'' Ada orang tengah jatuh cinta nampaknya sekarang ..'' sindir mereka apabila melihat aku yang sedang bersiap untuk keluar bersama Fayyadh .Setelah berkali-kali dia mengajakku untuk keluar , baru kali ini aku menurutinya .
Fayyadh berbeza dengan Isyraq , kerana Fayyadh seorang yang suka bergurau . Paling menarik , dia pandai bermain gitar walaupun suara kadang mampu menurunkan salji .
Aku mengenakan blouse putih dan long skirt putih yang dipadankan dengan bawal heavy chiffon bidang 55 . Selalunya aku akan memakai tudung yang bidang 45 , kerana aku memakai baju sejuk . Memandangkan malam ini cuaca agak baik dan hanya sejuk sedikit , aku hanya memakai sarung tanganku agar mengurangkan kedinginan malam itu .
" Awak nak aiskrim tak ?'' soal Fayyadh sambil menunjuk kearah Aiskrim dalam sebuah cafe ." Awak gila ek ? ke awak demam?'' Soalku sambil meletakkan tanganku di dahinya .
Fayyadh hanya ketawa sambil merenung sekelilingnya .
Dia mengajakku untuk melihat sekeliling Seoul pada waktu malam . Kami hanya berkongsi popcorn yang dibeli di sebuah gerai di tepi tembok-tembok itu .
Aku duduk di atas tembok itu dan menghembuskan nafas panjang .
" Awak, awak suka saya tak ?'' soal Fayyadh yang tiba-tiba saja .
Aku memandangnya dengan muka terkejut .
" Awak kenapa ek hari ni ? macam something je saya tengok .. Jomlah pergi klinik.
Saya risau tau ..'' balasku sambil berpura-pura membetulkan beg sandangku .
Dia cepat-cepat menarikku .
" Eii .. awak , janganlah .. saya terjun nanti ..'' kata nya cuba mengugutku untuk terjun ke dalam laut di hadapanku .
Aku hanya tersenyum dan tertawa kecil melihat karenahnya .
Aku membetulkan kedudukanku dan menghirup Hot chocolate sambil-sambil itu aku melihat sekelilingku .
Aku sengaja tidak menjawab persoalannya itu , takut aku memberi harapan pada hatiku sendiri . Seperti Isyraq Sufi .
Mata ku terpaku kearah sekumpulan lelaki korea yang sedang bermain gitar . Aku mula tersenyum sendiri bila mendengar petikan gitar mereka .
" Best ke ? awak suka gitar ? '' soal Fayyadh yang mungkin sedar perhatian ku teralih ke arah mereka .
Aku hanya menggeleng .
dan kembali berhadapan dengannya sambil menongkatkan tanganku ke dagu .
tidak lama kemudian dia juga mengikutiku , dia juga meletakkan tangan ke dagunya sambil tersenyum .
" Awak ni comel tau ..'' spontan perkataan itu keluar dari mulutku .
Dia menutup mukanya konon malu bila dipuji . Aku hanya tertawa sambil menggelengkan kepala .
Ya benar . kami sebaya . Namun aku boleh dikira tua bulan kerana aku dilahirkan pada bulan Januari .
Tidak hairanlah jika terkadang aku kelihatan seperti kakaknya . I guess ! hahahaha
" Awak kejap ek saya nak pergi toilet jap ..'' Fayyadh meninggalkanku sendirian disitu . Aku tidak kisah kerana aku tahu tiada siapa berani menggangguku .
Not sure if you know thisPandanganku teralih kebelakang dan terharu bila Fayyadh menyanyikan lagu Beautiful In White yang telah dinyanyikan oleh Westlife .
But when we first met
I got so nervous
I couldn't speak
In that very moment
I found the one and
My life had found its
Missing piece
So as long as I live I love you
Will have and hold you
You look so beautiful in white
And from now 'til my very last breath
This day I'll cherish
You look so beautiful in white
Tonight
Rupanya dia pergi kearah sekumpulan lelaki tadi dan meminta mereka memegang bunga rose yang berwarna merah dan putih .
Mereka membentuk hati dan melutut kearah ku memberikan bunga-bunga itu satu persatu .
Aku tidak tahu maksud Fayyadh , namun aku tahu dia cuba menggembirakan ku setelah mendengar apa yang telah aku lalui disini .
Ini adalah pertama kali aku dilayan seperti ini oleh seorang yang dalam diam aku sayangi .
Dia kembali duduk di tempatnya sambil tersenyum .
'' Happy tak awak ? '' soalnya lagi sambil memandangku dengan penuh romantis .
