Thursday, 11 January 2018

Part 10

Aku mengemas buku-buku ilmiah yang bersepah di ruang tamu . Sudah lama rasanya aku tidak keluar bersama rakan-rakanku .
" Kau orang jom keluar ? '' ajakku pada mereka yang masing-masing dengan tugasan mereka .
Maklum saja , pastinya mereka lagi sibuk berbandingku kerana mereka tidak lama lagi akan menghabiskan pengajian mereka disini .
Tiada jawapan dari mereka .

Aku menarik nafas dan menekan remote tv .
Aku tidak gemar menonton televisyen , bukan aku faham .

'' Kata nak keluar ? cepatlah ..'' Amani sudah siap dengan tudungnya .
Aku melihat yang lain , mereka juga sudah siap .
Eh lajunya .  fikirkan mereka enggan .

Aku bergegas bersiap .

" Kita pergi Namsan jom ? naik cable car . '' Dean bersuara sambil meneliti telefon pintarnya .
Kami juga bersungguh kerana aku belum pernah ke sana .

Kami akan menaik cable car untuk sampai ke N Seoul Tower observation deck akan Love Tower
Siapa saja tidak tahu tempat ini .
Setiap pasangan yang datang pasti mengunci padlocks mereka yang ditulis nama mereka dan pasangan mereka .

Memandangkan kami membawa diri masing-masing , kami hanya menulis nama kami dalam satu padlock . Sebagai tanda persahabatan kami .
 Amani mengambil satu padlock berwarna coklat dan menulis namanya dan Aswad .
Kami tahu dia merindui Aswad .
'' Cantik sangat tempat ni kan ? '' soal Dean .
Kami sekadar mengangguk tanda setuju .
" Dear , its beautiful , right ? ''
Sempat juga Edrea bervideo call dengan teman lelakinya , Noah .

Sekali sekala kami menganggu perbualan mereka .

" Sayang , I have a song for you .. '' Noah mengambil gitarnya . Aku dan Dean mencuri pandang melalui skrin telefon Edrea .

" I try my best to sing this Malay song for you .. '' Noah tersenyum malu . Apatah lagi Edrea , pasti sudah jatuh hati .
kau lihat aku disini menunggumu
menanti akan kehadiranmu
berkali kali ku menghubungi kamu
berharap kau dan aku cepat bertemu .
'' Siapa nyanyi tu ? '' suara Noah yang sedaya upaya menyebut sebutir perkataan menarik perhatian Safiyya .
Suaranya merdu walaupun agak pelat .

" Wei , itu Indonesia punya lagu . " Dean bersuara bila teringat betapa yakinnya Noah menyakan itu lagu melayu .
Riuh tempat duduk kami angkara Noah . Edrea juga tidak berhenti tertawa .
Noah dikejauhan juga turut ketawa .
Kami memang selalu kenakan Noah ni . Maklumlah , mukanya itu sangat blur dengan kacamata yang sederhana besar .  Mungkin itu juga penarik untuk Edrea menyayanginya selain sikapnya yang penyayang .

Amani tertawa hingga keluar airmatanya .

" Thanks dear . awak tolong kami kembalikan Amani yang dulu ..'' Edrea mengucapkan terima kasih pada Noah yang sentiasa menjadi bahan kami , hingga membuat Amani riang seperti dulu .

" Eh , Arfa ? kau buat apa sini ? '' sapa seseorang di belakangku .
Aku menoleh belakang .
Ya benar . Zana .

" Jalan-jalan ...'' jawab Dean yang tidak memandang langsung kearah Zana .
Aku melihat Fayyadh dari kejauhan .
Aku terus mengajak mereka untuk pulang .

Wei . perempuan .. Aku belum settle dengan kau tau ? '' Zana menarik lenganku .
Aku terus menepisnya .

" So , kau tak settle dengan kita orang juga lah kan ? '' Edrea terus menyampuk .
Aku membiarkan saja mereka . Aku tahu mereka juga sakit melihat perempuan plastik ini .
'' Ini urusan aku dan Arfa , kau orang tak payah sibuk .'' Sergah Zana sambil menunding jari kearah Edrea .
" Kau nak aku patahkan jari kau ni ke macam mana ? '' Amani yang pernah mempelajari ilmu muay Thai memegang jari Zana sekuatnya .

Zana teriak kesakitan hingga didengar oleh Fayyadh yang senang membeli minuman panas .
'' Kau orang ni tak habis-habis lagi ke kacau Zana ? Apa salah Zana dengan kau orang ek ? '' Fayyadh bersuara seakan menganggap kami yang mengganggu Zana .
Zana menangis seakan minta perhatian .
Aku mendekati Fayyadh .
Tapak tangan ku hinggap di pipinya yang pernah ku usap dulu .

" Sedar Fayyadh . Awak dah lama hilang .. ''
Tergamam seketika Fayyadh . Dia terus duduk dan menundukkan wajahnya.

