Monday, 15 January 2018

Part 14

'' Awak jaga diri tau ..Jangan nakal-nakal .. '' Pesan Fayyadh semasa kami berpisah di KLIA . Mataku tiba-tiba saja masuk habuk .
" Pak ngah sihat tak? '' soalku padaku bapa saudaraku yang menungguku dari tadi .
Tangannya ku cium . Bertahun tak jumpa .
" Sihat alhamdulillah . Tadi cakap ramai . mana yang lain ? '' soal Pak ngah lagi sambil melihat belakangku .
Aku hanya tertawa kecil dan memasukkan bagasiku kedalam kereta .
" Dia orang naik bas je .. '' jawabku .
Ya , hanya haluanku yang tidak sama seperti mereka . Oleh itu mereka menaiki bas express ke destinasi mereka termasuk Fayyadh .

Sepanjang jalan aku menceritakan Fayyadh kepada Pak ngah . Memang pak ngah seorang pendengar setiaku selain bonda . Tanpaku sedar aku telah menceritakan banyak benda hingga airmataku keluar setitis .

Eh . apa ni . aku tak suka perasaan macam ni . Nantikan Fayyadh datang juga .
Aku membuka tingkap kereta dan sejuknya mengingatkan aku Seoul . Memang tidak sama , namun ia seakan sama .

Sayang , jangan nangis tau .. Nanti abang datang 😘
Aku menerima message dari Fayyadh yang entah dimana sekarang . Tersenyum aku melihat kirimannya itu .

       Mengadalah awak ni ..😝
 Sekitar jam3 petang aku telah tiba dirumah . Bonda telah memasakkan aku Asam pedas kepala ikan . Bertahun tak merasa air tangan bonda . Nak gila rasanya bila dah makan .
" Macam mana ?dah ada plan ke ? '' soal Bonda tiba-tiba .
Aku memandangnya keliru .
" Plan apa bonda ? '' jawabku sambil meneguk segelas ribena lemon yang dingin .
Bonda tersenyum dan menarik nafas .

" Bonda tak kisah kalau Arfa nak tunang dulu ke .. '' bonda memandang kearah Pak ngah .
Aku terkejut .
''Tunang dengan siapa ni ? Arfa baru je habis study . '' jawabku kebingungan .
Aku memandang kearah pak ngah , abang dan bonda .

'' Habis kau nak Fayyadh tunggu kau sampai tua ke ? '' sindir abangku .
Aku terus tersenyum .

Aku memang nak tunang cepat pun. kalau boleh sekarang juga aku nak kahwin . Tapi takpe lah ..tunggu je .
Seminggu terperap dalam rumah . Fayyadh semalam ada menelefonku dan meminta alamatku . Mungkin mereka ingin kesini seperti yang dirancang .
'' Assalammualaikum .. '' sapa dari luar .
Aku melihat ruang tamuku . Bonda , Pak ngah dan mak ngah juga ada .
Aku yang hanya mengenakan Tshirt putih dan longskirt hitam merasa kekok bila melihat mereka memakai baju kurung dan baju melayu.

Ada apa ni ? Ada kenduri ke?

Aku bingung sendiri .

" Apa tercegat sini ? pergi siap cepat .. tetamu dah sampai . '' Sapa bonda yang tiba-tiba datang dari belakang .
Mungkin ada kenduri , aku juga bersiap dan memakai baju kurung berwarna krim dan tudung bawal merah .
Sedang aku bersiap aku dipanggil oleh saudaraku untuk keluar . Lain macam kenduri hari ini .
'' Inilah Arfa Hijanah tu ? '' Sapa seorang lelaki yang lebih tua dari Pak ngah .
Bonda dan lain tertawa sambil memperkenalkan aku pada mereka .

" Makcik ibu Fayyadh Zayn .. kalau kamu setuju , makcik nak sarungkan cincin ni sebagai tanda keikhlasan Fayyadh untuk menyunting kamu .. '' Jelas seorang wanita yang seperti bonda .

