Thursday, 11 January 2018

Part 9

Andai dihitung waktu , sudah setahun aku mengenali Fayyadh Zayn .
Lelaki yang tanpa tersengaja aku sayangi .
Sungguh , dia bukan teman lelakiku ..
Namun dia istimewa bagiku .
Kesanggupannya dalam menjagaku ,
kelembutan tutur katanya padaku ,
hati wanita mana yang tidak kecundang andai diberi peluang untuk mengenali lelaki seperti Fayyadh .
  Aku masih sendiri . Walau ada Fayyadh menemani setiap hariku .
Hatiku miliknya , namun belum sepenuhnya .
Isyraq masih terkadang menghantuiku .

  "Siapa saya di hati awak ? " Soal Fayyadh kepadaku .
Langkahku terhenti lalu memandangnya .

" Awak hidup saya .." jawabku spontan .
Aku sudah tidak kira dengan kesakitan yang mungkin aku akan rasakan .
Fayyadh menarik nafas panjang . Dia membawaku untuk duduk di sebuah kerusi.
" Kenapa awak yakin saya terbaik untuk awak ? " soal Fayyadh .

tidak pernah aku melihatnya begitu serius .
Aku menarik pandanganku kearah lain . Tiada jawapan .
" Saya tak tahu , awak .. " jawabku sambil menundukkan muka .

Fayyadh melihatku sambil tersenyum .

" Awak jangan risau . saya milik awak .." dia tersenyum .
jujur aku akui , senyumannya itu yang membuatku tenang disetiap kali aku tertekan dan terjatuh .
Aku juga tidak tahu mengapa Fayyadh tiba-tiba persoalkan itu .Mungkin kerana dia keliru tentang perasaanku terhadapnya dan Isyraq Sufi .

     " Dean , Dean ..meh tengok ni .. " Safiyya menunjukkan sesuatu di kaca skrin laptopnya .
" Kau orderlah .." sahut Dean setelah melihat set pinggan mangkuk yang murah .

Amani akan menyediakan masakan Melayu untuk kami kali ini . Sebab tu Safiyya menghabiskan masanya untuk mencari barang murah di Instagram .

Aku menghampiri Amani yang sibuk memotong bawang . 

" penatlah ... '' dengusku lalu duduk di sebalik peti sejuk .
Amani memandangku kebingungan .

" Kau kenapa ? '' Soalnya sambil memotong bawang .
Aku tidak langsung menjawab.

" Aku keliru . Sama ada nak pilih Fayyadh atau Isyraq .." jelasku .

Tiba-tiba saja yang lain berada di dapur .

" Kau jangan macam-macam Arfa. Kau tak ingat apa Isyraq dah buat ? '' soal Dean .
Aku hanya memandangnya.

" Betul tu Arfa .Kau kena move on dari Isyraq . Fokus dengan apa yang ada sekarang ..'' Sambung Safiyya sambil mencari sesuatu dari peti ais . Aku berundur mengesot .

" Aku ta... ''
Amani memotong percakapanku .

" Kau tahu yang kau sayang Fayyadh tapi at the same time Isyraq masih dalam hati kau .."
Kami tertumpu pada Amani .

Aku hanya memejamkan mata dan memegang kepala . Kusut fikiranku memikirkan perkara ini .

Mengapa aku masih memikirkan lelaki yang tidak pernah mencariku ?

" kita orang tak ada hak nak halang kau , kami cuma nak yang terbaik untuk kau .'' Sergah Edrea yang baru saja pulang dari gereja bersama Noah .

Aku tidak mampu berkata apa-apa . Ada benar kata mereka .
Aku tidak boleh terus-terus begini .
Malam itu kami tidak kemana-mana dan hanya menghabiskan masa dalam bilik masing-masing .
Sehari-hari kami bermula dengan kuliah seperti biasa , Assignment segunung , kuiz mingguan . Hingga tiada masa untuk kami keluar bersiar-siar .

Lainlah Safiyya dan Ha-Neul , mereka sering bertemu sebelum Safiyya masuk ke kelas . Mungkin itu semangatnya hingga pointernya menaik mendadak .

