan takkan terulang lagi
Silapku yang dulu
Meninggalkanmu
Untuk kedua kali takkan berlaku


'' Menyesal saya buat awak nangis dulu ... '' Fayyadh tiba-tiba saja bersuara sewaktu kami memilih padlock.
Tersentak jugalah aku . Dah macam drama melayu pun ada .

" Lupakanlah ... tak payah nak nyanyi-nyanyi sangat .. '' jawabku ringkas .
Fayyadh memegang kepalanya sambil memandang kearah lain .

" Alah ..lagu je pun .... '' jawabnya .
Aku memandangnya .
" Eh.. awak nak ke jadi macam kes memori berkasih tu ? Lepas nyanyi lagu tu apa jadi ? Zana muncul kan ? '' aku seakan mengingatinya kembali sewaktu kami pulang ke Malaysia dulu , dimana kami sempat berduet lagu Memori berkasih .

Dia hanya tertawa dan menolak kepalaku lembut .
Padlock pilihan kami berwarna merah . Nama kami tertulis disini , dan Love Tower kembalikan cintaku yang kecundang dahulu .

'' Nak tercabut kaki saya berjalan dengan awak ni .. '' rungut Fayyadh setelah aku membawanya berjalan-jalan .
Aku hanya tertawa dan menenangkan fikiran disini .
Aku ingin menikmati suasana disini sebelum menghabiskan pengajianku disini .

'' Arfa , kau ada nampak Ha-Neul tak ? '' Safiyya menelefonku dan menyatakan Ha-Neul kini sah menjadi seorang mualaf . Alhamdulillah , kami turut gembira .
Amani dan Safiyya kini sedang berjinak-jinak dengan perniagaan baru mereka . Salon kecantikan .
Edrea sedang menjalani kursus untuk menjadi ingeener . Aku tidak tahu kisahnya dan Noah . Yang aku tahu , Noah juga sudah tamat pengajiannya dalam bidang pemasaran .
Amani pula masih berhubung dengan Oppanya .
Dean .. hari tu dia ada cakap yang family Ferral okey . Tapi dia orang nak Ferral habis study dulu baru kahwin .
Aku dan Ferral akan tamatkan pengajian tahun ini . Kadang-kadang nampak juga dia ni .
Pagi-pagi lagi pintu rumah ku diketuk macam nak pecah . Takkanlah orang nak kutip duit sewa .. Ni bukan Malaysia woi!
Aku memakai selendang dan terus keluar dengan tahi mata yang masih melekat .

" Hmmm .. '' jawabku sambil mata masih tertutup .
Tiada suara .
" Kami nak duit kutu bulan ni... '' jawab seseorang ,
Aku bingung .
" Saya tak main duit kutu .. salah rumah ni ..'' aku terus menutup pintu .
TAPI .....
" Kau orang !!!! '' aku terus menjerit .

Rakan-rakanku yang berbulan tidak ku temui berada depan mataku .
Ya Allah tak pernah aku bahagia sebegini .

" Kau ingat kami datang sini sebab nak duit kutu je ke ? '' Safiyya terus meluru ke dapurnya . Rindulah tu .
Edrea masih memelukku .
Amani seakan mencari sesuatu dalam begnya yang besar .
Dean seperti biasa , terus saja kehulu hilir diruang tamu .

" Rindu gila tempat ni .. Selama aku kat Malaysia tiap-tiap malam ingat kau orang ..'' Sapa Edrea yang terus melentangkan dirinya disofa .

" Aku pun ... tulah aku ajak kau orang stay sini sampai Arfa habis study .. '' Amani menjeling kearah ku sambil tersenyum .
Aku tergamam bercampur gembira .

'' Kau orang tak balik Malaysia lagi ? '' soalku seakan tidak percaya .
Mereka mengangguk .
" Nanti kita boleh balik Malaysia ramai-ramai ..'' Jawab Dean .
Happynya !

'' Kau lagi beberapa bulan kat sini .. So kitaorang decide temankan kau dulu ..'' Safiyya bersuara yang mula berperang di dapurnya .
Aku hanya mampu tersenyum .
" Lepas ni kita orang tolong kau bayar sewa . Kita orang kerja partime kat salon bawah rumah tu ..'' Jawab Amani .