Aku tidak tahu ingin katakan apa.
Fayyadh penuh dengan kejutan ,. Dia merenung lautan yang tidak kelihatan .
Aku memandangnya sekali lagi .
Fayyadh , I Love You ..
" Awak nak cakap apa-apa?'' soal Fayyadh .aku tersedar dari khayalan .
" Haa . haa .. cakap apa ? awak nak apa ? '' kataku sambil mencari sesuatu . Entah apa yang aku fikirkan .
" Saya nak awak boleh ?'' Fayyadh bergurau.
Walaupun itu sekadar gurauan , hatiku sudah mulai bergetar bagai ingin keluar dan lari ke tempat lain.
' Awak , jom selfie ? '' ajak Fayyadh .Hanya dua ketiga snap saja , aku sudah meminta izinnya untuk naik ke atas rumah .
Sungguh indah malamku waktu itu . aku menanggalkan kasut dan masuk ke dalam bilik .Baru saja aku cuba memadamkan lampu ruang tamu , aku mendengar Dean sedang menangis . Aku perlahan-lahan membuka pintunya .
'' Dean , kau kenapa ni ?'' aku yang tidak sanggup melihatnya menangis sebegitu .
Dean duduk dan memelukku .
" Boyfriend aku dah tak sayang aku .. Dia masih chat dengan ex girlfriend dia yang muka macam siput sedut tu ..'' Jelas Dean .
Ehh sempat pula dia mengata . hahaha
" Kau orang kenapa ni , Dean , Arfa? soal Safiyya , Amani dan Edrea yang terjaga mendengar suara Dean menangis .
" Dean ni haa menangis . berdiri bulu roma aku tadi dengar orang mengilai ..'' jelasku .
Aku menepuk bahu Dean sambil membuat lawak langgar lori itu .
Safiyya pergi ke dapur dan membancuh air kopi untuk kami semua .Malam itu kami berjaga untuk menenangkan Dean .
'' Boyfriend kau sayang dengan kau .. Mungkin sebab ego , dia tak lah pujuk kau ..'' jelas Amani yang entah nampak atau tidak , kerana tidak memakai kacamata.
Suara tangisan Dean semakin kuat .
" TAKKK ! dia tak sayang aku .." balasnya .
Aku dan Edrea hanya mampu memujuknya .
Safiyya yang sudah biasa dengan karenah Dean , sibuk menikmati kopi buatannya sendiri .
'' Hmm.. sedap kopi aku ni . Kau nak ? Safiyya menghulur segelas kopi kepada Dean .
Walaupun keadaan menangis , sempat juga dia menghirup kopi , dan sambung kembali nangis .
Edrea mengambil telefon milik Dean dan mendail nombor teman lelakinya .
Entah apa yang dikatakan oleh teman lelakinya hingga Dean terus tersenyum . itulah penangan cinta . Nasib saja esok cuti , kalau tidak . entah apa jadi kepada kami semua .
'' Macam mana tadi Arfa ? soal Amani sambil menaik turun keningnya.
Aku hanya tersipu malu .
" Ku bila nak ada boyfriend ni? '' soal Dean dengan suara yang sedikit sengau , kesan daripada menangis tadi .
Aku hanya tersenyum sambil merenung ke arah Edrea .
" Fayyadh tu baik .. kau confess je lah .. " Sudah aku menduga , Edrea pasti berkata seperti itu .
Safiyya usah ditanya mengapa tidak bertanya .
Dia sibuk dengan KOPI yang diterbangkan khas dari Turkey . Biasalah , Instagram ....
Aku menarik nafas sambil memeluk bantal milik Dean ,
" Aku memang suka dengan Fayyadh tu .. Tapi aku lagi selesa simpan perasaan macam ni . Aku tak nak dia hilang ,kalau tahu semua ni ..'' Jelasku .
mereka merenungku .
Amani mengusap bahuku dan memintaku bersabar .
Tidak lama kemudian ,mereka semua memelukku beramai-ramai .
Aku suka saat ini .
'' Fayyadh lah wei ..'' bisik Edrea sambil melanggar tanganku .aku berpura-pura menulis dan tidak nampak .
'' Kau diamlah ... nanti dia tahu kita cakap pasal dia ..''balasku sambil menarik rambut Edrea dari belakang .
Aku dan Edrea hari ini ditugaskan menjaga Library untuk sejam . mungkin kerana muka kami ini yang tidak pernah hilang dari library .