Aku terkejut dan sekali lagi menitiskan airmata . Tanganku mengigil semasa cincin disarungkan .
Ibu Fayyadh mencium pipiku dan mengelap airmataku .
Bonda dan yang lain tersenyum .
Aku sungguh tidak menyangka Fayyadh menunaikan janjinya dulu .

Bonda dan Ibu Fayyadh memintaku keluar untuk mencari Fayyadh .
Dari jauh lagi aku melihat Fayyadh tidak duduk senang .
'' Sampai hati datang tak bagitau kan ? '' sapaku tiba-tiba dari belakangnya .
Fayyadh berpaling dan tersenyum malu .

'' Saya.. saya minta.. '' ayatnya mati setelah melihat sebentuk cincin tersarung di jari manis kiriku .
Dia terus tersenyum sambil membetulkan rambutnya .
" Saya dah jadi tunang awak . '' teriakku seperti biasa .
Fayyadh ni nampak saja sado ,baru tunang dah nak nangis .
'' Amboi .. dah jadi tunang orang . '' sapa seseorang dari belakangku .
Siapa lagi kalau bukan rakan-rakanku . Ini mesti kerja Fayyadh .
Mereka semua hadir kecuali Dean . Entah kenapa dia tak datang . Tapi dia ada juga mengirim pesanan pagi tadi . Aku pun tak tahu maksudnya apa .

'' Guys , jom picnic nak ? '' ajak Safiyya .
Aku memandangnya .
" Kat mana ? '' tanyaku dan Fayyadh .
Safiyya memandang kearah Amani .
'' kat kampung kamilah , kat Pahang . '' jawab Amani yang terlalu teruja .
Jauh bebenar dia ajak picnic . Senang cerita bukan picnic lah , bermalam kat kampung .

Bonda membenarkan kami untuk pergi .
'' Kau orang sekampung ke ? '' soal Fayyadh kepada Amani dan Safiyya .
Mereka hanya mengangguk .
Ha-Neul yang membawa kereta dan Safiyya yang menjadi pembawa pelancong .
Amani dan Dean sentiasa bersama , begitu juga Edrea dan Noah .
Excited sungguh mereka berdua melihat suasana kampung . Maklumlah dua-dua budak bandar .
'' Dean , nanti aku nak photoshoot tau .. '' Safiyya memekik dari seat penumpang hadapan .
Dean konon-konon enggan . Asyik mengusik kerjanya .
Aku dan Fayyadh tiba-tiba saja rasa malu untuk berbual .
Aku memusingkan cincin itu dan mengarah ke tingkap van yang di sewa itu .
'' Saya kat tepi ni awak . jangan risau lah .. '' bisiknya lembut di telingaku .
Ya Allah macam nak terjun rasanya .

Amani dari tadi merenung telefonnya sambil tersenyum . Entah apa dibuatnya tak tahu .
Dean sibuk mengelap kanta kamera canon nya .
'' Inilah teratak kasih kami . '' Sapa Safiyya pada kami sambil menunjukkan rumahnya yang berada tepi laut .
Kami memang sah-sah teruja gila .

'' Rumah Peyya tepi laut , aku tepi sungai . '' Amani menunjuk arah rumahnya yang tidak jauh dari situ .
Aku pantang dengar sungai . Terus saja aku berlari .
Namun ditarik oleh Fayyadh .
" Sabar sayang .. '' katanya sambil tersenyum .

Mereka terlopong mendengar kata-kata Fayyadh .

" Ya Allah , tak sabar rasanya aku nak tunang .. '' gurau Safiyya sambil meluru memanggil ibunya .
Aku dan Fayyadh dah tahan malu masa tu .
Malam ini kami akan bermalam dirumah Safiyya .

Petang itu kami memang benar-benar picnic tepi pantai . Kami menyalakan unggun api untuk malam ini .
Adik-adik Safiyya kelihatan akrab dengan Ha-Neul . Memandangkan mereka sangat gemar membulinya .
Kakak Safiyya bekerja di Kuala Lumpur dan sudah berumah tangga . Dia lah yang membiaya pengajian  Safiyya dulu .