Dean pula akan membuka photobooth di pasar malam bersama Edrea. Biarlah mereka berdikari . Orang bukan tahu mereka ni Lulusan University Of Seoul .
'' Aku ada bawa pekasam Perlis tau .. nanti ajaklah Fayyadh datang sini ..'' Safiyya seakan cuba mengimbas kembali kejadian dulu .
Pecah tawa kami bila mengingatinya . Keriuhan kembali lagi .
Sungguh ini yang rindukan ..

Mereka sanggup meninggalkan kerja dan peluang mereka di Malaysia dan kembali lagi disini demiku .
Sungguh sukar mendapat sahabat seperti mereka .
Sanggup bersusah senang bersamaku disini .

Kini rinduku terlunas .


 


 
 
 
 



Friday, 12 January 2018

Part 11

" Aku fikir bab kecantikan ni senang wei .. '' Safiyya terus menghempas tubuhnya ke sofa .
Kami memandang kearahnya .

" Kenapa ? '' soal Dean sambil membancuh kopinya sendiri .
Safiyya mengurut kepalanya .

" Lagi senang kot makeup kan orang dari check barang-barang makeup ni ..'' Amani pula bersuara .
Kami hanya tertawa melihat mereka yang kepenatan walaupun sudah hampir sebulan mereka kerja praktikal itu .
Lagi sebulan mereka dah bebas .

'' Edrea mana ? '' soal Safiyya setelah sedar ketiadaan Edrea dirumah .

" Dia jumpa Noah kot . Noah pun kejap lagi graduate Bahasa Melayu .. '' jawab Dean.
Entah mengapa tiap kali kami teringat akan Noah hati kami tercuit .

Aku dan Dean dari tadi tersadai di dapur . Bukan apa , kami sedang membincangkan perancangan kami untuk cuti nanti . Sekaligus untuk perpisahan kami setelah mereka tamat pengajian disini .
Hanyalah aku sendirian .
'' Dean , kau dengan Ferral macam mana ? '' entah kenapa tiba-tiba saja persoalan itu keluar dari mulutku .
Dean tidak terus menjawab dan tidak juga terkejut . Dia sangat tenang.

''  Entahlah .. aku rasa setakat sini je kot .. Aku dah penat berharap .. '' jawabnya dengan penuh kedukaan .

Aku tidak pernah mengalaminya , namun aku tahu sakit yang Dean tanggung setelah jauh dari Ferral .
Tiada lagi yang sanggup menghantarnya pulang kiranya ada kelas malam , tiada lagi yang sanggup menjadi pelepas segala kemarahannya.
Aku harap Ferral dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin .
'' Kau orang , aku nak tanya sikit boleh ? '' Safiyya yang kami sangka sudah tidur keluar dengan bantal busuk berbentuk lipstik itu .
Hailahhh .. sampaikan bantal pun bentuk lipstik .
'' Tanya apa ? '' Amani yang terdahulu bertanya .
Safiyya duduk dan meletakkan telefon bimbitnya di meja hadapan kami .

" Aku rasa Ha-Neul masih contact dengan ex girlfriend dialah .. '' Safiyya bersuara sayu .

Sudah . sekali lagi ? Tak habis-habis masalah .
Dean yang terus mengambil telefon Safiyya .

" Kau sure ke ? '' soal Dean yang seakan tidak percaya .

Safiyya tidak menjawab dan terus menangis sambil memeluk bantal lipstiknya .

" Mana aku tahu .. Tapi tengoklah dah terang-terang dia orang chat .. '' Safiyya menerima screenshot dari nombor yang tidak diketahui .

Amani terus mengambil telefon tersebut dari Dean . Aku juga menyibukkan diri . 
'' Apa dia cakap tu ? '' soalku . maklum saja , walaupun bertahun disini aku tidak tahu langsung cakap benda ala ni .

Dean merenungku ,
" Dia cakap dia masih sayang Ha-Neul .. lepas tu Ha-Neul kata dia memang rindu ex dia ni .. '' Terang Dean .

Panas pula telinga aku mendengarnya .