Aku mencuri lihat Fayyadh dari celah-celah buku . Dia hari ini kelihatan sibuk mungkin kerana Exam sudah semakin hampir .
Aku hanya berdiri disitu dan meletakkan dagu diatas buku .
Fayyadh , Fayyadh .. awak ni comel walaupun kulit awak tak berapa cerah . Kan best kalau awak jadi milik.....
" Haaa .. asyik menghendap je kerja ... '' sekali lagi .
tadi dia sedang duduk meja di hadapan , sekarang di belakangku .
" Mana ada . saya cari bukulah.." kataku sambil menutup muka dengan bunga .
Dia hanya tersenyum dan berbisik di telingaku ,
" Awak tunggu saya okey ..'' dia terus meninggalkanku .
Eh lah chipsmore ni . Siap cakap suruh tunggu sini . dia nak buat apa ?
aku meninggalkan library setelah Pustakawan Mdm Lee won Yee tiba .
Tiba-tiba telefonku berdering .
Fayyadh Zayn
" Assalammualaikum , awak kat mana?'' soalnya meluru .
'' Waalaikumusalam , ada ni haa depan library . kenapa ? Soalku lagi .
"Awak pergi padang kejap .. ASAP okey.urgent ni "dengan nada suara yang cemas .
Tanpa berfkir panjang aku terus bergegas ke padang . Entah kenapa .
"Ada orang nak tengok crush main bola ke ?'' sindir Housemates ku yang tiba-tiba saja disini .Aku berlari kearah mereka .
" Wei apa ni? Tadi Fayyadh call cakap urgent sangat . Apa benda beb?'' soalku dengan nada suara yang tersekat .
Jauh tahu dari library ke padang ni . Kampus ni bukan kecil .
Patut saja ketika aku mencari Edrea tadi tiada , rupanya sudah memacak disini .
" Seoul lawan Daejeon . Buat pertama kali dalam sejarah , Fayyadh tukar position . Tu kita orang risau tu .. " jelas Safiyya yang mulai sejuk .
Aku dapat melihat Fayyadh dari kejauhan . Dia menyarung jersi putih dan mempunyai lingkaran berwarna merah di lengannya , menandakan dia menjadi kapten dalam permainan ini .
" Kalau Seoul kalah , apa jadi ? '' soalku pada Safiyya .
Dia memandangku sambil memegang kepalanya .
" Rosaklah record Universiti ni . kita tak pernah kalah tahu ..'' jawab Safiyya yang kelihatan amat tertekan .
Entah kenapa ramai benar yang stress hanya kerana Fayyadh ditukarkan ke kedudukan Pertahanan .
Aku tengok okay je . Cuma itulah , Seoul tak pernah menyerang gawang gol Daejeon .
Minit terakhir masa tambahan separuh masa pertama, gawang gol Seoul di bolosi oleh Daejeon . Riuh astaka itu dengan jeritan tidak puas hati mereka .
" Awak thanks datang ..'' terkejut aku dibuatnya bila tiba-tiba saja Fayyadh di sebelahku.Aku mengeluarkan tisu dan membantunya mengelap peluh di dahinya .
" Awak , kenapa ek semua orang stress awak tak jadi striker ..?'' soalku kebingungan .
Air yang diminumnya tadi dicurah ke atas kepalanya ..'' Aku semakin bingung tentang kelakuannya .
" Awak doa banyak-banyak supaya saya dapat jaring tau . InsyaAllah malam ni saya cerita ..'' Kata Fayyadh yang tergesa-gesa kerana telah dipanggil oleh pengadil .
Fayyadh sempat menukar bajunya telah dilumuri air peluh disisiku ..Aku hanya melipatnya dan meletakkan dalam beg .
Entah kenapa aku tiba-tiba saja terjebak dengan benda ni .
Sekali lagi astaka bergema seakan aku dalam stadium Bukit Jalil ketika Malaysia menentang Thailand Sukan Sea 2017 .
" Weii fayyadh striker dah ... '' jerit Safiyya yang terlalu teruja melihat kemunculan Fayyadh dalam posisi asalnya .
Siapa sangka orang Malaysia tak boleh main bola ?
bisikku dalam hati .
Rezeki mungkin masih berpihak pada Seoul dan Fayyadh . Record yang telah dicatat masih dapat dikekalkan .
Malam yang dijanjikan , Fayyadh mengajakku untuk bertemu rakan-rakannya .sempat juga aku bertemu dengan dua wanita yang mengangkatku sewaktu aku tersadung dulu .
" neo geonganghani? " soal wanita itu .
Terbeliak biji mataku .