Telah kusiapkan
Satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi
Sebagai isteri


Fayyadh memainkan lagu yang selalu aku dengar dikaca tv . Entah kenapa malam itu terasa seakan semakin kuat cintaku padanya .
Wajahnya yang sayu itu melemahkan egoku untuk menidakkan sayang .
'' Esok kau orang bangun awal ek .. '' pinta Safiyya .
Dah kenapa pula dia ni suruh kami bangun awal .

'' Tolong buat persiapan .'' sergah Amani .
Tambahlah aku bingung .

'' Ada orang nak tunang juga wei ... '' jerit Dean yang teruja .
Safiyya dan Ha-Neul akan tunang esok hari .

'' Sebab tu kami bawa datang disini .. '' Ha-Neul tidak lagi bercakap korean .
Safiyya berjaya membuatnya fasih berbahasa melayu .

Kami juga turut gembira . Tak sangka betul Ha-Neul ni . Semua dia buat sendiri tanpa bantuan keluarganya .
Mudah sungguh urusan mereka . Alhamdulillah .
'' Wei awak .. bangun cepat . Makcik suruh potong ayam tu .. '' aku membangunkan Fayyadh yang masih tidur .
Subuhnya juga sudah lewat . Penat sangat kot .
Dia bergegas dan terus turun ke dapur membantu Ha-Neul .
Noah tidak reti memotong ayam ni , dia dan Edrea membantu adik-adik Amani menyiapkan pandan wangi untuk diletak dalam dulang .
Mereka sempat membuat dulang-dulang , aku dan Fayyadh tiada . Jalan terus . Ibarat langgar lari . hhahahaa

Amani sibuk mendandan Safiyya . Aku pula membantu ibu Safiyya menyediakan talam dan pinggan-pinggan . Sungguh terasa kemelayuan disini . Dean apalagi , sibuk mengambil gambar.
Majlis akan bermula selepas Zohor , walaupun persiapan sudah bermula dari sebelum subuh masih juga sibuk dan tidak berkesempatan kami mengganti baju cantik .
Aku dan Fayyadh tidak turut serta diatas . Entah kenapa adat mereka , orang yang baru saja bertunang tidak boleh lihat orang lain bertunang .
Mungkin adalah tu tak kena nanti .

Aku dan Fayyadh masih selekeh duduk di dapur sambil menikmati kuih-kuih kampung dan Kopi panas yang aku bancuh sendiri .
Sesekali kami berangan , kalau dah kahwin nanti kami ingin mendirikan rumah di kampung . Aman sangat .
Tapi , angan-angan kami itu terhenti bila ada saja makcik-makcik bawang yang sibuk nak pingganlah , gelaslah .
'' Dah lama tak cuci pinggan sama-sama .. '' sindir Fayyadh semasa kami mencuci pinggan di belakang rumah Safiyya .
Dah tak boleh tengok orang tunang , ini sajalah kerja kami .
'' Peyya , kau dah jadi tunang orang , Kau dah tak boleh selalu cari pasal dengan aku .'' sindir Dean sambil mengambil gambar Safiyya dan Ha-Neul .
Kami hanya mampu tertawa melihat mereka. Tetamu sudah pun pulang , pinggan mangkuk juga sudah dikemas . Hanya perlu berehat .
Mata mereka teralih kearah aku dan Fayyadh yang dari tadi menikmati buah kedondong .

'' Kenapa kau orang selekeh sangat ni ? '' tegur Safiyya yang melihat aku hanya memakai kain sarung , tudung bawal hitam dan baju kurung lama arwah neneknya . Fayyadh pula dengan Tshirt hitam dan seluar hitamnya .

Kami hanya tertawa kerana merasa lucu melihat pakaian kami .  Memang selekeh .
 '' Nanti petang sikit kita pergi sungai tepi rumah Amani .. '' ajak Safiyya .
Ha-Neul dan Noah sudah merancang untuk memancing . Fayyadh mengikut saja .
Dalam keriuhan kami di bawah pokok mangga itu , bola mata Dean tertumpu pada satu arah .

" Dean , aku datang .. '' Ferral yang tiba-tiba saja ada depan rumah Safiyya .
Dean mula menangis dan menghampiri Ferral .