" So nak buat apa ni ? kau dah tanya Ha-Neul belum ? '' soal Amani yang sejak akhir-akhir ini kelihatan tegas .
Aku hanya berdiam diri . Faham sangat perasaan Safiyya sekarang .
Beza aku dan Safiyya , aku tampar je terus .

Safiyya menggeleng dan hanya termenung . Sedih benar dia !

Esoknya Safiyya dan Amani meminta cuti sehari hanya untuk menyelesaikan masalah Safiyya dan Ha-Neul ini . Mana boleh biarkan , boleh gila dibuatnya .
'' Perempuan tu lah ex Ha-Neul ..Eiii kau orang , bencilah.. '' Safiyya menarik baju Amani kerana kegeraman melihat wanita korea yang sedang duduk semeja dengan Ha-Neul .

" Kita serang nak ? '' soalku yang juga turut merasa sakit hati melihat Fayyadh semejanya .
Pandai pula hinggap tangannya di bahu Fayyadh.
Dean dan Edrea menahanku sambil tertawa .

" Kau orang sabarlah . Kita guna cara halus dulu .'' Amani bersuara .
Kami memandangnya dengan tanda tanya di dalam awan kepok-kepok.

" Kau orang guna cara drama melayu ...call dia orang tanya kat mana ..'' Amani memberi cadangan .
Safiyya menelefon Ha-Neul .

 '' na Fayyadhwa kapeeiss-eo. '' Jawab Ha-Neul jujur .
Sekarang giliranku pula menelefon Fayyadh .

" Ada ni haa kat cafe .. kenapa awak ? '' Fayyadh juga berkata jujur .

Safiyya dah memang tertekan tengok teman lelakinya .
Kami menghampiri mereka dengan tenang .

"annyeonghaseyo. '' Safiyya menyapa Ha-Neul dan rakan-rakannya dengan begitu lembut .
Yang lain menyahutnya dan meminta kami untuk duduk . Mereka sudah mengenal Safiyya lama .

Aku sengaja duduk diantara perempuan itu dan Fayyadh , begitu juga Safiyya yang duduk diantara perempuan itu dan Ha-Neul .
Bijak kan perempuan ni ? Punyalah besar meja ni nak juga duduk tengah-tengah Ha-Neul dan Fayyadh .

Wajah Ha-Neul melihat kelakuan Safiyya yang seakan sesuatu .
"wae? neo nollass ni? '' tanya Safiyya sambil tersenyum sinis .

Ha-Neul mengangguk dan terus berdiam .

" Hmm.. are you Malaysian too ? '' Soal gadis itu padaku .
Mata Safiyya terus tajam melihat gadis itu .
Dah kenapa nak berkenalan pula .

Aku hanya mengangguk . Malas pula bersuara . Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Fayyadh .
Amani , Edrea dan Dean duduk di tempat kosong hadapan kami . Meja ni besar , boleh muat 20 orang . Yang ada masa tu 12 orang je . tu dah masuk kita orang lah tu .

" Awak okey tak ni ? '' Fayyadh berbisik padaku sambil tersenyum .
Aku yang sibuk menyedut jus oren milik Fayyadh tidak menyahut pertanyaannya . Malah aku hanya menolak pipinya untuk tidak melihatku .

''neo nugu ni?'' Safiyya mula memainkan permainanya .
Aku memandang kearah Amani dan yang lain . Kami hanya tersenyum .
Teman-teman Ha-Neul juga terpegun dan kelihatan sedikit cuak . Mungkin mereka tahu Ha-Neul melakukan kesilapan .

"  naneun geunyeoui olaen naneun geunyeoui olaen aein-ida'' jawab gadis itu yang digelar Anne .

Wajahnya yang halus serta memakai kaca mata melihatkan dia sungguh comel . Tapi comel saja tiada guna kalau suka kacau boyfriend orang.
 '' Nama dia Ida ke awak ? '' soalku pada Fayyadh . Hanya itu yang aku dengar semasa dia menjawab persoalan Safiyya tadi .
Fayyadh menahan tawanya .
" Anne lah awak .. bukan Ida .. '' dia hanya berbisik .
Oh baru aku faham .

 " geunyeoneun nugu-inga?'' Anne bertanya pada Ha-Neul sambil tertawa manja .
Ha-Neul memandang kearah Safiyya .

