Sepanjang aku mengenali Isyraq Sufi , hidupku berubah sedikit demi sedikit . Entah mengapa aku dapat rasakan bahawa dia yang terbaik dalam hidupku .
Sejak dari peristiwa di Jeonju , aku dan Isyraq semakin akrab.
Dia juga sering membantuku dalam subject yang sukar bagiku . Termasuklah , mathematics .
Setiap kali ada masa terluang , dia akan mengajak ku ke Library .

" Bukan macam itulah awak .." dia tidak pernah meninggikan suaranya padaku walaupun aku tahu tahap kesabarannya mula berkurang.
Sekarang , Isyraq akan membawaku untuk bangun lebih awal dari hari biasa kerana ingin membiasakanku bangun awal bila tiba exam .
Sekarang , Isyraq akan membawaku untuk bangun lebih awal dari hari biasa kerana ingin membiasakanku bangun awal bila tiba exam .
Setelah seminggu bangun awal sekitar jam3 pagi , aku diserang demam panas buat pertama kalinya di sini . Mungkin kerana aku terlalu rindu dengan bonda , ataupun cuaca yang terlalu sejuk .
Aku tidak ke kelas hari ini kerana ingin ke klinik .
Zana yang ingin membawaku , namun dia mempunyai kelas tertunda . Dan terpaksa menghadirinya .
Aku gagahi diri untuk pergi ke klinik yang berhampiran .
Aku mendaftarkan namaku dan menunggu namaku di panggil .
Telefon bimbitku berdering kerana panggilan masuk dari Isyraq .

" Awak kat mana? " soal Isyraq .
Aku tidak larat menjawab soalannya .
"Klinik" jawabku .
Suaranya risau dan memintaku untuk share location.
Aku tidak larat menjawab soalannya .
"Klinik" jawabku .
Suaranya risau dan memintaku untuk share location.
15 minit kemudian di sudah tiba di hadapan klinik .
Entah dia yang terlalu laju , ataupun aku ni yang dah tumbuh cendawan tak dipanggil-panggil lagi .
Entah dia yang terlalu laju , ataupun aku ni yang dah tumbuh cendawan tak dipanggil-panggil lagi .
" awak okay tak ni? " soalnya cemas .
Aku merenungnya dan hanya angguk .
Aku merenungnya dan hanya angguk .
"Okay apanya kalau mata dah tak boleh buka .... Spek awak mana ? " soalnya lagi .
Patut saja aku merasa kabur melihat sekeliling , aku lupa memakai kacamataku .
" kat meja kot .. " jawabku .
Tidak lama kemudian , namaku dipanggil dengan nada yang pelat .
Cuba saja kalian sebut , " Arfa Hijanah " dalam slang korean ? hahahaha
Tidak lama kemudian , namaku dipanggil dengan nada yang pelat .
Cuba saja kalian sebut , " Arfa Hijanah " dalam slang korean ? hahahaha
Syukur , aku tidak apa-apa . Cuma doktor nasihatkan agar aku tidak tidur lewat buat masa ini kerana aku kekurangan tenaga dan air dalam badan .
" Awak , sorry tau . Sebab saya , awak terpaksa bangun awal .. " katanya dengan rasa bersalah .
" bukan salah awak pun , saya yang tak jaga kesihatan .." jelasku padanya .
" bukan salah awak pun , saya yang tak jaga kesihatan .." jelasku padanya .
Sepanjang keadaanku yang kurang sihat , Isyraq sangat prihatin . Walaupun rumah sewanya jauh dari kediamanku , dia sanggup menghantar makanan untukku .
Namun , aku tidak larat untuk keluar , maka Zana lah yang menyambutnya .
Namun , aku tidak larat untuk keluar , maka Zana lah yang menyambutnya .
" Kau dengan Isyraq ada apa-apa ke? " soal Zana secara tiba-tiba .
Aku hanya menggeleng kepala dan menyatakan bahawa aku dan Isyraq hanya teman biasa , walaupun hatiku kini telah dicuri olehnya ..
Aku hanya menggeleng kepala dan menyatakan bahawa aku dan Isyraq hanya teman biasa , walaupun hatiku kini telah dicuri olehnya ..
Pagi yang cerah , keadaan ku juga mulai beransur pulih . Aku ke kuliah seawal jam8 pagi . Aku berteduh di bawah pohon bunga yang sedang luruh .