Aku sekali lagi menangis dan terus mengatur langkah .
'' Eh , betina . Sekali lagi kau kacau Arfa , kau takkan hadap dia seorang tau , kau hadap ni ..'' Amani menunjuk kearah Safiyya , Edrea dan Dean.
Merah wajah Zana di buatnya . Fayyadh tidak lagi mengangkat wajahnya .
Entah mungkin sakit kesan tamparanku .

" Fayyadh , belum terlambat kau nak cari kebenaran . Satu je aku nak pesan .. perempuan tu tak boleh pakai pun .. '' Edrea menghampiri Fayyadh sebelum pergi mengejarku .

Zana memujuk Fayyadh yang dari tadi mendiamkan diri .

"  Awak , awak okey tak ? sebab tu Isyraq tak suka dia dulu , dia suka buat saya macam ni . Khianati saya yang ikh.... '' 
Fayyadh terus memotong kata-kata Zana .

" Kau buat apa ek dengan aku ? Sampai aku percaya dengan cakap kau ni ? '' Fayyadh memandang Zana dengan penuh amarah .

Terkejut Zana dibuatnya .

'' Awak , bukan saya .. please listen .. '' Zana memegang pipi Fayyadh yang aku tampar tadi .

" Dont touch me ! '' Fayyadh memarahi Zana dan terus berdiri .

Orang memandang kearah mereka .

" Zana , kau baliklah . Kau dah hancurkan hidup aku . Kau faham tak ? '' Fayyadh menengking Zana di khalayak ramai .

Fayyadh meninggalkan Zana sendirian di Menara Cinta .

Aku sudah tidak percaya dengan mitos yang mengatakan ,
Menara cinta ini bukti dan saksi cinta setiap insan .
Tapi nyatanya , cintaku kecundang disini ....


 '' Rosak mood jelah perempuan tu ..'' Dean masih lagi dengan marahnya .
Begitu juga dengan kami .
Pintu diketuk berkali-kali . Entah siapa .
'' Arfa , ada orang nak jumpa . '' Safiyya dengan lembut memanggilku .
Mereka yang memandangku .

" Cool . Jangan melenting , setiap orang layak terima peluang kedua ..'' Safiyya menahanku semasa aku menuju ke pintu .

Fayyadh Zayn di hadapanku . Dengan tidak ku duga , airmataku jatuh bercucuran .

" Awak , I'm sorry..... '' perkataan pertama Fayyadh ketika itu .
Wajahnya dibasahi hujan dan sungguh rasa bersalah .

" Saya tahu saya bodoh . Saya tak faham kenapa saya boleh termakan dengan kata-kata Zana .. '' Fayyadh tersungkur dihadapan pintu sambil memegang ditepi pintu .

'' Awak masuk jom .. kita discuss kat dalam .. '' Aku mengajaknya masuk dan memberinya tuala untuk dia mengelap .
 Safiyya menghidangkan kopi panas untuknya .  Menggigil tangannya aku lihat .

Malam itu , Ha-Neul , Noah dan Ferral datang ke rumah kami . Mereka juga ingin tahu apa yang telah terjadi pada Fayyadh hingga berubah jadi begitu .
" Aku percaya yang dia ikhlas nak kawan dengan Arfa .. '' jelasnya .
Kami hanya mendengar dengan tekun .

" Dia siap cakap dia penghidap lung cancer stage 4 ..Sebab tu aku jaga dia . Aku taknak terulang balik macam Aswad .. '' Kami hanya menggelengkan kepala mendengar penjelasannya .

'' Kalau dia betul ada kanser , saya rasa dah lama kot dia mati .. '' sekali lagi aku bersuara pedas.
Mereka memandangku dengan kebingungan .

" Walid saya pun lung cancer . mungkin betullah lain orang lain cara , tapi saya tak rasa Zana nak habiskan sisa hidup dia dengan rampas hak orang .'' Jawabku panjang .
" Tahulah dulu Isyraq syok kat Zana , tapi Arfa pun suka Isyraq . Takkan Zana nak balas dendam kot ? '' Dean mengeluarkan pengetahuannya tentang kami .
" Dean , kamu itu jangan brisik dong .. '' Ferral menarik telinga Dean .

Yang lain hanya mampu mendengar .

" Terserah awak nak percaya atau tak , tapi saya tahu Zana macam mana .. '' jawabku lalu terus masuk kedalam bilik .

Kusut Fayyadh dibuatnya .
'Awak datang tembok kita sekarang ...
Aku menerima message dari Fayyadh tepat jam4 pagi .  Kenapa ni ?
Aku terus bersiap dan berlari menuju tembok cinta itu .

Satu susuk tubuh yang aku rindui sedang menantiku .

" Awak .. '' aku menyapanya dari belakang .
Dia terus menoleh dan tersenyum .

" Awak , saya tahu saya dah buat salah , saya dah marahkan awak , sakitkan hati awak , tapi jujur saya cakap .. Saya sayang awak .. '' Fayyadh memegang tanganku smabil mengucapkan maafnya .