Safiyya dan Amani juga akan menjalani praktikal sebagai markah luar kelas hujung tahun ini .
Allahyarham Aswad sudah 8 bulan meninggalkan kami , cepat kan masa berlalu ?Secepat itulah Amani berubah .
Adakalanya kami mendengar dia menangis sebelum tidur . Di luar dia berpura-pura seperti tiada apa terjadi , namun disetiap malamnya pasti dia dihantui bayangan Aswad .

Aku keluar ke koridor sambil membawa segelas Hot chocolate . Cuaca tidak terlalu sejuk namun sungguh menenangkan .
Jam baru saja dua pagi , kelas ku esok jam sepuluh ..
Tidak mengapa kiranya aku tidur lambat .

Selama aku disini , banyak yang aku alami .
Namun paling aku tak dapat lupakan ialah , bila aku ditinggalkan oleh Isyraq .
Aku menyangka tiada lagi akan mengalami sakit sepertiku .
Malah ada yang lagi teruk kehilangannya , Amani .

Aku menarik nafas panjang dan bersyukur ke hadrat Ilahi atas pinjamannya Fayyadh Zayn .

" Wei sejuklah kat luar ni ..'' sapa Amani tiba-tiba . Matanya kelihatan bengkak .
Aku hanya mengajaknya untuk duduk bersamaku .
Amani sangat kuat !

'' Amani , aku jahat tak ? '' soal tiba-tiba .
Dia hanya tertawa sambil memegang bahuku .
" Arfa kan baik ..tapi janganlah baik sangat ..Nanti senang orang nak pijak . '' guraunya walaupun aku tahu sebaliknya .
Malam itu Amani banyak menceritakan kisah Aswad padaku . Namun setitik pun airmatanya tidak jatuh .
" Cik Arfa .. tengok apa tu ? '' sergah Fayyadh ketika aku termenung di perpustakaan .
Aku hanya memukulnya , takut nanti dilihat orang lain kelakuannya itu .

" Fayyadh , saya takutlah ..'' tiba-tiba saja aku menangis .

" Eh takut apa? '' risau Fayyadh yang hari ini mengenakan pakaian casual berwarna hitam , dan tali leher hitam . Dia kelihatan kemas .

Aku tidak menjawabnya malah terus menangis .
Fayyadh melihat telefon bimbitnya dan meneliti tarikh hari ini .

" Awak ada stok lagi tak ni ? '' soal Fayyadh dengan perlahan .
Aku hanya memandangnya .
" Stok apa ? '' jawabku .

Dia kelihatan kekok sambil melihat kiri kanan . Bukan orang faham pun kalau dia cakap melayu .

" Hujung bulan kan ? awak kan selalu macam ni . '' jelasnya .

Aku hanya menepuk bahunya dan menafikan bahawa aku sedang period .
Fayyadh dah faham betul perangaiku .
Nak malu buat apa !

" Saya takut kehilangan awak...'' aku bersuara sementara mukaku diatas meja .

Fayyadh mungkin tidak jelas apa yang aku katakan .

" Yelah , yelah .. Balik nanti saya singgah belikan .. '' jawabnya pula .
Aku mengangkat mukaku .

" apa awak ni ? merepeklah .. '' marahku .

Fayyadh hanya menahan gelaknya apabila ada mata-mata yang memandangnya .

" Awak cakap apa tadi ? '' soalnya lagi .

Aku lap airmataku dan cuba menenangkan fikiran .
Fayyadh meletakkan kepalanya beralaskan tangan di atas meja .
Aku memandangnya dan memegang rambutnya .

" Saya takut awak tinggalkan saya ... '' aku kembali menangis .
Sungguh aku takut kehilangannya . Sungguh !
Fayyadh tersenyum manis dan masih kekal posisi tadi .

" Siapa yang nak tinggalkan awak ni ? '' soalnya seakan tidak mengerti apa yang aku cuba katakan .
Aku tidak ingin lagi mengulangi apa yang aku katakan . Malah aku berdiam dan berpaling ke arah lain .