Aku menarik nafas panjang kerana agak letih sedikit .
Kalau saja aku boleh pulang ke Malaysia sekarang .
Aku menarik nafas panjang kerana agak letih sedikit .
Kalau saja aku boleh pulang ke Malaysia sekarang .
" Cik arfa kita ni kalau tak mengkhayal memang tak sah .. " sindir Isyraq yang tiba-tiba saja muncul .
" Awak , saya nak baliklah . Nak jumpa bonda , nak lawat walid .. " entah kenapa sebak rasanya hatiku .
" nanti kita balik Malaysia , kita pergi jumpa bonda dan walid awak okay? " pujuk Isyraq .
Aku menarik nafas panjang . Entah kenapa berat sungguh hatiku kali ini .
Minggu ini aku akan menduduki ujian semester pertama . Entah bagaimana aku ingin menjawab soalan yang 100 peratus menggunakan english .
Aku berusaha sebaik mungkin , dengan harapan dapat menggembirakan bonda.
Aku berusaha sebaik mungkin , dengan harapan dapat menggembirakan bonda.
Bonda tak dapat belikan tiket untuk Arfa .
Balik nanti je lah , okay?
Hancur hatiku bila menerima message dari bonda .
Harapanku untuk pulang ke tanahair punah sekelip mata .
Tiada lagi durian ... tiada lagi kuih penderam .
Aku terpaksa habiskan cuti 3 minggu ku disini . Seorang diri .
Isyraq dan Zana pergi lawatan di Seoul . Rhania pula pulang ke Malaysia .
Ingin saja aku berjumpa Umayrah . Namun , cepat-cepat aku batalkan hasratku kerana Isyraq tidak bersamaku .
Isyraq dan Zana pergi lawatan di Seoul . Rhania pula pulang ke Malaysia .
Ingin saja aku berjumpa Umayrah . Namun , cepat-cepat aku batalkan hasratku kerana Isyraq tidak bersamaku .
Aku menarik selimut , dan melelapkan mata dengan harapan esok ada keajaiban .
Toktok !
Bunyi bilikku diketuk dua tiga kali . Entah " siapalah yang datang pagi-pagi buta ini .
Mustahil Zana , dia akan ada kunci sendiri ..
Rhania tinggal flight kot .. "
Bisik hatiku yang separuh sedar .
Bunyi bilikku diketuk dua tiga kali . Entah " siapalah yang datang pagi-pagi buta ini .
Mustahil Zana , dia akan ada kunci sendiri ..
Rhania tinggal flight kot .. "
Bisik hatiku yang separuh sedar .
Aku mengambil shawl berwarna hitam dan keluar membuka pintu .
" Anak bonda taknak bagi bonda masuk ke?"
Aku tersedar dari lena .
Bonda yang sudah hampir enam bulan tidak ku jumpa kini dihadapanku .
Aku memeluk bonda seeratnya untuk melepaskan rindu .
Aku tersedar dari lena .
Bonda yang sudah hampir enam bulan tidak ku jumpa kini dihadapanku .
Aku memeluk bonda seeratnya untuk melepaskan rindu .
" kawan Arfa yang bagitahu bonda alamat rumah Arfa.." jelas bonda bila aku persoalkan siapa yang memberinya alamat rumahku .
" kawan mana bonda? " soalku kebingungan .
Setahu aku bonda tidak mengenali mana-mana rakanku di sini , termasuk Zana dan Rhania .
Setahu aku bonda tidak mengenali mana-mana rakanku di sini , termasuk Zana dan Rhania .
" Abuya Umayrah lah . Bakal menantu bonda .. " sindir bonda .
Aku hanya tertawa mendengar sindiran bonda .
Aku hampir terlupa , aku ada beri nombor bonda kepada Isyraq tempoh hari ...
Mungkin semua ini rancangan mereka .
Aku hanya tertawa mendengar sindiran bonda .
Aku hampir terlupa , aku ada beri nombor bonda kepada Isyraq tempoh hari ...
Mungkin semua ini rancangan mereka .
" Baik Isyraq tu kan ? " soal bonda sambil menyediakan sarapan untukku .
"Baik sangat bonda . " jawabku ringkas sambil menyuapkan roti ke mulut .
" Bonda nak jumpa dia , boleh? " soal bonda lagi .