'' Aku udah bisa nikahi kamu sayang . Aku bukan Ferral lagi , aku Luthfil Hadi .. '' jelas Ferral sambil mula menangis .
Kami semua mengucapkan syukur berkali apatah lagi Dean . Dia seakan tidak percaya semua ini terjadi .

'' Noah , you did well .. '' aku tersenyum melihat kearah Noah .
Edrea terus memeluk Dean , seterusnya kami menyusul .
Alhamdulillah , seorang lagi mendapat seruan dariNya .

Noah membantu Ferral untuk mendapat pointer yang dia inginkan , hingga Ferral mendapat restu dari keluarga di Yogyakarta .
Kami semua sudah berkumpul dalam satu tempat . Seakan mimpi yang dibawa pulang dari Seoul .
Kecuali Amani , cintanya yang telah terkubur lama di Seoul namun dia masih kelihatan gembira . Dan tidak sama sekali kami sisihkanya .
'' Aku nak buat aksi kuak lentang lah .. '' Dean sudah kembali ceria .
Aku tidak pandai berenang , jadi akhirnya aku hanya duduk tepi batu dan menikmati alam sekitar .

'' Awak termenung apa tu ? '' Fayyadh menyapaku setelah selesai merendamkan dirinya .
Aku membetulkan rambutnya yang kusut itu . Dah macam askar yang menyamar je aku tengok .
Dia tersenyum manis dan semanis manisnya .

" Awak boleh tak sekali je jangan senyum manis sangat ? '' aku merenjisnya dengan air .
Dia memandangku sambil tersenyum .
" Orang senyum pun salah .. '' jawabnya sambil melihat tshirt lengan panjangnya .
Aku memandang kearahnya lagi .
'' Penatlah asal tengok awak je saya jatuh cinta . '' jawabku sambil tertawa .

Dia menarik ku kedalam air . Kini kami semua berada dalam air .
Kami membuat dua bulatan .
Pecah tawa kami melihat Fayyadh , Ha-neul , Noah dan Ferral saling berpegang tangan .
Sungguh inilah kenangan yang kami cipta disini.
Malam itu nenek Amani menghidangkan kami kuih penderam yang dibuatnya petang tadi . Datuk Amani bercerita tentang sejarah kampung pada kaum lelaki selepas menunaikan solat jemaah tadi .
'' Kalau dah kahwin nanti , ingat . Jaga isteri baik-baik . Bimbing sampai syurga .. '' Datuk Amani menasihati mereka . Noah juga memakai kain pelikat sama seperti Edrea yang memakai baju kurung .
'' Tak kira agama tau , suami kena jaga ... '' sambung nenek Amani pula.
Rasa panas pipiku bila dipersoalkan bab perkahwinan . Apatah lagi di hadapan bakal suami sendiri .

Suasana kampung memang aman . Aku tidak tahu lagi bagaimana untuk menafikan semua ini .
Sungguh jauh beza dengan Seoul .

'' Kok gelap sih .. '' Ferral bersuara cemas setelah lampu terpadam . Gelap gelita dibuatnya . Aku tidak bergerak dari kedudukanku .
Dah lama tak bergelap macam ni .

" Blackout lah .. '' jawab Dean .
Noah dan Fayyadh menyalakan lilin dan meletakkan disetiap sudut .
Ha-Neul tolong mengemas pinggan kuih tadi dan letakkan di dapur .
Kami hanya duduk dan melihat mereka .

Sunyi sepi itu mendengarkan lagi bunyi cengkerik . Hujan renyai-renyai pula tiba-tiba .
Datuk menceritakan banyak kisah yang menarik hingga kami mengambil bantal dan berbaring di ruang tamu . Tempat tidur kami dipecahkan dan diletakkan kami hitam sebagai perantara .