" She's my future wife . '' jawab Ha-Neul tenang sambil memegang kepala Safiyya .

Tersembur air yang aku minum mendengar jawapan Ha-Neul . Riuh meja itu angkara Ha-Neul .
Wajah Anne juga berubah serta merta namun masih juga tertawa hambar .

Ha-Neul tak jalan , Fayyadh pula diusiknya . Dia fikir aku tunggul .

" Dah lama ke buat kerja begini ? '' soalku tanpa mengira dia faham atau tidak .
Yang lain memandangku serius . Fayyadh juga terus memanggilku lembut .

'' neo museun soli ya?'' jawab Anne kebingungan sambil memandang kearah Fayyadh dan yang lain.
Aku menarik tangannya .

" Saya kat sini . tak payahlah nak Soli-soli sangat .. '' Marahku tiba-tiba .
Aku sudah tidak tahan hidup dengan perempuan yang suka berpura-pura .

Macam saja kami tidak tahu helahnya yang inginkan Ha-Neul lagi . Dia yang menghantar Screenshot chatnya dengan Ha-Neul semalam . 
Otak udang punya perempuan .

Safiyya memberi telefonnya kepada Ha-Neul dan memintanya sendiri membaca chat Anne semalam .

"yeogiseo naga. " Ha-Neul terus meminta Anne untuk pergi .
Namun perempuan itu seakan-akan tidak faham .

" Kau pergi sekarang .. sebelum aku hempuk kau guna kerusi ! '' Safiyya terus berdiri . 
Anne tidak faham namun dia juga turut berdiri .
Bukan untuk pergi tau , nak melawan .

Mentang-mentang Safiyya ni pendek . Senang-senang dia nak pukul Safiyya .

Ha-Neul berdiri namun di halang Amani dan yang lain . Mungkin juga dia tidak sedar aku dibelakangnya dari tadi .

" Kau nak pergi cara lembut ke nak aku patahkan tangan kau ni ? '' Amani bersuara sambil mengalihkan tangan Anne yang hampir sampai ke muka Safiyya .

Anne memandang kearah kami . Mujur saja tiada orang dalam cafe itu . Taklah malu sangat .

"Jebal, geuneun naleul ttaeligo sip-eo. '' Mengada Anne yang cuba meminta perhatian dari Fayyadh pula setelah Ha-Neul mengambil Safiyya untuk duduk semula .

" Eiii kau ni tak faham bahasa ke apa ? Apa kena mengena Fayadh dengan kau .. Pergilah.'' aku menolaknya seperti aku menolak Zana dulu sewaktu di pantai .

Fayyadh terus memujukku , mungkin dia tahu aku emosiku masih belum stabil sepenuhnya .

Rakan-rakan Ha-Neul membawa Anne pergi dari situ , dan mereka kembali ke cafe lagi ..
Aku hanya berdiam dan tanpa disedar dah dua gelas jus oren habis olehku .

'' mianhae. '' Safiyya bersuara sambil menangis .
Dia merasa dia telah menghuru-hara kan suasana mereka serta memalukan Ha-Neul depan rakan-rakannya yang lain .

Ha-Neul memujuknya dan menyatakan itu salahnya kerana tidak tahu Anne cuba merosakkan hubungan mereka .

Ini bukan cerita melayu , nampak perempuan lain pegang tangan boyfriend ,suami diam je .. Lepas tu nangis seorang-seorang .. 
Pleaselah , ingat kita ni apa ? 


'' Hmm.. dah habis dua gelas , takkan tak sejuk-sejuk lagi hati tu ..'' Sindir Fayyadh ..
Aku memandangnya dengan muka meluat .

" Dah perempuan tu nak kacau awak . Takkan saya nak biarkan .. '' aku bersuara dengan penuh emosi .
Rakan-rakan mereka hanya tertawa , dan tidak menyangka Anne tewas oleh kami . 
Dalam melayani kemarahanku , mereka menceritakan yang Anne memang selalu menganggu lelaki-lelaki disini . Termasuklah Ha-Neul dan Fayyadh .
Kami bukan ganas , ataupun Queen Control . tapi kami boleh rasa perempuan yang plastik atau tak .
Dari form5 cikgu sains dah ajar beza setiap plastik kan ? Hahahaa

Memang ramai yang menyampah dengan Anne ni . Terutama budak sukan. Hari-hari nampak perempuan ni menggedik.