Aku hanya mengangguk .
Aku hanya mengangguk .
Petang itu , Isyraq dan Zana akan pulang ke Daejeon .
Aku mengajak Isyraq untuk makan malam bersama bonda di Delight Restaurant Malam ini .
Isyraq kelihatan letih namun tetap ingin menunaikan hasrat bonda .
Mereka berbual seperti dalam telefon . Keakraban mereka membuat hatiku semakin terikat dan yakin bahawa dia yang terbaik .

"Bonda berminat dengan Isyraq tu . " jelas bonda semasa dalam perjalanan ke hotel .
Malam ini aku dan bonda aku bermalam di hotel kerana hostel ku tidak membenarkan orang luar untuk tinggal bersama .
Malam ini aku dan bonda aku bermalam di hotel kerana hostel ku tidak membenarkan orang luar untuk tinggal bersama .
Setelah menghabiskan banyak masa bersama bonda , aku dapat melepaskan rindu pada bonda .
Sungguh , bondalah sumber kekuatanku sejak walid meninggal dunia .
Sungguh , bondalah sumber kekuatanku sejak walid meninggal dunia .
" Arfa , saya ada nak tanya awak boleh? " soal isyraq sewaktu kami keluar berjalan di tasik hadapan cafe yang dihiasi banyak lampu dan salji yang turun sebutir-butir .
" awak nak tanya apa ? " soalku sambil cuba menangkap salji yang turun .
" Zana ada boyfriend tak? " soal Isyraq secara tiba-tiba .
" Entah , tak tahu . " jawabku ringkas .
Perlukah dia tanya soalan macam ni?
Perlukah dia tanya soalan macam ni?
" Awak kawan saya kan? Awak tolong saya boleh ? " Sambungnya lagi .
Aku menggenggam tanganku yang tiba-tiba bergetar .
" Yess , everything for you ." Jawabku dengan suara yang sedikit bergetar .
Mungkin aku cemburu .
Mungkin aku cemburu .
" Saya rasa , saya nak kenal Zana lebih dari seorang kawan .. saya tahu dia akan jadi pengganti ....... " belum sempat dia menamatkan perbualannya , aku terus berpura-pura keletihan dan mengajaknya pulang .
Dia menghantarku dihadapan pintu gerbang .
Setelah memberi salam dan mengucapkan selamat malam , aku menoleh dan mengatur langkah .
" Arfa , saya nak awak tahu .. saya sayang awak . " terhenti langkahku bila Isyraq berkata sedemikian . Aku menoleh dan hanya tersenyum.
"Apa benar hanya aku yang terhegeh-hegeh atau benar dia menyayangiku .. Kalau betul apa yang dia katakan , siapa Farzana dalam hatinya ? " bisikku dalam hati .
Malam itu aku sukar melelapkan mata . Ingin saja aku bertanya pada Zana tentang hubungannya dengan Isyraq .
Namun , apa hak ku ?
Aku kena beranikan diri .
Aku kena beranikan diri .
" Zana , kau dengan Isyraq ada apa-apa ke? " soalku meluru..
" Just friend . Dia je yang melebih-lebih .." jawabnya ringkas sambil membuat muka menjengkelkan . Ingin saja aku tumbuk mukanya sepenuh hati .
" Just friend . Dia je yang melebih-lebih .." jawabnya ringkas sambil membuat muka menjengkelkan . Ingin saja aku tumbuk mukanya sepenuh hati .
Rhania yang baru sampai dari Malaysia keluar
dari pintu dapur .
dari pintu dapur .
" Wei , kalau Isyraq aku rasa baik tak payahlah Zana . Banyak lagi lelaki kat luar sana .. " sergahnya .
Panas telingaku mendengarnya .
" Apa masalah Isyraq dengan kau orang erk? " soalku dengan nada suara yang tinggi . Hilang sabarku bila mendengar insan yang aku sayang diperlakuankan sedemikian .
Mereka memandangku dengan wajah yang tidak puas hati .
" Eh , yang kau ni apahal? Sejak aku sampai sini lagi dah Isyraq terkejar-kejar aku .."
PAPP ! sekali lagi hatiku dipukul .
PAPP ! sekali lagi hatiku dipukul .
Bermaksud , Isyraq selama ini menganggap aku kawan biasanya saja .
Selama ini Isyraq menaruh perasaan terhadap Zana .