Kami hanya tidur diruang tamu diterangi lampu minyak tanah .
Sungguh tenang  ...
Kami pulang ke Kuala Lumpur semula . Aku dan Fayyadh sekali lagi terpisah . Namun kini bukan status rakan , namun status tunangannya .
Aku ingin membuka galeri seni yang sederhana di tengah bandar . Itu merupakan cita-citaku dan ia disokong oleh bonda.
Aku mulai permulaanku dengan mengumpul semua hasil seniku . Siapa tahu ia memberi aku sedikit kepuasan dalam diri .
Edrea pula kini menjadi arkitek binaan dalam sebuah syarikat ternama . Dean, sudah pasti minatnya dalam photographer telah menjadi kenyataan bila dia sudah mempunyai kedainya sendiri . Safiyya dan Amani seperti biasa ,Mereka meneruskan lagi perniagaan salon mereka yang tergendala sebab aku dulu .
Noah yang dulunya penjual buku , kini mempunyai perniagaannya sendiri .
Dia menjadi rakan kongsi kepada Ferral dan mengeluarkan buku cetakan mereka sendiri bermula bulan depan . Walaupun itu bukan bidang Noah , namun pengalamannya telah menutupi segala kekurangan dan kepincangan mereka dalam mengurus perniagaan mereka .
Fayyadh dan Ha-Neul , masing-masing mempunyai minat yang mendalam sukan .
Ha-Neul telah membuka kelas sukan untuk kanak-kanak yang berminat dalam sukan bola sepak .
Manakala , Fayyadh kini menjadi guru pendidikan Jasmani di sekolah menengah lamanya .
'' Kau orang datanglah nanti .. '' Noah menghulurkan kad jemputan pada kami sewaktu makan malam bersama .
 '' Kau dah nak kahwin ke ? '' soal Ha-Neul .
pelik bunyinya bila mereka bertutur dalam bahasa melayu .
Kami semua teruja kerana kali ini tiada tunang , tiba-tiba saja kahwin .
Dua lovebirds ini akan menamatkan zaman bujang mereka terdahulu , walaupun aku dan Fayyadh tunang dulu .

Tidak sabar rasanya melihat mereka berdua duduk bersama diatas pelamin nanti .
Tiba saatnya yang kami nantikan , hari Noah dan Edrea yang akan mencipta sejarah . Mereka sangat istimewa kerana hanya mereka yang bukan beragama islam , namun cara mereka menghormati islam lagi baik berbanding islam di luar sana yang hanya tahu membezakan .
Kami mendapat meja VIP dan makanan yang diasingkan . Sungguh kami terharu atas layanan mereka . Yang paling penting , gambar yang kami akan simpan untuk kenangan .
Aku dan Fayyadh sempat menumpang kejap pelamin mereka .

'' Amani , We have something for you ... '' Edrea dan Noah memberikan kejutan pada Amani .

Happy Birthday , Amani .

Sebuah kek berbentuk hati dibawa oleh maskot panda .
Kami tertanya-tanya disebalik maskot itu . Namun tidak bagi Amani .
Matanya tertumpu pada kek itu .

Edrea dan Noah merancang hari kelahiran Amani disambut semasa perkahwinan mereka . Edrea tidak pernah lupa tentang rakannya walau sibuk mana dia sejak kebelakangan ini .

'' Dae Hyeon ? '' jerit Amani setelah kami berkumpul di sebuah meja . Mata-mata memandang kearah kami .  
Dae Hyeon dijemput oleh Edrea dan benar , Dia datang untuk meraih Amani . Dan mungkin juga untuk menyunting Amani ? siapa tahu kan ?
Edrea walaupun baru berapa bulan di Malaysia , dia sudah mendapat pekerjaan tetapnya . Urusannya dan Noah juga tidak celaru , malah mudah saja mereka mendirikan rumah tangga .
Safiyya dan Ha-Neul belum ada tarikh tetap . Tarikh yang ditetapkan semasa pertunangan terpaksa ditunda . Hingga menyebabkan Safiyya hilang kepercayaan . 

Ha-Neul terlalu sibuk bekerja hingga tiada masa untuk Safiyya . Tunang dah berbulan , belum ada tarikh .
Keluarga Safiyya dari kampung datang ke Kuala Lumpur untuk melawat Safiyya dan kakaknya yang baru saja melahirkan .
Aku , Amani dan Dean datang untuk melawat mereka . Safiyya kelihatan sedikit gusar apabila ada saja suara-suara sumbang yang bertanya bila pula gilirannya .
'' dia orang fikir aku taknak kahwin ke apa ? Tahulah aku ,,'' marah Safiyya .
Comel saja wajahnya ketika marah .

