Aku memandang dan membuat pilihan dengan tastenya itu .'' Sayang , pilih mana ? Pink or blue ? '' Soal Fayyadh yang begitu teruja memilih barang baby .
Aku tidak berminat .
Memandangkan aku tidak tahu ia lelaki atau perempuan , aku lebih memilih pakaian serba putih .
Putih seperti dirinya bila melihat dunia nanti .
Usianya sudah genap tujuh bulan , aku masih juga sibuk dengan kerjaya ku sebagai pelukis .
Fayyadh juga sibuk , namun dialah yang banyak punya masa dalam mencari barang baby .
'' Abang tak naklah bagi baby tidur bilik lain .. tidur je dengan kita . '' Fayyadh bersuara tiba-tiba .Bacaanku mengenai penjagaan bayi terhenti . Aku bingung dengan sikapnya yang terlalu tidak sabar dengan kehadiran ahli baru antara kami .
Selama aku hamil , aku tidak mengalami morning sickness yang teruk . Cuma teringin makan rambutan dicampur limau kasturi . Pehh sedap !
Pernah juga pukul 3 pagi aku mengajak Fayyadh mencari mee goreng mamak . Masa tu belum tahu lagi ada penumpang . Ada masa teringin makan pau dari Seoul .
Kalau muntah-muntah tu aku tidak mengalaminya . Tiada alahan dengan wangian . Cuma , Fayyadh yang setiap pagi akan muntah dan terkadang mengidam mengalahkan aku .
Kami mula tahu pasal malaikat kecil ni , masa Fayyadh dah hari-hari muntah sampai ambil MC . Dia juga suka makan asamboi . Terliur pula kalau ingat .
Masa kami tahu benda tu , kami tak teruja sangat . Sepanjang jalan kami diam . Fayyadh juga tidak langsung berkata apa-apa .
Aku pula , asyik teringat akan perkenalanku dengannya . Sekarang , aku bukan saja perlu menjaganya , namun zuriatnya juga .
'' Sayang , kita singgah makan jap .. Nak ? '' soal Fayyadh sambil memilih restoren yang tidak jauh dari tempat parkir kereta.Tanganku dipimpinnya melintas jalan .
Aku sejak akhir-akhir ni memang kurangkan makan sikit . Maklum saja berisiko kencing manis .
Aku hanya minum air Lemon Tea ice yang dipesan tadi .
Fayyadh jangan cakap , macam dah bertahun tak makan .
Tapi badannya tetap sama .
'' Assalammualaikum , '' sapa seseorang yang menghampiri kami .Aku memandangnya dan menyahut salam itu . Fayyadh juga terus berdiri dan bersalaman dengan orang tersebut .
Ya , Isyraq Sufi dan isterinya , Auni Aliya . Seorang gadis yang pernah dicintai oleh Isyraq Sufi sewaktu masih bersekolah dulu sebelum dia mengenali Farzana . wanita berpurdah yang mempunyai perwatakan lemah lembut dan sopan santun . Jauh sekali bezanya dengan Zana .
Fayyadh mempelawa mereka untuk duduk bersama . Mereka kelihatan agak mesra dan saling bertanya khabar .
'' Boy ke girl ? '' soal Auni sambil mengusap babybump ku .Aku terus tersenyum .
" Tak scan lagi . Nak bagi surprise . '' jawabku ringkas .
Fayyadh dan Isyraq memandang kerahku .
'' Kita orang belum ada baby lagi , nanti bolehlah tumpang baby ..'' Gurau Auni namun kedengaran seperti ada kesedihan .Aku memandang wajah Isyraq .
'' Tak apa bro . Lupakan benda lama , nanti aku suruh anak aku panggil kau Abuya .. '' Fayyadh menepuk bahu Isyraq .Aku memandang mata Auni , ya dia wanita yang baik.
" Awak umminya .. '' aku pula menepuk bahu Auni . dia terus memelukku seakan kami telah lama kenal .
Sungguh , bukan takdir kami untuk bersama . Dan ini kenapa kami ditemukan semula dengan status yang berbeza .
Sudah lama tidak mendengar khabar dari mereka semua . Tapi , Amani baru saja aku mendengar berita darinya bahawa dia kini telah sah menjadi isteri kepada Dae Hyeon . Siapa sangka , Dae Hyeon telah menamakan dirinya Ahmad Aswad sempena nama arwah teman lelaki Amani .Sungguh wajah mereka tidak sama , namun sikapnya sama seperti arwah Aswad .
