" Aku fikir bab kecantikan ni senang wei .. '' Safiyya terus menghempas tubuhnya ke sofa .Kami memandang kearahnya .
" Kenapa ? '' soal Dean sambil membancuh kopinya sendiri .
Safiyya mengurut kepalanya .
" Lagi senang kot makeup kan orang dari check barang-barang makeup ni ..'' Amani pula bersuara .
Kami hanya tertawa melihat mereka yang kepenatan walaupun sudah hampir sebulan mereka kerja praktikal itu .
Lagi sebulan mereka dah bebas .
'' Edrea mana ? '' soal Safiyya setelah sedar ketiadaan Edrea dirumah .
" Dia jumpa Noah kot . Noah pun kejap lagi graduate Bahasa Melayu .. '' jawab Dean.
Entah mengapa tiap kali kami teringat akan Noah hati kami tercuit .
Aku dan Dean dari tadi tersadai di dapur . Bukan apa , kami sedang membincangkan perancangan kami untuk cuti nanti . Sekaligus untuk perpisahan kami setelah mereka tamat pengajian disini .
Hanyalah aku sendirian .
'' Dean , kau dengan Ferral macam mana ? '' entah kenapa tiba-tiba saja persoalan itu keluar dari mulutku .Dean tidak terus menjawab dan tidak juga terkejut . Dia sangat tenang.
'' Entahlah .. aku rasa setakat sini je kot .. Aku dah penat berharap .. '' jawabnya dengan penuh kedukaan .
Aku tidak pernah mengalaminya , namun aku tahu sakit yang Dean tanggung setelah jauh dari Ferral .
Tiada lagi yang sanggup menghantarnya pulang kiranya ada kelas malam , tiada lagi yang sanggup menjadi pelepas segala kemarahannya.
Aku harap Ferral dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin .
'' Kau orang , aku nak tanya sikit boleh ? '' Safiyya yang kami sangka sudah tidur keluar dengan bantal busuk berbentuk lipstik itu .Hailahhh .. sampaikan bantal pun bentuk lipstik .
'' Tanya apa ? '' Amani yang terdahulu bertanya .Safiyya duduk dan meletakkan telefon bimbitnya di meja hadapan kami .
" Aku rasa Ha-Neul masih contact dengan ex girlfriend dialah .. '' Safiyya bersuara sayu .
Sudah . sekali lagi ? Tak habis-habis masalah .
Dean yang terus mengambil telefon Safiyya .
" Kau sure ke ? '' soal Dean yang seakan tidak percaya .
Safiyya tidak menjawab dan terus menangis sambil memeluk bantal lipstiknya .
" Mana aku tahu .. Tapi tengoklah dah terang-terang dia orang chat .. '' Safiyya menerima screenshot dari nombor yang tidak diketahui .
Amani terus mengambil telefon tersebut dari Dean . Aku juga menyibukkan diri .'' Apa dia cakap tu ? '' soalku . maklum saja , walaupun bertahun disini aku tidak tahu langsung cakap benda ala ni .
Dean merenungku ,
" Dia cakap dia masih sayang Ha-Neul .. lepas tu Ha-Neul kata dia memang rindu ex dia ni .. '' Terang Dean .
Panas pula telinga aku mendengarnya .
" So nak buat apa ni ? kau dah tanya Ha-Neul belum ? '' soal Amani yang sejak akhir-akhir ini kelihatan tegas .
Aku hanya berdiam diri . Faham sangat perasaan Safiyya sekarang .
Beza aku dan Safiyya , aku tampar je terus .
Safiyya menggeleng dan hanya termenung . Sedih benar dia !
Esoknya Safiyya dan Amani meminta cuti sehari hanya untuk menyelesaikan masalah Safiyya dan Ha-Neul ini . Mana boleh biarkan , boleh gila dibuatnya .'' Perempuan tu lah ex Ha-Neul ..Eiii kau orang , bencilah.. '' Safiyya menarik baju Amani kerana kegeraman melihat wanita korea yang sedang duduk semeja dengan Ha-Neul .