Ha-Neul menelefon Safiyya dan memintanya keluar dari rumah . Kami risau kerana di luar cuaca hujan . Ibu Safiyya sibuk menyediakan payung dan adik-adiknya juga sibuk berlarian . Riuh rumah kakak Safiyya dibuatnya .
'' Ha-Neul , awak buat apa ni ? '' soal Safiyya dengan memayungkan Ha-Neul .
Ibu Safiyya seakan ingin saja pergi kearah mereka namun dihalang oleh suaminya .
Kami menyaksikannya seperti dalam filem .

" Sudi tak awak jadi isteri saya ? '' Ha-Neul menghulurkan cincin kepada Safiyya .
Adik-adiknya terus meluru kearah mereka .
Kami juga turut terharu . Akhirnya , penantian Safiyya berakhir dihadapan wali Safiyya dan ibu Safiyya .

Siapa tahu , lelaki korea yang hanya tahu kimchi kini belajar memakan makanan melayu . Hasil usaha Safiyya yang sabar mengajarnya tentang melayu dan islam .
Ia juga merupakan kesabaran Safiyya dalam menanti Ha-Neul .

Ha-Neul dan Safiyya melangsung perkahwinan mereka sebulan selepas Edrea dan Noah .
Mereka baru saja pulang dari Sabah untuk berhoneymoon . Maklumlah , dah bertahun di oversea , kini masanya untuk Noah mengenali Malaysia .

Perkahwinan Safiyya dan Ha-Neul berkonsepkan melayu-korean . Amani dan Dae Hyeon menjadi pengapit mereka . Entah kenapa Dae Hyeon dan Amani kelihatan secocok bila memakai pakaian serba putih yang hampir sama dengan pengantin .
Namun jujurku akui , Safiyya kelihatan sangat cantik disamping Ha-Neul yang tinggi itu .
'' Dia orang semua dah kahwin . kita bila lagi ? '' Soal Fayyadh semasa makan .
Aku memandangnya sambil tersenyum .

'' Sabar ya , nanti turn kita .. ''jawabku ringkas .
Dia hanya tersenyum .

Siapa taknak kahwin .
Perkahwinan Edrea dan Noah , Safiyya dan Ha-Neul seakan dirancang , namun tidak .
Kami tidak pernah merancang untuk kahwin awal . Namun rezeki kami murah , hingga kami semua mendapat pekerjaan lebih awal .

Mungkin kali ini giliranku menamatkan zaman bujangku ?

Seperti biasa , rakan-rakanku yang lain terlalu sibuk menyiapkan dulang hantaranku .

" Aku kahwin pun tak macam ni tau .. '' rungut Safiyya bila disuruh menghias pelamin .
Aku hanya tertawa dan tidak dapat bergerak . Henna mula diukir di tanganku .

Edrea kelihatan pucat . Aku memintanya berehat . Risau nanti jadi apa-apa.
Amani dan Dean juga seakan mengambil aura perkahwinan yang turun temurun ini .

Aku merenung wajahku di cermin ,
 Wajah ini pernah dilukai , Namun kembali di sembuhkan .
Kau bukan lagi Arfa Hijanah yang cengeng .
Kau Arfa Hijanah yang menangis dalam hati 
Namun tertawa untuk menggembirakan dia ,
Bakal Zaujmu .....

'' Arfa jom .. '' Dean yang kali ini menjadi pengapitku memanggilku .
Aku berjalan diiringi rakan-rakanku yang lengkap memakai dress berwarna Pink lembut .
Aku dan Fayyadh memakai baju pilihan kami , pink belacan .

Aku diminta duduk di belakang Fayyadh namun dikelilingi oleh saudaraku .
Abangku menjadi wali kepada perkahwinanku ,

Muhammad Fayyadh Zayn bin Mahmud 
Saya .
Aku nikahkan dikau Muhammad Fayyadh Zayn bin Mahmud dengan puteri bongsu kami Nur Arfa Hijanah binti Jamal dengan mas kahwinnya Rm55 dibayar tunai .