Amani pernah menghilang dari kami semua , kerana dia kembali ke Seoul untuk membantu Dae Hyeon yang baru berjinak-jinak dalam perniagaan .
Amani juga sentiasa ada disisi Dae Hyeon , hingga ia menjadi teristimewa dihatinya .Aku tidak dapat menghadiri perkahwinan mereka . Namun Amani memahaminya .
Cukup saja aku tahu kami semua kini telah selamat bersama insan yang kami sayang .
'' Sayang cuba lukis muka abang .. Mana tahu baby keluar iras abang kan ? mesti cute . '' usik Fayyadh sambil membuat muka comelnya selalu mencuit hatiku .Aku hanya tertawa dan menconteng wajahnya dengan warna air . Comot !
'' Kalau saya beranak sekarang , abang siap ek . '' amaranku padanya kerana tidak dapat berhenti ketawa .
Fayyadh makin menggangguku .
'' Eh kenapa sayang ? tak kan nak beranak dah ? '' risau Fayyadh bila aku tiba-tiba saja mengeluh kesakitan .
Tiba-tiba saja ia berkeras . Macam nak koyak rasanya perut ni .
Fayyadh membaringkan aku ditilam dan mengurut kakiku dan mengusap babybumpku lembut .
'' Nanti baby keluar , taknak hitam macam Baba tau , sayang .. '' Fayyadh berbisik dengan baby .Pecah gelakku sekali lagi . Dah aku rasa tak lama lagi pecahlah air ketuban kalau seharian layan suami macam ni .
Aku mengusap rambut Fayyadh yang berbaring di ribaku .
'' Saya sayang abang.. '' jarang tau cakap benda ni .Fayyadh yang tadiku sangka tidur , rupanya masih terjaga .
'' Abang pun sayang sayang .'' dia terus mengusap pipiku yang selalu dicubitnya .
Semoga berkekalan jodoh kita .
Yadh , bini kau kat Labour room dah ..Message yang diterima Fayyadh dari abangku . Sejak malam tadi dia memang dah keras dan berkekalan sampai ke sekarang .
Dalam Labour room pun doctor tunggu lagi benda tu terbuka .
Sakit macam nak tercabut nyawa ni Allah saja tahu .
'' Eee sayang ni , kenapa tak bagitahu abang sayang dah nak bersalin semalam ? '' Risau Fayyadh yang bergegas ke Hospital dan terus mendapat keizinan untuk menemaniku .Sakit pun dapat juga aku tertawa melihatnya .
" Abang ada bawa tak beg baby ? Saya tak sempat nak cari tadi . '' soalku sambil mengusap rambutnya yang serabut .
Dia hanya mengangguk .
" Abang dah prepare sedia dalam kereta sejak bulan lepas . '' Nampak tidak semangatnya dia ni .
Jururawat yang menemaniku dari tadi turut tertawa .
'' Patutlah Puan awal seminggu dari due . Kelakar pula suami puan ni . '' Usik jururawat muda seakan jururawat praktikal .Fayyadh hanya tersenyum kambing sambil menaikkan keningnya .
Aku menarik telinganya .
" Kalau saya mati , awak jaga baby . Jangan kahwin lain . '' bisikku dengan nada dingin .
Time-time nak terkoyak ni lah jururawat tu nak mengusik laki aku .
Masa nak meneran tu , kau cuma ingat satu benda . Kau stop anak kau lemas . Jadi kau kena struggle sampai kepala baby tu doktor tarik .Masa tu nak teriak pun segan , jururawat bukan dua tiga orang je . Fayyadhlah yang menjadi mangsa ku berpaut . Dah habis serabut rambutnya aku tarik-tarik . Gila tak sakit !
" Sayang , maafkan abang . '' hanya itu aku sempat dengar dari Fayyadh sewaktu doktor memintaku menghabiskan tenaga bagi teranan terakhir .
Hilang segala kesakitan bila dengar suara malaikat kecil kami .
Ya Allah , Inikah perasaan seorang ibu ?
Its baby girl . SubhanaAllah . Hati isteri mana yang tidak luluh melihat suami mengiqamatkan anaknya .
Tangan Fayyadh kemas merangkul tubuh kecil itu . Aku tidak lagi merasa apa-apa selain bahagia bersama keluarga kecilku .
'' Sayang , abang nak bagi nama baby boleh ? '' Fayyadh duduk disisiku .Aku membenarkannya . Jangan saja dia namakan anak kami yang bukan-bukan .