Akumenuju katil dan memasangkan walkman ku .
Bila kukenang kurenung gambar wajahmu
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Kisah yang lalu tak akan berulang lagi
Lupakan saja cerita lama
Usah dirayu pada yang tak sudi
Lagu itu menambahkan lagi dukaku .
Aku akan cuba menghindari Isyraq , namun aku sedar . Aku sahabatnya . Aku harus sentiasa ada untuknya walaupun aku yang terluka .
Aku akan cuba menghindari Isyraq , namun aku sedar . Aku sahabatnya . Aku harus sentiasa ada untuknya walaupun aku yang terluka .
Sejak hari itu , Isyraq semakin menjauh dariku . Atas alasan sibuk dan pelajaran .Dia juga banyak menghabiskan masa bersama Zana .
Adakalanya aku melihat mereka begitu mesra .
Isyraq seakan tidak melihatku yang duduk ditepinya .
Kalau saja aku boleh bagitahu padanya tentang apa yang Zana dan Rhania katakan tempoh hari .
Zana seperti biasa . Depan suka , tapi di belakang ? Isyraq di hina .
Zana seperti biasa . Depan suka , tapi di belakang ? Isyraq di hina .
Sekali lagu aku memberanikan diri .
" Zana , kau suka Isyraq ke? " soal dengan penuh ingin tahu .
Lama-kelamaan kelakuan Zana memang menguji kesabaran . aku tidak tahu kenapa aku tidak lagi menganggapnya sahabatku .
" Tak payahlah sibuk . Hati aku kot ..bukan kau. " Jawab Zana padaku . Aku seorang yang tidak sabar apabil diperlakukan sedemikian . Zana yang sedang sibuk memotong kuku di tepi meja makan , aku hampiri perlahan . Terketar-ketar tanganku memegang gelas berisi air suam .
" argghhhhh ..kau buat apa ni ? Kenapa kau siram aku? " soal Zana yang terkejut kerana disiram segelas air suam .
Aku melihatnya dan meletakkan gelas ke meja .
" Nak bagi kau sedar sikit yang kau tu bukan bidadari nak dikejar-kejar .." jawabku lalu meninggalkan Zana .
Isyraq sayang dengan Zana lebih dari aku .
Sikap Isyraq juga berubah serta merta setelah mengenali Zana .
Hidupku juga berubah , entah kenapa terasa kosong . aktiviti seharian ku juga semakin kurang . Aku lebih banyak tidur berbanding keluar .
" Arfa , awak okay?" sergah Isyraq padaku .
aku merenung wajahnya dan hanya tersenyum .
'' Awak , kalau lepas ni kita tak kawan lagi , awak jangan lupa saya ya ?''
wajahnya berubah setelah mendengar permintaanku .
'' Saya minta maaf kalau buat awak terluka .."
Entah kenapa airmataku tidak lagi tertahan ketika itu. Aku sekadar mampu menggelengkan kepalaku .
Aku tidak mampu lagi berpura-pura di hadapan mereka . Sungguh aku terluka .
" Sekarang saya nak tahu , sejak bila awak kenal Zana ?'' soalku sambil mengesat airmata.
" Awak janganlah nangis .." keluhnya . mungkin rasa bersalah .
" Tak , saya tak nangis .. saya nak tahu je awak .." Aku cuba menidakkan kebenaran.
Isyraq masih tidak bersuara dia menekup wajahnya seakan kusut fkirannya .
'' Abuya Umayrah , tolong jujur dengan saya ..'' aku berkata dengan nada suara yang sedikit perlahan .
Entah kenapa terlintas wajah Umayrah dalam benak ku .
Isyraq menarik nafas panjang ,
''Saya dah kenal Zana lama , sebelum saya kenal awak lagi , Arfa ..
Tapi saya tak tipu ,sejak saya nampak awak kat KLIA , saya ikhlas kawan dengan awak ..Maafkan saya , Ummi Umayrah ." Jelasnya dengan penuh kejujuran.
Aku hanya mampu tersenyum dan cuba melupakan apa yang terjadi pada hari ini.
Pagi ini , aku akan mengurus perpindahan pengajianku ke University Of Seoul . Bonda juga faham setelah aku ceritakan padanya tentang masalahku .
Isyraq bukan saja melukai hatiku , malah bonda sekali .
