Hari ini aku bersiap lebih awal kerana aku akan mendaftar sebagai pelajar baru di University Of Daejeon dalam bidang Humanity and Arts .
walaupun aku agak kurang pandai untuk bertutur dalam bahasa English , namun aku tidak kekok kerana dibantu roomate ku , Farzana .
Dia berada di Daejeon hampir 2 bulan lebih , oleh itu dia sudah tahu selok belok kampus ini.
setelah selesai segala urusan , Zana membawaku untuk lunch di cafe yang tidak jauh dari tempat tinggal kami . Dalam masa tu , aku mengenali Rhania . sahabat Zana dari Malaysia yang kini mungkin akan menjadi sahabatku juga.
Aku tidak bersendirian kerana mengenali mereka yang baik dan penyayang.
Zana , gadis melayu yang gemar memakai instant shawl itu kelihatan sangat ayu . Matanya yang besar dan kening yang tersusun rapi tanpa dicukur menjadi tarikan utama bagi kaum adam diluar sana .
Rhania tidak kurang cantiknya. Wajahnya berseri-seri dan rambut yang ikal mayang itu menjadikan dia kelihatan sangat anggun . Apatah lagi Rhania sangat gemar memakai Casual style kiranya pergi ke kuliah .
tidak sedar , sudah hampir sebulan aku disini . Namun belum ada kesempatan untuk aku berjalan-jalan melihat sekeliling Daejeon. Maklumlah , Zana dan Rhania juga sibuk untuk persiapan mereka untuk Semester pertama . Aku hanya menghabiskan masa terluang di Library dan di bilik sewaku . so bored!
'' Assalammualaikum , Cik Arfa ? '' sapa seseorang dari belakangku .aku menoleh dan ..kecil sungguh dunia ini .
'' Waalaikumussalam , Isyraq . Awak buat disini?'' soalku . tidak sangka , aku dan jejaka yang aku temui di KLIA kini menuntut di U yang sama .
Rupanya Isyraq mengambil bidang yang sama dengan Zana , Civil Ingeenering . Namun aku tidak sempat menceritakan tentang Zana kepadanya .
Aku mengajak Isyraq ke cafe Ria yang tidak jauh dari kampus . kami sengaja memilih tempat duduk yang berhadapan tasik , agar dapat feeling di Paris . Hahahahaa
Coffee Latte and Hot Chocolate , please .
'' Awak cakap tadi awak dah masuk sem dua kan? '' soalku .
Isyraq hanya menganggukkan kepala dan menghirup Hot chocolatenya yang baru saja di hantar oleh pelayan bermata sepet .
'' Awak masih ingat Umayrah tak?'' soal Isyraq secara tiba-tiba .
aku hanya tersenyum .
'' Mestilah ingat . Anak angkat saya tu .'' pecah tawaku bila teringatkan gelagat Umayrah dalam kapal terbang tempoh hari .
'' Jom , kita jumpa Umayrah .." cadang Isyraq .
aku bersetuju kerana aku juga rindu pada Umayrah dan kebetulan aku sudah sebulan tidak kemana-kemana .
Aku mengeluarkan kad yang diberikan oleh Puan Masnah dan mula menaip perkataan melalui Message.
Assalammualaikum , Puan Masnah .Saya Arfa , yang duduk sebelah Puan masa flight dari Malaysia . Saya dan Isyraq nak datang esok . Nak jumpa Umayrah 😄aku menekan tombol Send .
tidak lama kemudian ada balasan dari Puan Masnah .
Waalaikumussalam dik . jemput datang . Umayrah tentu gembira jumpa Ummi and Abuya baru .. HihihiPuan Masnah sangat riang orangnya . Apatah lagi suka bergurau . Aku dan Isyraq masih tidak dapat memberitahu perkara sebenar kepadanya.
'' Abuya ? '' soalku sambil mengerutkan kening .
Isyraq hanya tertawa kerana dia juga tidak sangka bahawa dia akan digelar Abuya oleh Umayrah . Hmm sebenarnya bukan Umayrah .. IBU UMAYRAH .
Kami saling bertukar nombor telefon agar memudahkan urusan kami esok hari .Untuk bertemu dengan anak angkat kami , Haura Umayrah .
I'm so lonely
broken angel ~
telefonku berdering dan menandakan ada telefon dari seseorang .
terpampang nama , ISYRAQ SUFI .