" Saya maafkan awak Fayyadh .. ''  peluang kedua yang Safiyya katakan telah aku beri .
Hidupku kembali normal tanpa Zana , Isyraq dan lain-lain . Aku hanya fokuskan untuk masa depanku dan Fayyadh .
Safiyya dan Amani sekarang bekerja dengan company yang membekalkan barang kecantikan . Mereka sebentar saja akan menjadi graduan .

Edrea pula sekarang tiada masa untuk bertemu Noah kerana sibuk menyiapkan lukisan-lukisan rangka bangunan sebagai contohnya semasa presentation nya.
Dean sekarang mengikuti Ferral pulang ke Indonesia sambil menyiapkan manuskripnya .Aku harap segala urusannya dan Ferral dapat diselesaikan .
Aku juga sudah sebulan lamanya tidak menemui Fayyadh . Apatah lagi sejak kejadian itu , aku sudah terbiasa bersendirian . Fayyadh juga sibuk dengan ujian amalinya , begitu juga aku yang sibuk menyiapkan lukisan yang berasaskan kesenian negara .
Dalam kesibukan kami , masih ada ruang untuk kami berlima bersama-sama . Contohnya waktu malam dan hujung minggu .
Mereka tidak menggunakan perkataan penat untuk dijadikan alasan hingga ada jarak antara kami .
Mereka masih seperti dulu .
" Bila Dean balik ek ? '' soal Safiyya .
pasti dia merindui teman bertekaknya itu .
" Bukan esok ke ? '' Jawabku dan terus melihat boarding pass yang Dean hantar dalam group whatsapp .

Ya benar . Esok Dean akan pulang ! yeahh
Kami awal 30 minit kerana ingin menjemput Dean di Incheon Airport . Padahal baru seminggu tak jumpa. Rindu ! 
" Deannn !!! '' Jerit Safiyya dari kejauhan.
Dia pula melebih-lebih .

Batang hidung Ferral tidak kelihatan dan wajah Dean juga agak lain sedikit .
Entah kenapa .
'' Family Ferral tak nak dia covert Islam .. '' jawab Dean ringkas .
Itulah dugaan berbeza agama . Dean menangis sepuas hatinya setelah sampai di rumah .
Kami bingung dan memujuknya .

" Habis tu macam mana ? Ferral mana ? '' soal Edrea .
Dean membetulkan kedudukannya .

" Mommy dia tak bagi dia balik sini ..'' Dean kembali menangis .

Ya Allah , ada-ada saja dugaan rakan-rakanku ini .

Telefon Dean berbunyi terus saja di sambutnya .

" Sayang , aku bakal usahain hingga aku bisa nikahi kamu .. Sabar ya ,'' Kedengaran suara Ferral dari dalam talian .
Aku tahu dia juga risau akan status perhubungan mereka .
Apa yang kami mampu membantu ? Tiada .

'' Start from now , you should speak in Malay .. '' Arah Edrea pada Noah .
Noah seakan bersemangat dan cuba bertutur dalam bahasa Melayu .

" Okey , sebut BERDEDIKASI .'' Edrea mengajar Noah perkataan yang sukar dan moden . Kerana pengetahuan Noah dalam bahasa melayu sudah semakin memberansangkan.

" BERGEDILASI " pecah tawa Edrea mendengar Noah yang sukar sangat menyembut perkataan itu .
Kejang perut dibuatnya .

" No , dear . Bergedil tu makanan .. '' jawab Edrea .
Dia tidak mampu meneruskan pembelajaran , dia tidak mampu berhenti ketawa .

" Sayang , sa..ya nak be..la...jar ni .. '' Gagap Noah bertutur dalam Bahasa Melayu.
Edrea semakin tertawa keras . No control !
" sa..ya beli ..Ice cream .. saya ta..kut bi..bir awak tak..boleh bu..ka '' Noah semakin pandai menyusun perkataan . Walaupun tersekat-sekat namun tidak seteruk sewaktu kami menyaksikan pertunjukkan bunga api tahun lepas .
Ha-Neul juga memahami melayu atas jasa dan kesabaran yang Safiyya berikan .
Cewahhh

Tapi Ha-Neul memang seorang yang rajin berusaha . Kejap lagi pandailah dia cakap Melayu . Dah tak boleh gosip . hahaahaha

Amani juga kini tidak lagi kesunyian , kerana lelaki botol yang dilanggarnya dulu menjadi rakan baiknya . Mungkin tidak sebagai pengganti Aswad , namun menjadi bayang-bayang kepada Aswad .
Jejaka korea yang menggelar dirinya Kang Dae Hyeon .
Patut saja Amani tidak lagi menonton Kdramanya , sudah ada Oppa asli .
hiihihi

Mungkin .. dugaan kami belum ada penghujungnya . Namun jujurku katakan , Dugaan-dugaan inilah penyatu dan penguat persahabatan kami .    Fayyadh , selamat kembali . Ha-Neul & Noah semoga kekal disini . Dae Hyeon , selamat datang , dan Ferral kami menanti kau kembali kepangkuan Dean . 


 
 



 

 
 


 
 

 

 

 

 
 

No comments:

Post a Comment