"Alalaa , merajuk.. Dengar sini awak , saya akan jadi kawan awak sampai bila-bila . Dan awak takkan jadi milik sesiapa selain saya .. faham maksud saya? '' Fayyadh kembali menyoalku .

Aku hanya mengangguk tanda faham .

 " Kau orang ada stok pad tak ? '' soalku yang kalut kerana tiba-tiba saja aku rasa seakan aku dibasahi darah kotor itu .
Mereka hanya menggeleng dan turut risau melihatku yang gelabah .

" Dah banyak ke keluar ? '' soal Safiyya .
Amani , Dean dan Edrea juga terganggu dan turut sama mencari kalau-kalau mereka ada stok .

Kami belum membeli barang rumah , oleh itu kami kehabisan semua stok . Lusa baru nak pergi beli barang .

" Belum keluar lagi .. baru rasa nak .. '' jawabku tenang .
Mereka memandangku tidak puas hati .

" Aku fikirkan dah nak habis darah kau .. '' sindir Edrea sambil mengikat rambutnya yang tersangkut disebalik penyangkut baju .
 Gigih sungguh mereka . ahhahaa
" Peyya , kau tak beli aiskrim ke ? '' soalku dari dapur sambil membelek peti sejuk .
Peyya yang di luar sedang menyiapkan assignmentnya sekadar menyahut .Namun tidak jelas kedengaran .

" Apa kau cakap ? '' soal ku lagi .
Aku hanya mendengar gelak tawa mereka .

" Takde , lusa kan kita nak beli barang dapur semua .. ''sahut Safiyya .
Kecewa aku dibuatnya .
Aku melangkah longlai dan terus berbaring di belakang Dean yang kurus itu .

" Kau ni nak keras ke macam mana malam-malam makan aiskrim ? '' Soal Dean sambil tertawa .
Aku menggoyangkan kakiku , hampir saja terkena Edrea .

'' Mulalah tu ganggu orang .. Pergi buat kerja kau tu Arfa .. '' Aku hanya tertawa bila Edrea rasa terganggu .

Entah kenapa aku ingin makan aiskrim walaupun cuaca sejuk .
Aku memandang kearah jam dinding . Baru jam8 malam pun .

Aku menelefon Fayyadh dan mengajaknya keluar sekejap . Rumahku dan Fayyadh tidaklah jauh sangat . Cuma yang menjauhkannya hanyalah kesesakan lalu lintas . Memang menjadi tumpuan pelancong kawasan perumahan kami ini .

'' Awak makan sikit je okay ? Nanti sakit . '' Fayyadh menghulurkan aiskrim vanilla kepadaku .
Fayyadh kelihatan kesejukan namun masih bersabar bila aku membawanya pergi ke tembok cinta yang kami rasmi dulu. hihihi
 '' Eee lain macam sejuk malam ni .. '' sapanya tiba-tiba .
Aku memandangnya. Pucat !
Aku berusaha menghabiskan aiskrim itu sebelum dia melihatnya . Makan sikit je katanya .

" Awak jangan ingat saya tak ingat ek .. Dah cukup ..'' aiskrimku direbutnya lalu habis dimakan olehnya .
Aku tidak melawan kali ini ,kerana permintaanku di tunai .

Aku hanya tersenyum menikmati keindahan malam . Namun tidak pada Fayyadh . Malam ini dia hanya senyap dan banyak termenung .
Aku membuka sarung tanganku , dan memberanikan diri memegang dahinya.

" Awak demam ek? '' soalnya .
Dia hanya mengangguk .
Sanggup dia menemaniku walaupun demam . Siap makan aiskrim lagi .
Haishh !

" Dah lah , jom balik . Nanti melarat demam awak tu .. '' ajakku , namun dia menggeleng .
Dia tidak ingin pulang . Buang tebiat ke apa ?

" Saya nak spend time malam ni dengan awak . Esok saya ada tournament .. '' Dia terus meletakkan kepalanya dibahuku .
Aku kembali memakai sarung tanganku dan mengusap lembut pipinya .

" Tournament apa ? '' soalku pula .
Dia memang kuat termenung kalau demam . Entah kenapa .