'' Saya dah sampai ni . awak turunlah ..'' katanya .
belum sempat Isyraq menghabiskan kata terakhirnya aku sudah mematikan talian dan bergegas mencari tudung Bawal Heavy Chiffon berwarna merunku yang mudah dibentuk itu .
Aku mengenakan Long skirt dan blouse berwarna merun gelap . Aku juga memakai baju sejuk bulu berwarna merah jambu , kerana cuaca hari ini agak sejuk .
'' Arfa , kau pergi mana ?'' soal Zana .
aku sekadar mengingatkan Zana bahawa aku akan pergi ke Jeonju dan akan pulang esok . Aku sudah memberitahunya semalam sewaktu makan malam. Mungkin dia terlupa .
Zana menghantarku hingga ke pintu teksi . Zana dan Isyraq rupanya saling mengenali mungkin kerana mereka dalam bidang yang sama .
Aku masuk ke dalam teksi dan membiarkan Zana dan Isyraq berbual , mungkin mengenai kerja mereka .
Isyraq membantuku mengangkat bagasiku .'' Kita ni bermalam je .bukan nak tinggal terus . '' sindir Isyraq .
aku merenung mukanya sambil menyuapkan Sandwich Kubis yang dibelikan oleh Isyraq tadi .
'' Habis tu nak bawa plastik je ? '' jawabku walaupun masih ada makanan dalam mulut.
'' Jangan bercakap kalau mulut penuhlah ..'' tegur Isyraq sambil tersenyum .
''Suka hatilah ..'' jelingku sambil mengalihkan badan ke arah lain .
Mungkin kerana terlalu marah , roti yang aku telan tersekat di kerongkong .terbatuk aku dibuatnya.
'' Awak awakkk air .. '' aku cuba capai Isyraq yang berada sedikit jauh dariku .
Isyraq bergegas memberiku air .
'' Tu lah.. orang tegur , marah . Degil '' Isyraq menolak kepalaku sambil tertawa .
Aku hanya merenungnya tanpa sebarang rasa . Marah tidak , suka tidak .
yang aku tahu , aku selamat dari tercekik kubis . Alhamdulillah .
Kami menaiki keretapi ke Jeonju dari Daejeon . Aku dapat melihat pemandangan yang tidak pernah aku lihat di Malaysia .
Mungkin orang beranggapan Korea dipenuhi dengan bangunan yang mewah , dan wajah lelaki yang handsome seperti Lee Min Ho , Lee Jong suk .. tapi girls out there , Lelaki Malaysia lagi handsome okay . Hahahaha
'' Apa yang dibayangkan tu Cik Arfa Hijanah .."
terkejut aku dibuatnya . Bukan Isyraq kalau tidak menggangu khayalanku .
aku mengeluarkan tangan ku di tingkap sambil tersenyum menikmati keindahan alam.
'' Senyum seorang-seorang .. teringat boyfriend lah tu . '' sergahnya sekali lagi .
Aku mengalihkan tanganku . dan mencubit pipinya . Jangan risau , cuaca sini sejuk , aku memakai sarung tangan yang tebal punya . SELAMAT !
'' Buat apa ingat boyfriend , kalau abuya Umayrah ada kat sebelah ni ..'' usikku .
Riuh seketika keretapi itu angkara kami yang saling usik mengusik .
kami tidak kisah kerana mungkin hanya kami orang Malaysia dalam keretapi ini .
Uniknya keretapi ini , mereka menjual makanan-makanan yang ringan yang Halal . Jeonju merupakan salah satu kawasan di Korea yang mempunyai pendudukan Islam .Tidak hairanlah sekiranya keretapi ini juga menyediakan makanan yang halal .
Aku membeli Cotton candy berwarna pink dan makan bersama Isyraq . Sekali lagi perjalanan kami dipenuhi cerita-cerita yang tidak patut kami kongsikan . Namun telah dkongsikan .
Isyraq seorang yang pandai menghiburkan aku . Paling penting , dia memahamiku .
Sekitar 5 petang , aku dan Isyraq tiba di Jeonju . kami mencari masjid untuk menjamakkan solat kerana kami sedang bermusafir .
Isyraq menghantarku ke tempat mengambil Wudhu perempuan dan dia ke kawasan lelaki.
usai menunaikan solat , kami mencari kereta kuda yang disebut gyotong ( pengangkutan ).