Aku memandang wajah Fayyadh .

" Nak kata handsome , tak . Tapi kenapalah ramai juga nak kat awak .. '' baru kini aku tersenyum .
Fayyadh menarik hidungku . 

Aku menyangka Fayyadh akan memarahiku seperti Zana dulu sewaktu aku menolak Anne . Namun tidak , kerana dia tahu aku tidak akan bertindak sedemikian kalau tanpa sebab .

Ha-Neul pula mengajak Safiyya keluar petang itu . Mungkin ingin memujuk Safiyya . Masalah mereka sekejap saja dah settle . Tapi masalah Dean , kami tidak tahu macam mana selesaikan .
Amani dan aku duduk berfikir di koridor semasa Dean dalam biliknya untuk menunaikan solat . Edrea tiada dirumah kerana ada last class petang ini.

" Apa nak jadi dengan Dean dengan Ferral tu kan ? '' Amani bersuara tiba-tiba .
Aku hanya mengangkat bahu .
Pemandangan petang itu membuatku teringat akan suasana kampung di Malaysia .

" Awak jangan risau .. Saya okey sini . '' Dean seakan bercakap dengan seseorang dari telefonnya .
aku dan Amani terpandang kearahnya . Mungkin itu Ferral .
Memang setiap hati , Ferral akan menelefonnya .

'' Kenapa Dean ? '' soalku setelah Dean menarik nafas panjang sebelum duduk bersama kami .
" Ferral ajak aku lawat kubur mendiang mama dia kat Yogyakarta . '' Dean bersuara .
Sejak kecil lagi Ferral telah kehilangan ibunya , dan dia hanya tinggal bersama ibu angkatnya .

Ferral ingin membawa Dean balik ke kampung sebenarnya dimana dia akan menemui saudaranya yang sebenar .
Siapa tahu mereka mendapat restu disana .

" Bila kau nak pergi sana ? '' soal Amani pula .
Dean memandang pemandangan Seoul .

" Cuti depan. Tapi kita kan nak jalan-jalan . Lepas ni dah tak dapat nak jalan-jalan dah ..'' jawab Dean yang keliru sama ada hubungannya atau menghabiskan masa dengan kami nanti .
 " Kau focus dulu dengan last exam kau , lepas tu kau pergi selesaikan masalah kau .. Takpe , kita tak jalan pun takpe , nanti kita celebrate kat rumah .. '' Jawabku yang sekaligus memujuk hati sendiri .
Kesibukan masing-masing menyebabkan kurangnya masa kami bersama . Dulu , waktu malam kami diisi dengan keriuhan walaupun paginya sibuk .
Entah apa aku saja yang rasa mereka telah berubah ?
Mungkin sibuk .

'' Dean , kau jaga diri baik-baik sana tau .. Apa-apa call ..'' pesan Amani sewaktu kami menghantarnya yang akan pergi ke Yogyakarta untuk bertemu keluarga Ferral .

Amani pula akan pulang ke Malaysia esok . Edrea mengikuti makciknya ke Amerika dan mungkin akan menetap disana . Safiyya pula akan pulang ke Malaysia setelah selesai menguruskan pengislaman Ha-Neul . Tinggallah aku sendiri di disini .

Rumah kami tidak lagi seriuh dulunya . Kadang aku terbayang kenakalan Dean yang sering berlari dalam rumah , Edrea yang sentiasa bercakap seorang untuk latihan presentation , Amani yang duduk sehari suntuk depan laptopnya , Safiyya dengan dapurnya . 
Siapa saja tidak rindu dengan kerjasama dan kenangan yang kami cipta bersama .Luaran kami nampak lemah, namun bila kami di ganggu kami tidak berdiam . 
Itulah kami ....

Perlukah aku mencari penyewa baru dalam rumah ini ? Mampukah aku membayarnya seorang diri . 
Mana mungkin aku sanggup membiarkan orang lain tinggal disini . aku sudah tidak percaya dengan rakan baru , selain ...
Safiyya , Amani , Edrea dan Deandra .. Jumpa lagi sahabatku .