" Saya tak ingatlah awak .. Nanti awak datang tengok saya ,okay ?'' pintanya .
InsyaAllah aku datang !

" Awak , tak naklah demam .. Nanti saya tak ada kawan nak makan aiskrim . '' Aku meletakkan kepalaku dikepalanya . Moga-moga otak kami saling berhubung . Hahahaha tiada kena mengena !

" Awak cakap je kalau nak makan aiskrim . saya temankan ..larat lagi ni ..'' Jawabnya perlahan .

Aku mengajaknya pulang . Sepanjang perjalanan dia kelihatan ceria sedikit berbanding tadi .
Apalagi aku , entah kenapa malam ini seronok rasanya bersama Fayyadh .
'' Awak kejap .. tunggu sini ." Pinta Fayyadh . Aku hanya menantinya di depan pintu kedai ubat . Mungkin beli panadol .
" Nah .. '' hulur Fayyadh kepada ku beg kertas berwarna coklat .
Ya Allah malunya ! Dia belikan aku pad .

Mungkin dia teringat tadi masa aku singgah kedai bawah rumahku , pad yang aku nak tak ada jual .
Sebab tu dia belikan kat kedai ni .
Malu , malu ,malu !

" Tak payah malulah.. Kat Malaysia akak saya selalu suruh beli ..Normal la tu'' dia seakan tahu aku malu .

Aku hanya tertawa .
''Ya Allah Arfa .. kau ni buat malu jelah .. '' Safiyya dan yang lain tertawa bila aku ceritakan perkara tadi .
Malu tak malu, benda dah jadi .Pad pun dah beli .
Terima kasih Fayyadh .

Pagi itu Dean mengejutkan aku dari lena lebih awal dari sebelumnya . Kelas tiada , tapi pergi mana ?

'' Arfa cepat siap .Tournament tahunan kejap lagi nak start . Kau nak terlepas ke tengok Fayyadh main bola ? '' Dean meniru gaya-gaya seorang pemain bola .

Safiyya yang sentiasa bersemangat kali ini membawa pompom nya sendiri.
Amani siap dengan contengan pada wajahnya. Sebelah bendera Korea , sebelah Malaysia .

Mereka memberiku jersi khasnya .
Sekali saja aku membukanya , Fayyadh Savior .
Pecah gelak mereka melihat reaksiku .

" Kau kena jadi penyelamat Fayyadh dalam pertahankan record tahunan U ni . '' Amani bersuara penuh semangat .
Aku tidak dapat menolaknya , risau mereka kecil hati .


'' Awak dah sihat ke ni ? '' soalku pada Fayyadh di dalam bilik persalinan mereka . Kami dibenarkan masuk atas permintaan Fayyadh .
Dia hanya mengangguk dan tersenyum melihat Tshirt berwarna merah jambu yang aku pakai .
" Thanks pakai baju tu . Awak memang penyelamat saya .. ''sergahnya .
Rupanya dia yang meminta rakan-rakanku untuk memberikan jersi ini kepadaku .

Dia kelihatan kemas dan hebat dengan jersi baru mereka yang berwarna putih merah .

" I love you .. '' dia menutup matanya dan memegang kepalaku.
Tersentakku dibuatnya .
Dia terus lari menuju ke padang .
Aku duduk di kerusi yang disediakan mereka .

Noah juga ada bersama Edrea .
Amani kelihatan terlalu bersemangat hingga melanggar abang botol yang seiras penyanyi EXO ,siapa namanya , Baekhyun .
Malu kami dibuatnya , Amani sudah lama tidak kelihatan ceria sebegitu .

Safiyya keluar disebalik pintu tandas dengan jersi berwarna putih , Ha-Neul Sevior .
Tidak lain tidak bukan memang Safiyya yang memujuk Fayyadh untuk membelikanku baju jersi itu .

Patut saja sebelum ini Safiyya bersemangat kalau tengok perlawanan bola sepak .
Ha-Neul merupakan penjaga gol bagi Seoul .