Suasana perkampungan Jeonju dapatku gambarkan seperti yang selalu dilihat di Kdrama . Cuma yang membezakan sini , ada sedikit kemodenan seperti pakaian dan telekomunikasi. Aku hanya melihat orang-orang yang berusia memakai pakaian tradisional mereka . Telekomunikasi mereka juga semakin baik kerana mereka kini lebih mudah dihubungi walaupun perkampungan .
'' Assalammualaikum , Puan Masnah ..'' setiba kami di hadapan rumah Puan Masnah yang sangat unik . seakan dalam cerita Scarlet Heart dibuatnya .
'' Waalaikumussalam.. Ehh masuk-masuk ..'' pelawa Puan Masnah yang memakai sepasang baju kurung dan tudung bawal .
Luaran rumahnya mengikut konsep korean namun hiasan dalaman rumahnya sangat melayu .
dia menghias rumahnya seperti rumah kampung di Malaysia . Sangat unik .
Aku bagaikan hendak tinggal disini terus . terlepas rinduku di Malaysia .
Puan Masnah enggan kami memanggilnya Puan , dia lebih selesa di panggil Kak Masnah .Aku turutkan saja .
'' Mana Umayrah kak ? '' soal Isyraq .
Benar juga . kami belum bertemu Umayrah sejak kami tiba disini .
'' Umayrah ikut ayahnya pergi kebun sayur ..'' jawab Puan Masnah ringkas .
'' Kebun sayur ? Takde nyamuk ke ? '' soalku yang sedikit risau .
Maklumlah , Umayrah baru berusia 7 bulan , sudah di bawa ke kebun sayur . Kalau bonda lah dengar benda ni , confirm bising 7 hari 7 malam .
'' Ayahnya rindu sangat dengan Umayrah .. akak lama kat Malaysia . Lepas Umayrah lahir kat Malaysia , akak terus pantang kat sana ..'' jelas Puan Masnah.
'' Suami akak orang sini ke ?'' soal Isyraq lagi . aku juga ingin tahu .
Puan Masnah menggelengkan kepala .
'' Suami akak orang Malaysia , tapi dia tak boleh balik Malaysia sebab family akak tak suka dia..'' jelas Puan Masnah dengan tenang.
Aku dan Isyraq berhenti bertanyakan masalah keluarga Puan Masnah .
Puan Masnah menunjukkan bilik kepada kami ,
'' Ni bilik korang ye ..'' aku dan Isyraq berpandangan sesama sendiri .
Kali ini Isyraq yang beranikan diri .
'' Kak , kami bukan suami isteri. '' jelasnya pantas .
Puan Masnah agak terkejut tapi tidak lama kemudian dia tertawa .Dia malu kerana telah salah sangka tentang kami .
Isyraq di puji kerana tidak mengambil kesempatan diatas salah fahamnya itu . Isyraq terpaksa bermalam di luar manakala aku akan tidur dalam bilik yang disediakan .
Umayrah yang dari tadi tidak berlepas denganku , aku berikan pada Puan Masnah kerana aku juga ingin merehatkan tubuh ku setelah seharian berjalan .
sekitar jam 3 pagi , aku terjaga kerana mendengar tangisan Umayrah dari luar .
'' Umayrah ni tak nak tidur ..pelik akak perangai Umayrah malam ni ..'' jelas Puan Masnah yang kelihatan bingung .
'' Maaflah .anak abang ni menyusahkan kamu pula ..'' Suami Puan Masnah juga turut terjaga.
aku mendukung Umayrah dan cuba mendodoikannya . Umayrah berhenti menangis namun tidak ingin tidur.
Aku meminta Puan Masnah dan suaminya untuk berehat dan biar aku yang menjaga Umayrah . Pada mulanya mereka enggan , Namun , lama kelamaan mereka bersetuju . mereka perlu berehat kerana esok selepas subuh mereka akan turun ke Kebun Sayur .
'' Awak , tak tidur lagi ? dah jam berapa ni ?..'' Soal Isyraq yang hanya tidur dengan kain pelikatnya .
'' Jam3 lebih awak .. Macam mana nak tidur , Umayrah tak nak renggang ..'' jawabku yang separuh sedar .
Isyraq menghampiri Umayrah dan cuba untuk memdodoikan Umayrah dengan zikir-zikir.
'' Awak zikir saya pula yang ngantuk ...'' aku terus terlelap ..