''Dhia Ar-Yasmin Athirah Binti Muhammad Fayyadh Zayn .. okey tak ? '' dia begitu tenang memberikan nama itu.
Aku tidak membantah dan suka akan nama itu .
Dalam pantang ni emosi kena jaga . nasib saja Fayyadh seorang suami yang memahami . Walaupun aku kadang memarahinya dia tetap sabar dan tidak melenting .Yasmin juga tidak mempunyai masalah kuning . Fayyadh balik saja dari kerja , Yasmin orang pertama dicarinya . Macamlah Yasmin tu reti keluar rumah .
Aku sejak habis berpantang , aku tidak keluar rumah dan akan menghabiskan masa ku dirumah .
Galeri seniku dijaga oleh pembantu ku , Maisara.
Aku mendapat ilham dan dapat menghayati lukisanku bila melihat wajah Yasmin .
'' Sayang , nanti Yasmin dah besar kita jalan-jalan nak ? '' ajak Fayyadh semasa kami berjaga melayan karenah Yasmin .Aku kebingungan sambil melipat kain yang berselerak angkara kelam kabut tadi . Maklum saja , ini anak pertama . Masing-masing belum ada pengalaman . Yasmin kini banyak ragamnya sejak genap usia 8 bulan . Cepatkan masa berlalu .
" Pergi mana ? '' soalku . Fayyadh hanya tersenyum manis .
Haa . tulah pengikatnya .
Aku rasa macam nak tercabut dagu ni berkali-kali menguap .
Fayyadh yang sanggup mendukung Yasmin, kerana dia tidak ingin tidur di tilam .
'' Yasmin , tidurlah nak . Baba ngantuk dah .. '' Fayyadh tidak pernah mengeluh kerana baginya Yasmin adalah rezeki paling berharga baginya .Yasmin biasanya tidur selepas subuh . Kadang Fayyadh akan terus ke sekolah seawal 6 pagi . Takut terlajak tidur katanya .
Sudah lama aku tidak berjalan-jalan sejak adaYasmin . Fayyadh tadi bukan saja membawa sebakul makanan , malah satu beg baju dia bawa .
Aku hanya mengikutinya , namun setelah Yasmin tidur , aku juga turut terlelap .
'' Sayang , bangunlah . Dah sampai ni .. '' Fayyadh mengejutkan aku dari lena .
Lama juga Yasmin tidur . confirm malam ni berjaga .
Aku melihat sekelilingku , sepertinya aku kenal tempat ini .
Aku turun sambil mendukung Yasmin , bidadari kami .
'' Assalammualaikum Mama Yasmin .. '' Sapa seseorang dari belakangku .Aku terus menjerit . Airmataku tidak tertahan .
Lama aku tidak menemui mereka yang ada jatuh bangunku .
'' Wei , dah makin gemuk kau ni .. '' Edrea memelukku erat .Aku tidak mampu berkata . Fayyadh terus mengambil Yasmin dan memberi kami berlima berpelukan .
'' Kau orang pergi mana wei ? senyap macam tu je .. '' aku bersuara .
Aku sungguh rindu pada mereka .
'' Kita orang ada kat sini dengan kau .. '' jawab Safiyya .Sempat juga aku memandang yang lain . Dah bertambah warga kami . Edrea juga kini menjadi Mommy yang berjaya . Anaknya Matthew Fe Lee kelihatan salin tak tumpah dari wajah Noah waktu mula-mula kami mengenalinya .
'' Itu barulah boleh cakap , Daddy junior . '' Edrea melirik mata kearah Noah .
Mataku terpandang kearah Dean yang aku kenali sebagai wanita paling tabah . Banyak masalahnya namun tetap ceria . Rezeki kahwin kat Yogyakarta kot , dapat pakej kembar yang comel . Yang awal sepuluh minit lahir , diberi nama Rahmatul Bari'ah, yang adiknya pula Rahmatul Bashirah . Unik kan ?
" Aku sih suka banget nama itu , kayanya aku seperti di arab gitu loh .. '' Ferral bersuara setelah kami memuji nama anak-anaknya .
Dean memandangnya dengan tajam .
" Nanti anak-anak susah tulis nama , salah awak okey ? '' Dean tidak ubah dari dulu .
Asyik cari pasal saja kerja . Namun kebaikan dan keikhlasannya itu telah membuat Ferral kekal bersamanya .
Seorang lagi yang bernikah sebulan awal dariku . Makin cantik .