Kami hanya memerhati perlawanan ini dengan penuh bersemangat . Apa tidaknya setiap tahun saingan kuat Seoul ialah Daejeon .
'' Buat apa sini ? '' sapa seseorang bila aku mengambil air untuk Fayyadh .
Isyraq sufi .
Sejak bila dia juga bermain bola ?

" Awak pula buat apa sini ... '' soal ku lagi .
Isyraq hanya tertawa .

" Saya dah lama jadi pemain bola Daejeon . sebelum awak kenal saya lagi .. '' jelasnya .

Aku terkedu .

Aku membiarkan Isyraq tadi dan menuju ke Fayyadh yang sedang berehat untuk separuh masa pertama .
Fayyadh hanya mengusap kepalaku .
" Jangan risau awak , I'm your superhero .. ''katanya sambil tersenyum manis .

Perlawanan yang sengit , mana tidaknya pengadil macam berat sebelah .
Pertahanan Daejeon semakin kuat hingga Fayyadh sukar melepasinya .
" Kick , Fayyadh ! '' Teriak Noah apabila melihat Fayyadh melakukan percubaan ke atas Daejeon .
" Dear , its offside already .. '' Sahut Edrea .

Noah tidak membawa kacamatanya , hingga tidak dapat melihat dengan jelas .

pertahanan Seoul tidak kurang hebatnya . Oleh kerana keputusan seri berterusan hingga keminit tambahan , ia akan ditentukan dengan tendangan penalti .

Semuanya ketakutan termasuk aku .

Tendangan dari pemain hebat Daejeon , Jong Hyun Chen merupakan penentu segalanya .
Hanya Ha-Neul penyelamat .

Syukur .. sekali lagi , buat pertama kalinya perlawanan ini dibawa ke penalti . Maksudnya , University Of Seoul akan bercuti selama dua hari .

Seoul sekali lagi memenangi perlawanan terulung ini .
Kami meraih kemenangan mereka bersama team mereka di Pantai Naksan yang terletak di dekat kota Yangyang . Aku yang kekok mendengar mereka berbual dalam bahasa korean , hanya tersenyum .
Edrea dan Noah membantu yang lain membakar ayam .
Alhamdulillah mereka masih menghormati agama , sama seperti Noah dan Edrea .
Mungkin inilah yang menyebabkan Fayyadh akrab dengan mereka .

"neo na jalang seuleobni?'' Soal Ha-Neul pada Safiyya .
Safiyya hanya tersenyum malu .

 " Mestilah bangga , awak yang bagi saya cuti hari ni .. " kata Safiyya sambil memukul manja bahu Ha-Neul .

"neo malhaneungeoya? '' Ha-Neul tidak memahami apa yang Safiyya katakan . 
Namun aku yakin Safiyya ingin mengusiknya .

" Hai , awak striker team Seoul kan ? '' Sapa seseorang dari belakang Fayyadh .
Aku yang baru saja ingin memberinya air menghentikan langkah dan bersembunyi dibalik pokok .

" Ya saya , muka awak macam pernah nampak .. '' jawab Fayyadh .
Suara wanita itu seakan aku kenal .

'' Yes ofcourse .. Saya kawan Arfa , Zana . ''
seakan terhenti nyawaku disitu .

Zana mengajak Fayyadh untuk berbual di sebuah pondok yang agak jauh dari kami . Aku terus mengekorinya .

Macam mana Zana ada kat sini ?
Oh ya baru aku teringat . Zana merupakan penyanyi bagi ahli sorak mereka . Mungkin dia sengaja mengikuti kami disini .

Sakit hatiku melihat Zana yang cuba mendekati Fayyadh . Seakan ada saja agendanya .

" Awak , Zana ada ni , dia datang nak minta maaf dengan awak ..'' sergah Fayyadh dari belakangku .

Aku cuba menyembunyikan kemarahanku dan cuba tersenyum .

" Arfa , aku minta maaf pasal Isyraq . Aku sumpah tak tahu yang dia selama ni rapat dengan kau .. '' jelas Zana sambil memegang tanganku .

Aku tetap tersenyum dan sesekali memandang kearah Fayyadh .

" Habis tu kau nak aku buat apa ek sampai kat sini kau cari aku ..?'' soalku .
Zana membawaku duduk .