Isyraq meletakkan Umayrah di tanganku . Dan dia hanya tidur dalam keadaan duduk kerana takut terlajak dan terlepas subuh.
Selesai solat subuh , Suami Puan Masnah bersiap untuk ke kebun . Begitu juga Puan Masnah .
'' Akak duduk kat rumah .. Biar saya temankan abang Harun pergi kebun .. '' Sergah Isyraq yang bergegas bersiap .
Puan Masnah tidak membantah , kerana dia juga ingin ke pasar .
aku mengikutinya bersama Umayrah .
Cuaca disini memang sejuk . Sarung tangan ku hanya berlepas ketika aku mandi .
ketika kami semua keluar dari rumah . Puan Masnah menyalam tangan suaminya . Isyraq hanya merenung merenung mereka , dan beralih pandangan ke arah ku dan Umayrah . Dia menghulurkan tangannya . Namun aku enggan menyambut kerana malu .
'' Ada lapislah ..'' katanya .
aku merenung wajahnya dan tersenyum .
aku memegang tangan Umayrah dan meletakkan ke tangan Isyraq .
'' Umayrah salam abuya sekali untuk ummi kan ?'' kataku seakan Umayrah memahaminya .
Isyraq hanya tersenyum dan kami meneruskan perjalanan masing-masing .
Tengah hari itu kami semua berkumpul di Kebun Sayur . Sungguh berbeza dengan suasana di Malaysia . Kebun sayur disini sangat luas dan bersih . Mungkin kerana sifat mereka yang suka bekerjasama .
'' Petang nanti kau orang pergilah sungai sana ..'' Puan Masnah menunjukkan ke arah sungai yang boleh kelihatan dari kebun sayur .
''Takde buaya ke kak ? soalku sambil mengunyah buah tembikai yang baru dipetik oleh suami Puan Masnah .
'' Haaa .. tercekik lagi nanti ..'' tegur Isyraq dari belakang ku sambil menghulurkan segelas oren jus yang segar diperah oleh Puan Masnah di rumah tadi .
Puan Masnah hanya tertawa melihat gelagat kami .
'' Takde buaya lah .. Nanti pergilah , kalau nak ajak Umayrah pun tak apa ..'' jelas Abang Harun lagi sambil tersenyum .
'' Kita balik esok , boleh ?'' soal ku kepada Isyraq sambil mengelipkan mata berkali-kali .
Isyraq memandangku .
'' Tinggal sini seorang-seorang ..'' jawab Isyraq sambil bergurau .
aku hanya menjelingnya dengan rasa geram .
'' Iyalah .. makan cepat , lepas ni kita pergi sungai ..'' pujuknya .
''Umayrah nak abuya ke Ummi ?'' soal Isyraq pada Umayrah .entah faham atau tidak , Umayrah semena-mena meghulurkan tangannya ke arah Isyraq .
Sepanjang perjalanan , aku merakam aksi Umayrah dan Isyraq yang sangat mencuit hati . Aku dan Isyraq duduk diatas sebuah batu yang besar dan Umayrah duduk di riba Isyraq sambil memakan biskut .
'' Nanti kita datang sini lagi nak?'' soal Isyraq kepadaku .
'' Nak .. Tapi mesti Umayrah dah pandai berenang ..'' Aku dapat bayangkan Umayrah yang montel ini berenang di tepian anak sungai itu .
'' Mana tahu , nanti kita pergi sini dah anak sendiri ...'' kata Isyraq yang mungkin sedang berfikir tentang masa depannya .
aku membiarkannya dengan khayalannya itu .
Malam terakhir kami di Jeonju , Umayrah sudah tidur bersama ibunya .
dan hanya aku dan Isyraq di luar rumah sambil melihat bintang-bintang . Kadang keindahan malam ini membuatku lupa bahawa aku bukan di Malaysia .
rindu bonda ...''Asyik termenung je kerja ..'' kata Isyraq yang sekali lagi memadamkan awan anganku .
'' biarlah .. '' jawabku .
'' Awak tahu tak ... saya suka awak , tapi saya tahu kita kawan ..'' sergah Isyraq yang tiba-tiba saja berkata sedemikian .
Aku juga sudah mula suka padanya . Namun , Sahabat itu lagi penting .......
seawal 6 pagi , kami bertolak semula ke Daejeon . sekali lagi kenangan yang tidak dapat dilupakan ~
No comments:
Post a Comment