Safiyya dan Ha-Neul yang menetap lama di Seoul selepas bernikah disini .
Anak mereka sangat aktif hingga kelihatan lebih tua dari Matthew .
Ha-Neul memberikan nama yang disimpannya dari dulu sebelum memasuki Islam .
Shayyidah Mardhiah .
" Husband aku suka nama Shayyidah tu , aku tambahlah Mardhiah bagi panjang sikit ..'' sambil memukul manja di lengan Ha-Neul .
Kami hanya tertawa dengan aksi mereka .
Siapa lagi yang tidak ingat dengan wanita yang pernah kehilangan teman lelakinya ? kini sudah mempunyai cahaya mata wanita yang baru berusia 3 bulan . Memang comel seperti Amani dan Dae Hyeon .
Namanya juga sangat unik iaitu Ainnur Arasyfa .
" Laki aku tak dapat sebut nama tu , tapi aku suka .'' Amani masih seperti dulu , masih nakal walaupun dah jadi mak orang .
'' Lepas ni kita pergi Seoul nak ? '' cadang Ha-Neul .Hampir setahun kami tidak bertemu , kali ini sudah bersama keluarga masing-masing . Kami bermalam di kampung dimana tempat kami pernah bermain dulu . Sewaktu aku masih menjadi tunangan orang .
Safiyya yang dulu-dulu setuju . Dah nama bini kenalah support laki .
Kami setuju dan merancang hujung tahun ini , kerana bersamaan cuti sekolah . Fayyadh senanglah.
Malam sebelum flight , aku benar-benar memastikan barang lengkap . Kalau aku saja tidak mengapa , kalau Yasmin?'' Sayang , Nanti kita ajak Yasmin pergi Nami nak ? '' Fayyadh yang sibuk bermain dengan Yasmin sempat juga mengutarakan pendapatnya .
Aku hanya bersetuju .
'' Dulu pergi sana seorang diri wei , sekarang dah bereempat . '' Dean yang seakan tidak percaya perubahan hidupnya .Aku juga terfikir benda sama .
" Kau je empat Dean , kami semua tiga .. '' Safiyya masih juga suka menyakat Dean .
Kami hanya tertawa sementara menanti penerbangan kami .
Rumah yang pernah kami diami tiada penghuninya . Kami mengambil keputusan untuk tinggal disana .
" Rumah ni aku dan HaNeul selalu datang .. Lepas rindu kat kau orang . '' Safiyya menjaga rumah ini seperti rumahnya .Dia sanggup membuang duit hanya untuk menyewa rumah ini , namun tidak tinggal disini .
Rumah yang dipenuhi kenangan .
'' Tempat ni lah baba pujuk mama sebab pekasam tau Yasmin .. '' Fayyadh terus mendakapku dari belakang . Yasmin tidur dalam pangkuanku .Aku hanya tertawa mengingati kejadian itu .
'' Tempat ni juga tempat mama lepas rindu kat baba .. '' Aku terus merenung matanya .Dia mencium dahiku dan memelukku . Angin Seoul yang aku rindui .
Aku terasa tenang dan bahagia disamping suamiku yang aku tidak pernah akan kehadirannya .
'' Tak payah nak Winter Sonata sangatlah kau orang ... '' Safiyya menyakat kami yang baru saja nak romantik .Safiyya memasak mee goreng mamak sama seperti waktu aku mengidam dulu .
Yasmin dari sampai sini asyik tidur je . Rugi bidadari ni tak nampak salji turun .
Petang itu , kami ke Pulau Nami . Sana memang sejuk teramat .Fayyadh yang mendukung Yasmin yang siap berpakaian serba pink .
Dia tak banyak ragam , macam tahu-tahu saja baba dan mamanya nak imbas kenangan .
Aku dan Yasmin sibuk membina orang salji . Yasmin kelihatan gembira dan tidak kekok duduk di atas salji . Begitu juga anak-anak mereka , Apalagi Mardhiah dan Arsyfa , memang lahir je kat Seoul dah .
Kalau anak aku , Edrea dan Dean lahir sejuk aircond je . Dia orang semua seakan biasa dalam salji , mungkin sebab mak bapak dia orang ni yang dah tak boleh move on dari salji ? hahahaha
Bukk !seketul salji dibaling kearah kepalaku . Aku melihat sekelilingku .
Fayyadh sedang melambai-lambai tangannya .
Dia sengaja mengulangi kejadian itu , namun kini versi bersama anak .