Isyraq pernah berjanji pada bonda , untuk menjagaku hingga tamat pengajian kami disini .
Janji paling aku tidak dapat lupakan, bila dia ingin mengikutiku melawat pusara walid .
Setelah semuanya selesai , aku mengemas barangku untuk pindah ke rumah sewa di Seoul yang telah di atur oleh bonda dikejauhan . Proses yang memakan masa seminggu telah membantuku sedikit sebanyak untuk perlahan-lahan menerima ketentuan yang telah ditulis.
Aku melunaskan deposit separuh bulan ku tinggal sini , dan meninggalkan hostel ku sewaktu ketiadaan Zana dan Rhania di rumah .
Aku sangka , kemunculan Isyraq dalam hidupku bakal mengubahnya untuk selamanya .
Ya sangat berubah ..
Aku terkadang terfikir , kenapa aku masih disini?
Aku menarik nafas panjang .
Aku akan tinggalkan segala pahit manis setahun di Daejeon . Aku mulai hidup baruku di Seoul .
SEOUL , tidak asing lagi nama ini di telinga setiap peminat KPOPP . aku juga salah satunya , namun kini aku sedar cinta di sini langsung tidak sama seperti yang aku pernah tonton selama ini.
Mungkin aku perlu memilih lelaki yang berkulit putih ? dan asli dari Korea ?
Siapa tahukan ? Tapi tujuanku ke Seoul ialah untuk lupakan segala yang telah aku lalui setahun disini .
Aku bangun lebih awal kerana ingin ke Jeonju untuk melawat Umayrah .
Sepanjang perjalananku , aku dihantui dengan bayangan Isyraq . Mungkin inilah dugaan aku untuk melupakannya .
Isyraq Sufi , lelaki yang aku temui di KLIA , dan secara tidak langsung menjadi suami ku di mata orang lain . Nyatanya , kami hanya teman biasa .
Aku menutup mataku dan cuba sedaya upaya melupakan semuanya disini.
Tidak semudah itu , bila aku melihat kawasan perkampungan Jeonju , wajah Umayrah , cukup kuat ingatan ku padanya .
Aku menceritakan kepada Puan Masnah segala yang terjadi .
'' Kak Mas , mungkin ini kali terakhir saya jumpa Umayrah . Tapi saya janji , bila saya dah boleh lupakan semua , saya datang jenguk Umayrah lagi ...'' Jelasku ketika hendak meminta diri untuk pergi .
Perjalanan jauhku dari Jeonju ke Seoul aku gunakan sebaik mungkin untuk menangis .
Umayrah , maafkan Ummi Arfa sebab terpaksa tinggalkan Umayrah untuk seketika . Terima kasih sebab kenalkan Ummi Arfa dengan Abuya Isyraq walaupun sekejap saja. Bonda , maafkan Arfa sebab memusnahkan impian bonda untuk menjadikan Isyraq sebagai insan terpenting dalam hidup Arfa . Farzana & Rhania , maafkan aku sebab pergi tanpa bagitahu kau orang , tapi aku sedar aku bukan sahabat yang terbaik untuk kalian. Isyraq Sufi , maafkan saya seandainya perasaan saya buat awak rasa bersalah . Jangan risau , saya okey .. Jaga Umayrah bila saya tak ada ya . - Monolog hati Arfa HijanahAku menemui Isyraq untuk kali terakhir , di hadapan tasik dimana tempat kami selalu bertemu .
Hujan turun renyai-renyai namun masih mampu membasahi kami kiranya lagi lama disini .
" Awak , saya nak cepat ni.. " belum sempat aku memberikan seutas tasbih biru untuknya , Isyraq seakan bergegas hendak pulang .
Aku mematikan niat ku , dan hanya sempat mengucapkan , selamat tinggal .
Isyraq mungkin kebingungan , namun aku tidak ingin memaksanya untuk terus memahamiku.
Isyraq berlari untuk berteduh dan terus menaiki teksi yang kebetulan lalu disitu . Dia tidak langsung menoleh ku yang kehujanan di tepi tasik ini .
Itulah kali terakhir aku di Daejeon ,aku menggegam tasbih itu sekuat hati .
Airmata ku biarkan menitis bersama air hujan. Siapa sangka pengakhirannya begini .
Jiwaku di Daejeon , sudah pergi .
No comments:
Post a Comment