" Kita serang nak ? '' soalku yang juga turut merasa sakit hati melihat Fayyadh semejanya .
Pandai pula hinggap tangannya di bahu Fayyadh.
Dean dan Edrea menahanku sambil tertawa .
" Kau orang sabarlah . Kita guna cara halus dulu .'' Amani bersuara .
Kami memandangnya dengan tanda tanya di dalam awan kepok-kepok.
" Kau orang guna cara drama melayu ...call dia orang tanya kat mana ..'' Amani memberi cadangan .
Safiyya menelefon Ha-Neul .
'' na Fayyadhwa kapeeiss-eo. '' Jawab Ha-Neul jujur .
Sekarang giliranku pula menelefon Fayyadh .
" Ada ni haa kat cafe .. kenapa awak ? '' Fayyadh juga berkata jujur .
Safiyya dah memang tertekan tengok teman lelakinya .
Kami menghampiri mereka dengan tenang .
"annyeonghaseyo. '' Safiyya menyapa Ha-Neul dan rakan-rakannya dengan begitu lembut .
Yang lain menyahutnya dan meminta kami untuk duduk . Mereka sudah mengenal Safiyya lama .
Aku sengaja duduk diantara perempuan itu dan Fayyadh , begitu juga Safiyya yang duduk diantara perempuan itu dan Ha-Neul .
Bijak kan perempuan ni ? Punyalah besar meja ni nak juga duduk tengah-tengah Ha-Neul dan Fayyadh .
Wajah Ha-Neul melihat kelakuan Safiyya yang seakan sesuatu .
"wae? neo nollass ni? '' tanya Safiyya sambil tersenyum sinis .
Ha-Neul mengangguk dan terus berdiam .
" Hmm.. are you Malaysian too ? '' Soal gadis itu padaku .
Mata Safiyya terus tajam melihat gadis itu .
Dah kenapa nak berkenalan pula .
Aku hanya mengangguk . Malas pula bersuara . Nanti tak pasal-pasal kena marah dengan Fayyadh .
Amani , Edrea dan Dean duduk di tempat kosong hadapan kami . Meja ni besar , boleh muat 20 orang . Yang ada masa tu 12 orang je . tu dah masuk kita orang lah tu .
" Awak okey tak ni ? '' Fayyadh berbisik padaku sambil tersenyum .
Aku yang sibuk menyedut jus oren milik Fayyadh tidak menyahut pertanyaannya . Malah aku hanya menolak pipinya untuk tidak melihatku .
Aku memandang kearah Amani dan yang lain . Kami hanya tersenyum .''neo nugu ni?'' Safiyya mula memainkan permainanya .
Teman-teman Ha-Neul juga terpegun dan kelihatan sedikit cuak . Mungkin mereka tahu Ha-Neul melakukan kesilapan .
" naneun geunyeoui olaen naneun geunyeoui olaen aein-ida'' jawab gadis itu yang digelar Anne .
Wajahnya yang halus serta memakai kaca mata melihatkan dia sungguh comel . Tapi comel saja tiada guna kalau suka kacau boyfriend orang.
'' Nama dia Ida ke awak ? '' soalku pada Fayyadh . Hanya itu yang aku dengar semasa dia menjawab persoalan Safiyya tadi .Fayyadh menahan tawanya .
" Anne lah awak .. bukan Ida .. '' dia hanya berbisik .
Oh baru aku faham .
" geunyeoneun nugu-inga?'' Anne bertanya pada Ha-Neul sambil tertawa manja .Ha-Neul memandang kearah Safiyya .
" She's my future wife . '' jawab Ha-Neul tenang sambil memegang kepala Safiyya .
Tersembur air yang aku minum mendengar jawapan Ha-Neul . Riuh meja itu angkara Ha-Neul .
Wajah Anne juga berubah serta merta namun masih juga tertawa hambar .
Ha-Neul tak jalan , Fayyadh pula diusiknya . Dia fikir aku tunggul .
" Dah lama ke buat kerja begini ? '' soalku tanpa mengira dia faham atau tidak .