" Isyraq sayang kau .. Aku tahu kau sayang dia kan ? '' Zana seakan cuba melakukan sesuatu padaku dan Fayyadh .
Aku berdiri .

" Kau nak apa sebenarnya Zana ? Kau ingat aku ni bodoh sangat ke nak percaya orang macam kau ni ? '' tengking ku pada Zana .
Dia tidak berputus asa . Malah terus memujukku .

" No Arfa . He's love you .Aku nak tengok kau bahagia dengan Isyraq  , tu je ..'' pujuknya sambil menangis .
Aku hilang sabar .
" Kau diamlah perempuan . Aku dah muak dengan drama kau ..'' aku menolak Zana hingga dia tersadai di pantai .
Kami menjadi tumpuan orang .

'' Kenapa awak ni Arfa ? Dia datang baik-baik yang awak marah ni kenapa ? '' Fayyadh memarahiku tiba-tiba .
Ya Allah , sakit hatiku pada Zana belum hilang , sudah ditambahkan lagi oleh Fayyadh .

" Mungkin , sekali lagi saya tersalah pilih .. '' aku cuba tersenyum dalam tangisan .

Zana menangis hingga diserang sakit biasanya , lelah .
aku terus melangkah pergi tinggal Fayyadh dan Zana .

Dean sempat menolak Zana semasa mengejarku . Safiyya juga meninggalkan Ha-Neul bersendirian .
Noah dan Edrea juga terpaksa meninggalkan kerja mereka kepada orang lain .

"neo michyeoss ni?'' Ha-Neul meluahkan tidak puas hatinya dengan tindak tanduk Fayyadh .

Aku berlari sekuat hati . Sungguh keterlaluan Fayyadh .

" Dean , acaranya udah selesai ? '' soal Ferral yang baru saja tiba .
Dean tidak terus menjawab .

" Acara dah habis . Jom balik ! '' jawab Dean yang juga turut kesal dengan Fayyadh .
Ferral mengejar kami yang telah jauh menuju sebuah perhentian bas .

" Kok semua padah menangis sih ? '' soal Ferral kebingungan .
Dean hanya memberi isyarat senyap pada Ferral .

Aku tidak tahu kenapa kesakitan terdahulu kini kembali lagi .
Apa benar , Zana ikhlas meminta maaf kepadaku ?
atau ,  aku yang masih dihantui kisah silam?

 Aku menangis dalam pelukan Amani . Sekali lagi .
Fayyadh menelefonku berkali-kali namun aku tidak menjawabnya . 
Nombor baruku juga Fayyadh beri kepada Zana .
Ya Allah , apa semua ini .

Assalammualaikum , Arfa . saya nak balik Daejeon esok petang .Nak tak jumpa pagi esok ?-Isyraq
Aku mengabaikan message itu dan panggilan dari Fayyadh dan Zana. Aku tahu Zana yang memberi nomborku pad Isyraq.
Aku hanya mengurung diriku dalam bilik .

Emosiku yang tidak stabil ini di ganggu lagi dengan bayangan Fayyadh  .
Lelaki yang aku takut kehilangan , yang selalu memanjakan aku memarahiku didepan ramai orang hanya kerana  perempuan yang pernah menjadi kisah hitam dan terpahitku ?
'' Arfa , kau tak pergi kelas hari ni ? '' soal Edrea lembut .
Aku hanya menggeleng .
Amani memegang dahiku .

" Tak apa , aku teman dia pergi klinik .. Hari ni aku cuti . '' Sergah Amani .
Aku teramat terkejut dengan kejadian semalam. Baru saja aku dan Fayyadh bergembira sudah di ganggu oleh seseorang .

" Aku confuse , aku yang salah ke sebab tak maafkan Zana ? '' soalku tiba-tiba .
Mereka memandang kearahku .

" No , kau tak salah sebab selama ni kau dah memang beri dia peluang . Buktinya , kau tak benci dia walaupun dia dah rosakkan hubungan kau dan Isyraq dulu .. '' Jelas Edrea .
Aku hanya tunduk .