Aku memejamkan mata .

Aku terima nikahnya Nur Arfa Hijanah Binti Jamal dengan mas kahwinnya rm55 dibayar tunai .
 Sekali lafaz , aku sah menjadi isteri kepada Fayadh Zayn . Sungguh perasaan yang aku tidak dapat gambarkan .
Airmataku juga menitis bila melihat Fayyadh yang terus menangis setelah sah melafazkan akad .
Dia menghampiriku dan menatap mataku . Dia menyarungkan cincin ke jari manisku dan mencium dahiku .
Lama kepala ku diusapnya lembut .

" Awak dah sah jadi isteri saya .. Janji saya dah tertunai . '' dia terus mencubit pipiku .
Tertawa mereka yang melihat kami .
Amani , Safiyya , Edrea dan Dean dari tadi menangis .
Padahal masing-masing dah ada partner hidup .
Riuh majlisku angkara mereka . Dae Hyeon pun ada . Dia asal dapat jemputan mesti datang punya . 
" Kau kenapa ni Noah ? '' Fayyadh tidak tahan bertanya pada Noah yang dari tadi meletakkan minyak angin dihidungnya .
'' Morning sickness .. '' jawabnya .
Sudah terang lagi bersuluh .
" Tahniah Edrea! '' sapa Safiyya yang cepat saja tahu kebenaran .
Patut saja seorang pucat semacam , seorang dengan minyak anginnya .
Bertambahlah warga kami lepas ni .
 '' Sayang , thanks sebab menjadi yang terbaik dalam hidup abang .. '' Fayyadh mengusap lembut pipiku .
Aku seakan tidak percaya lelaki ini menjadi milikku . Lelaki yang pernah membalingku dengan salji , pernah membantuku di tangga kini menjadi suamiku .
Allah , sungguh indah pemberianmu ini .

Dean dan Ferral juga akan menamatkan semuanya di Yogyakarta . Aku tidak dapat kesana , maklum saja . hehehehehehe
 Sedar tidak sedar perkahwinan aku dan Fayyadh telah mencecah 5 bulan lamanya .
Dean dan Ferral juga menjadi kebanggaanku . Usaha dan kesabaran mereka kini berakhir .
Pengorbanan mereka juga sejam lagi akan berakhir .

Ferral terpaksa membawa Dean untuk bernikah disana , bapanya sudah nazak dan tidak dapat lagi untuk terbang ke sini .
Selamat pengantin baru Dean . Doaku sentiasa untuk kalian .

Bila semua sudah berkeluarga , masa kami bersama juga semakin berkurang .
Apatah lagi semua perlu mengikuti suami masing-masing . Tidak silapku , Safiyya mengikuti Ha-Neul balik ke Korea dengan baby  2 months .
Dean pula akan menetap di Jakarta sementara Ferral ingin menemani bapanya disisa waktunya .
Edrea , almost 5 months . Tapi masih juga gigih kerja . Nasib ada suami macam Noah . Walaupun pembaris , dia tetap tabah melayan karenah Edrea .
Sekarang mereka berdua bertugas di Sarawak . Noah sedang meluaskan bisnesnya sekaligus Edrea yang dinaikkan pangkat kerana komited nya dalam melakukan kerja .

Aku , masih dengan seni ku . Masih dengan suami yang suka mengusik .Walaupun kami terdahulu tunang , tapi kami lambat sedikit dari mereka . Oleh itu , dia baru berusia 3 minggu .
Tak payah tanya jantina apa ! HAHAHAHA

Amani . Dia menghilang tiba-tiba . Entah kemana .
Semoga dia hilang kerana mencari cintanya dan bukan hilang cintanya lagi .


Ya Allah , 
terima kasih untuk semua ini .
Terima kasih untuk duka yang kau berikan dulu ,
kerana inilah balasan yang aku dapat sekarang .
Peliharalah cinta kami semua .
Lindungilah kekasih kami yang kecil ini .
Satukan persahabatan kami .
Hingga selamanya .❤
 AMANI .... KEMBALILAH .
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

No comments:

Post a Comment