Yang lain memandangku serius . Fayyadh juga terus memanggilku lembut .
'' neo museun soli ya?'' jawab Anne kebingungan sambil memandang kearah Fayyadh dan yang lain.
Aku menarik tangannya .
" Saya kat sini . tak payahlah nak Soli-soli sangat .. '' Marahku tiba-tiba .
Aku sudah tidak tahan hidup dengan perempuan yang suka berpura-pura .
Macam saja kami tidak tahu helahnya yang inginkan Ha-Neul lagi . Dia yang menghantar Screenshot chatnya dengan Ha-Neul semalam .
Otak udang punya perempuan .
Safiyya memberi telefonnya kepada Ha-Neul dan memintanya sendiri membaca chat Anne semalam .
"yeogiseo naga. " Ha-Neul terus meminta Anne untuk pergi .
Namun perempuan itu seakan-akan tidak faham .
" Kau pergi sekarang .. sebelum aku hempuk kau guna kerusi ! '' Safiyya terus berdiri .
Anne tidak faham namun dia juga turut berdiri .
Bukan untuk pergi tau , nak melawan .
Mentang-mentang Safiyya ni pendek . Senang-senang dia nak pukul Safiyya .
Ha-Neul berdiri namun di halang Amani dan yang lain . Mungkin juga dia tidak sedar aku dibelakangnya dari tadi .
" Kau nak pergi cara lembut ke nak aku patahkan tangan kau ni ? '' Amani bersuara sambil mengalihkan tangan Anne yang hampir sampai ke muka Safiyya .
Anne memandang kearah kami . Mujur saja tiada orang dalam cafe itu . Taklah malu sangat .
"Jebal, geuneun naleul ttaeligo sip-eo. '' Mengada Anne yang cuba meminta perhatian dari Fayyadh pula setelah Ha-Neul mengambil Safiyya untuk duduk semula .
" Eiii kau ni tak faham bahasa ke apa ? Apa kena mengena Fayadh dengan kau .. Pergilah.'' aku menolaknya seperti aku menolak Zana dulu sewaktu di pantai .
Fayyadh terus memujukku , mungkin dia tahu aku emosiku masih belum stabil sepenuhnya .
Rakan-rakan Ha-Neul membawa Anne pergi dari situ , dan mereka kembali ke cafe lagi ..
Aku hanya berdiam dan tanpa disedar dah dua gelas jus oren habis olehku .
'' mianhae. '' Safiyya bersuara sambil menangis .
Dia merasa dia telah menghuru-hara kan suasana mereka serta memalukan Ha-Neul depan rakan-rakannya yang lain .
Ha-Neul memujuknya dan menyatakan itu salahnya kerana tidak tahu Anne cuba merosakkan hubungan mereka .
Ini bukan cerita melayu , nampak perempuan lain pegang tangan boyfriend ,suami diam je .. Lepas tu nangis seorang-seorang ..
Pleaselah , ingat kita ni apa ?
'' Hmm.. dah habis dua gelas , takkan tak sejuk-sejuk lagi hati tu ..'' Sindir Fayyadh ..
Aku memandangnya dengan muka meluat .
" Dah perempuan tu nak kacau awak . Takkan saya nak biarkan .. '' aku bersuara dengan penuh emosi .
Rakan-rakan mereka hanya tertawa , dan tidak menyangka Anne tewas oleh kami .
Dalam melayani kemarahanku , mereka menceritakan yang Anne memang selalu menganggu lelaki-lelaki disini . Termasuklah Ha-Neul dan Fayyadh .
Kami bukan ganas , ataupun Queen Control . tapi kami boleh rasa perempuan yang plastik atau tak .
Dari form5 cikgu sains dah ajar beza setiap plastik kan ? Hahahaa
Kami bukan ganas , ataupun Queen Control . tapi kami boleh rasa perempuan yang plastik atau tak .
Dari form5 cikgu sains dah ajar beza setiap plastik kan ? Hahahaa
Memang ramai yang menyampah dengan Anne ni . Terutama budak sukan. Hari-hari nampak perempuan ni menggedik.