" Norlia ghani ? No no no , '' jawabku dengan begitu yakin .
Ehh suka hati je dia cakap nama aku Norlia Ghani .
Pecah gelak Fayyadh mendengar jawapanku .
" Tak lah awak , dia tanya tu . Awak dah sihat ke belum? '' sambilnya sambil tersenyum lebar .
Malu . terasa panas muka ku .
Aku hanya mengangguk tanda ya .
Lagi sekali wanita itu bersuara ,
"Ibeon jumal-e jeonjue gago sipseubnida. ollae? " Katanya dengan laju .
Aku memandang kearah Fayyadh ingin meminta bantuan . Fayyadh sekali mentertawakanku .
Kali ini disertai usapan ganas dikepala .
"Dia tanya , awak nak ikut ke pergi Jeonju hujung minggu ni? Kitaorang ada plan nak jalan-jalan sana .." jelasnya sekali lagi .
Aku besetuju . Namun aku ingin membawa rakan-rakanku untuk turut serta . Mereka juga mengalu-alukannya .
'' Kau orang nak ikut aku tak pergi Jeonju hujung minggu ni ? '' soalku semasa makan malam." Buat apa ?'' soal Amani lagi .
" Fayyadh ajak . dengan members dia lah . Dia orang cakap lagi ramai lagi bagus ..'' Jelasku sambil menyuapkan sedikit demi sedikit nasi kedalam mulut .
Risau kalau-kalau mereka enggan .
" Okey je . Jeonju bukan jauh sangat ..'' sambung Edrea .
Mereka bersetuju dan hanya tinggal mengemas barang .
" Heii awak .pagi-pagi dah termenung .. '' tegur Fayyadh yang melihatku termenung sepanjang dalam keretapi .Aku tidak berkata apa-apa dan teruskan menungku diluar sana .
" Nah , bagi kat Umayrah okey? '' Patung Spongebob dihulurkan kearah ku .
Fayyadh tahu yang aku rindukan Umayrah .
Dia juga mengetahui tentang anak angkat yang secara tidak langsung itu . Aku rasa , Fayyadh sengaja meminta rakannya mengajakku sama , mungkin dia ingin aku bertemu dengan Umayrah .
" Assalammualaikum ... '' sapa ku dari luar .
Puan Masnah yang sedang menggendong Umayrah tidak habis menyambut salamku . Dia terus memeluk dan mencium pipiku .
'' Umayrah sihat ? Lama tak jumpa Mayrah .." aku terus mendukungnya .
Aku memperkenalkan Safiyya , Amani , Edrea dan Dean kepada Puan Masnah.
Fayyadh tidak ikut sama kerana aku meminta mereka untuk tunggu kami disungai hujung sana .
Setelah melunaskan rindu , kami pergi ke sungai untuk berkumpul .
Aku melihat Fayyadh dari kejauhan duduk sendirian di batu yang besar .
aku membiarkannya .
sepanjang perjalanan kembali ke Seoul , aku dan Fayyadh rancak bercerita . Entah apa yang di ceritakan pun aku tidak tahu .
" Awak tak pernah balik Malaysia lagi ke? Soal Fayyadh ketika aku berusaha membuka plastik Cotton candy itu .
" Nak balik , tapi bonda tak bagi ..'' jawabku ringkas yang sibuk mengigit plastik itu . Entah kenapa plastiknya begitu sukar untuk aku buka .
" Meh sini saya buka . Nanti kang sampai Seoul pun tak termakan benda ni .. '' Cotton candy ku diambilnya cepat .
" Nanti kita balik Malaysia sama-sama nak tak ?'' Ajak Fayyadh .
aku hanya menggangguk . Padahal aku sedang menikmati cotton candy itu dan tidak menitikberat tentang perkara yang di katakan Fayyadh tadi .
" Sakitlah pinggang aku , Dean .'' Adu Edrea .mahu tak sakit , Edrea sudah dua malam duduk membuat kerja . Biasalah , nak jadi arkitek kan .
" Tak lama lagi , pinggang kau ni macam skateboard jadinya , " Sindir Dean yang membantu mengurut Edrea.
" Kau jangan Dean , kan aku dah janji nak jadi arkitek yang bertauliah untuk reban ayam kau .." balas Edrea .
Aku hanya mampu ketawa kerana kalau aku masuk campur , pasti ada saja yang mereka jawab .
Amani yang sedang menonton Kdramanya juga turut terhibur dengan telatah mereka .