Malam tu babies tidur awal . Termasuk Yasmin yang sukar nak tidur awal .Mungkin penat .
Fayyadh mengajakku untuk pergi keluar . Mulanya aku enggan kerana Yasmin sedang tidur . Namun Safiyya menawarkan diri untuk menjaga Yasmin .
'' Kau orang tu dah lama tak pergi tembok cinta tu .. '' Sindir Safiyya sambil mengelap pinggan .Dean dan Ferral berperang mulut hanya disebabkan esok nak pakai baju warna apa . Pasti saja Ferral akan kalah .
Edrea walau dimanapun berada , walaupun ribut melanda , dia tidak akan meninggalkan kerjanya . Dia akan turun padang juga walaupun Matthew ni tak nak berlepas . Maklumlah , fulltime breastfeeding kan .
Sampaikan bercuti pun dia masih dengan kerjanya . Tapi , kalau dah namanya cuti dia akan tutup telefonnya dan akan on semula bila free macam sekarang .
Percaya tak ? Amani masih dengan kdramanya . Tapi kali ni dia bawa geng .Tak perlu subtitle dah, oppa ada depan mata tolong translate . Aku rasa lucu bila melihat Dae Hyeon yang mendodoi Arsyfa dan mereka berdua hanya duduk atas tilam nipis sambil menonton kdrama .
Dulu Dean yang lari-lari dalam rumah ni , sekarang anak-anaknya . Bari'ah dan Bashirah . Comel bila melihat mereka berlarian dan tiba-tiba saja tidur .'' By , anak dah tidur tu .. angkat bagi letak sini .. '' Dean mengarah Ferral untuk memindahkan kembar mereka ke dalam bilik .
Safiyya juga sentiasa di dapur , kadang Ha-Neul membawa babyseat Mardhiah ke dapur bila dia ada kerja . Aku rasa Mardhiah pun akan pandai masak macam ibu dia .
'' Dah dahlah sayang berangan tu .. ''Fayyadh mengajakku pergi sebelum Yasmin terjaga .Kami hanya berjalan kaki dan saling berpimpin tangan . Dulu kawan, sekarang suami .
Dia membeli pau yang pernah aku idami dulu .
'' Abang , thanks sebab terima baik buruk saya , terima kekurangan saya , terima family saya , dan terima diri saya seadanya . Saya mungkin tak boleh jadi isteri solehah untuk abang , tapi saya cuba jadi yang terbaik dalam hati abang .. '' Aku meluahkan segalanya bersaksikan lautan dan tembok cinta kami dulu .Fayyadh menggegam tanganku lalu meletakkan di dadanya .
"Its yours sayang . Awak dah banyak berkorban untuk saya . Awak bukan setakat beri saya hati awak , tapi awak beri saya Dhia Ar-Yasmin Athirah . Saya minta maaf kalau selama ni saya tak faham keadaan awak . '' Aku mula menangis bila mendengar luahan hatinya .
Ya Allah ,Sungguh indah jalan cerita hidupku . Engkau hadirkan banyak insan namun kau tetapkan Fayyadh Zayn sebagai pemimpinku ke syurgamu . Engkau anugerahkan aku sahabat-sahabat yang menyayangiku . Engkau berikan aku bidadari kecil yang menceriakan hariku dan suamiku . Engkau panjangkan umur usia bonda dan ibu mertuaku untuk melihat cucu mereka .
Aku wanita biasa . Yang banyak kekurangan walaupun dalam fantasi atau realiti . Namun apa yang aku ada Realiti , ada dalam Fantasi . Tapi apa yang ada dalam Fantasi , aku tiada dalam Realiti .
Terima kasih Ya Allah , untuk pinjaman sementara ini . Terima kasih Fayyadh Zayn ,kau membantu aku dalam mencari makna sebenar cinta dalam realiti .
Terima kasih untuk CRUSH DARI SEOUL ❤
SILENT TEARS HIDE LOUDEST PAIN , BE BRAVE ENOUGH - Deandra
THIS GIRL HAVE TWO CHARACTERS . BAD AND GOOD? WHICH ONE YOU PREFER -Edrea
HUMAROUS AND CARING . ALWAYS WITH PERSON WHO NEED A MOTIVATION - Safiyya
ONE OF THE KIND , MATURE AND CUTE . - Amani
FIRST TIME , I WILL LET IT, BUT NOW FACE ME FIRST - Arfa Hijanah
No comments:
Post a Comment