Aku memandang wajah Fayyadh .
" Nak kata handsome , tak . Tapi kenapalah ramai juga nak kat awak .. '' baru kini aku tersenyum .
Fayyadh menarik hidungku .
Aku menyangka Fayyadh akan memarahiku seperti Zana dulu sewaktu aku menolak Anne . Namun tidak , kerana dia tahu aku tidak akan bertindak sedemikian kalau tanpa sebab .
Ha-Neul pula mengajak Safiyya keluar petang itu . Mungkin ingin memujuk Safiyya . Masalah mereka sekejap saja dah settle . Tapi masalah Dean , kami tidak tahu macam mana selesaikan .Amani dan aku duduk berfikir di koridor semasa Dean dalam biliknya untuk menunaikan solat . Edrea tiada dirumah kerana ada last class petang ini.
" Apa nak jadi dengan Dean dengan Ferral tu kan ? '' Amani bersuara tiba-tiba .
Aku hanya mengangkat bahu .
Pemandangan petang itu membuatku teringat akan suasana kampung di Malaysia .
" Awak jangan risau .. Saya okey sini . '' Dean seakan bercakap dengan seseorang dari telefonnya .
aku dan Amani terpandang kearahnya . Mungkin itu Ferral .
Memang setiap hati , Ferral akan menelefonnya .
'' Kenapa Dean ? '' soalku setelah Dean menarik nafas panjang sebelum duduk bersama kami ." Ferral ajak aku lawat kubur mendiang mama dia kat Yogyakarta . '' Dean bersuara .
Sejak kecil lagi Ferral telah kehilangan ibunya , dan dia hanya tinggal bersama ibu angkatnya .
Ferral ingin membawa Dean balik ke kampung sebenarnya dimana dia akan menemui saudaranya yang sebenar .
Siapa tahu mereka mendapat restu disana .
" Bila kau nak pergi sana ? '' soal Amani pula .
Dean memandang pemandangan Seoul .
" Cuti depan. Tapi kita kan nak jalan-jalan . Lepas ni dah tak dapat nak jalan-jalan dah ..'' jawab Dean yang keliru sama ada hubungannya atau menghabiskan masa dengan kami nanti .
" Kau focus dulu dengan last exam kau , lepas tu kau pergi selesaikan masalah kau .. Takpe , kita tak jalan pun takpe , nanti kita celebrate kat rumah .. '' Jawabku yang sekaligus memujuk hati sendiri .Kesibukan masing-masing menyebabkan kurangnya masa kami bersama . Dulu , waktu malam kami diisi dengan keriuhan walaupun paginya sibuk .
Entah apa aku saja yang rasa mereka telah berubah ?
Mungkin sibuk .
'' Dean , kau jaga diri baik-baik sana tau .. Apa-apa call ..'' pesan Amani sewaktu kami menghantarnya yang akan pergi ke Yogyakarta untuk bertemu keluarga Ferral .
Amani pula akan pulang ke Malaysia esok . Edrea mengikuti makciknya ke Amerika dan mungkin akan menetap disana . Safiyya pula akan pulang ke Malaysia setelah selesai menguruskan pengislaman Ha-Neul . Tinggallah aku sendiri di disini .
Rumah kami tidak lagi seriuh dulunya . Kadang aku terbayang kenakalan Dean yang sering berlari dalam rumah , Edrea yang sentiasa bercakap seorang untuk latihan presentation , Amani yang duduk sehari suntuk depan laptopnya , Safiyya dengan dapurnya .
Siapa saja tidak rindu dengan kerjasama dan kenangan yang kami cipta bersama .Luaran kami nampak lemah, namun bila kami di ganggu kami tidak berdiam .
Itulah kami ....
Perlukah aku mencari penyewa baru dalam rumah ini ? Mampukah aku membayarnya seorang diri .
Mana mungkin aku sanggup membiarkan orang lain tinggal disini . aku sudah tidak percaya dengan rakan baru , selain ...
Safiyya , Amani , Edrea dan Deandra .. Jumpa lagi sahabatku .
No comments:
Post a Comment