" Dont blame yourself , Arfa ..'' Safiyya pula menyahut .
Dean dan Amani terus memelukku . Seperti biasa mereka yang lain juga turut serta .

" Dean , Arfa tak masuk class ke harini ? '' Soal Fayyadh yang tiba-tiba saja meluru kearah Dean , Edrea dan Safiyya .
'' Tak .. dia .. '' Dean terhenti berkata bila melihat Zana yang datang kearah Fayyadh .

" Macam mana ni awak , saya rasa bersalah .. Saya just nak pulihkan keadaan ..'' Zana seakan cuba menggedik .

Dean yang memang sukar menahan kemarahannya hampir saja menampar Zana.
'' Kau perempuan lebih baik kau balik rumah . Tengok cermin balik diri tu ..'' Fayyadh sekali lagi cuba menyelamatkan Zana .

Naik angin Safiyya dibuatnya . Kali ini Dean pula menahan Safiyya dan mengajaknya pulang .

" Fayyadh , lepas ni tak payah cari Arfa lagi . Kau jaga betina ni dah cukup . '' Edrea sempat melempar satu kata-kata yang membuat Fayyadh tergamam .

Mereka menceritakan padaku tentang yang terjadi tadi .
" Aku rasa macam nak cekik je perempuan tu .. Geramnya ya Allah .. '' Safiyya masih lagi dengan anginnya .
Aku hanya terdiam dan mencabut simkad dari telefonku .

Aku meminta MC letter dari doktor untuk 3 hari .

'' Arfa , Arfa ... tunggu awak ..'' Fayyadh menarik tanganku .
Aku hanya menepisnya perlahan kerana sendiku masih sakit-sakit . Aku memalingkan wajahku kearah lain .

" Saya nak minta maaf sebab .... '' aku terus meninggalkannya .
Sungguh aku tidak mampu menghilangkan sakit di hati ini .

" Arfa dah mati . jangan cari dia lagi .. '' jawabku sebelum sempat dia meneruskan kata-katanya .

Aku bukan berdendam , namun cukuplah apa yang aku lihat semalam .
Fayyadh dan Zana sedang bersama di tembok yang menjadi bukti segala janji dan kisah kami .
Kenapa Zana ada di tempatku ?

" Arfa , aku nak jumpa kau kejap boleh ? '' Sapa Zana dari arah belakang .
Kali ini aku tidak lagi bermain dengan emosi . Namun kini dengan hati dan fikiran .

" Aku tak boleh tipu yang aku sayang Isyraq . Tapi hati dah ada dengan Fayyadh sejak pertama kali aku nampak dia .. '' sudah aku menduga . Itulah agenda Zana menghabiskan cutinya disini selepas perlawanan bola sepak tempoh hari .

Aku memandangnya .

" Kau nak Fayyadh , tak payah paksa aku dengan Isyraq . '' jawabku tenang .
Zana sepertinya hilang sabar .

" Aku tak kisah kau bahagia atau tak , yang aku nak Fayyadh dengan aku .. '' Zana mengeluarkan belangnya sebenar .

Aku sekali lagi hilang sabar. Selibas saja tanganku kearah pipinya .

" Arfa ! '' Fayyadh muncul diantara kami .
Aku cuba mengawal amarahku .

" Awak, saya tak sangka awak macam ni .. Dia kawan awak tau , dia ikhlas nak minta maaf .. Tapi ini awak buat ? saya kecewa dengan awak.'' Fayyadh sekali lagi dan lagi mempertahankan Zana .

Aku cuba untuk kuat , namun tewas juga akhirnya . Aku gagahi diriku yang kini mungkin akan hidup bersendirian .
Fayyadh tidak lagi mencariku . Malah , jika dia melihatku cepat saja dia mengelak .

Zana juga kerap sekali datang ke Seoul . Entah kenapa .
Kadang , aku melihatnya ada bersama Fayyadh jika dia sedang menjalani latihan .
Segala yang aku lakukan bersama Fayyadh , kini diganti oleh Zana .



 Fayyadh , 
saya rindu awak .........
 


 
 

No comments:

Post a Comment