" Peeyaa , sos Prego dari Itali dah sampai . '' laju saja Safiyya keluar dari biliknya setelah aku memberitahu barangnya sudah selamat sampai dari Itali.
Dia terus bergegas ke dapur dan menyiapkan makan malam kami .
" Kau orang jangan masuk dapur selagi aku tak siap tahu .. aku nak masak special punya .'' arah Safiyya .
Aku hanya menggeleng kepala sambil tersenyum kambing.
" Ehh , Prego kan ada kat Malaysia . kenapa tak minta akak kau je pos ? '' Amani yang sentiasa jujur dan PEMBARIS comel .
Safiyya hanya menyahut dari dapur yang dihiasi kabinet moden dan tona warna yang cerah .
" Malaysia pun import dari Itali ..''
ada saja jawapannya .
" Dean , aku nak durianlah . Kau tolonglah cari kat mana-mana gerai kat bawah tu ..'' Usik Safiyya setelah kami selesai makan malam ." Aku tak tahulah Peeya masalah kau ni. Kang cakap tak betul takut pula malam ni aku checkout rumah ni .. " jawab Dean sambil menggaru kepalanya .
Kami hanya tertawa kerana mereka suka sakat menyakat .
" Saya dah beli tiket flight tahu . Lusa saya balik Malaysia dah ..'' sergah Fayyadh semasa kami bersama-sama di Cafe setelah selesai ujian semester ." Saya pun dah beli .. " aku menghulurkan telefon Iphone X ku kepadanya sebagai bukti yang aku sudah menempah flight .
Aku gembira kerana pulang ke tanahair bersama Crush yang aku bawa khas dari Seoul .
Setelah setahun lebih di perantauan , akhirnya aku berpeluang balik ke Malaysia untuk cuti semester kali ini .
Tak lama pun , seminggu saja .
Tidaklah jauh sangat , hanya dua kerusi dari belakang .
Penerbangan enam jam tidak terasa hanya kerana tidur sepanjang masa . Sesudah sampai di KLIA ,
sewaktu menunggu bagasi ,kakiku kejang .
Fayyadh membawaku duduk dan meluruskan kakiku . mungkin terlalu lama duduk dan terlipat .
Dia mengangkat begku dan kami duduk berehat di situ lebih kurang setengah jam . Tidak kira dimanapun , dia tetap membuatku ketawa . Adakah dia boleh samakan kaki ku dengan kaki itik.
'' Awak nak duduk mana ? sini ke sana ? '' tanya Fayyadh sewaktu kami dalam kapal .Oleh kerana kami membeli tiket berasingan , kami terpaksa duduk berjauhan .
Tidaklah jauh sangat , hanya dua kerusi dari belakang .
Penerbangan enam jam tidak terasa hanya kerana tidur sepanjang masa . Sesudah sampai di KLIA ,
sewaktu menunggu bagasi ,kakiku kejang .
Fayyadh membawaku duduk dan meluruskan kakiku . mungkin terlalu lama duduk dan terlipat .
Dia mengangkat begku dan kami duduk berehat di situ lebih kurang setengah jam . Tidak kira dimanapun , dia tetap membuatku ketawa . Adakah dia boleh samakan kaki ku dengan kaki itik.
Aku harap sangat Fayyadh ni sejenis yang tak cepat berubah . Tak sanggup aku melihat perubahan orang yang aku sudah sayang .
Nanti balik book ticket sama-sama okay?Jaga diri awak❤
aku tersenyum menerima kiriman dari Fayyadh .
bagiku , itu hanyalah pesanan dari seorang SAHABAT tidak lebih dari itu .
" Awak jaga diri tau . apa-apa cari saya okay ? " jelas Fayyadh sewaktu bonda sudah tiba menyambutku .Fayyadh sekali lagi memberiku sekeping nota kecil .
Nanti balik book ticket sama-sama okay?Jaga diri awak❤
aku tersenyum menerima kiriman dari Fayyadh .
bagiku , itu hanyalah pesanan dari seorang SAHABAT tidak lebih dari itu .
Aku merenung di luar tingkap dan menghirup udara yang telah lama aku tinggalkan .
Dulu pernah aku berhasrat untuk pulang ke Malaysia bersama Isyraq , tapi akhirnya Allah takdirkan Fayyadh untuk menemaniku .
Alhamdulillah, apa yang dirancang berjalan dengan lancar .
Sekarang , teruskan misi seminggu .
FOODHUNTER !
durian .. Ayam panggang pasar malam .. penderam .....
Balik Seoul nanti tambah dua tiga kilo takpa kot .
Heehehehe
No comments:
Post a Comment