SEOUL , telah merubah sedikit demi sedikit kehidupanku setelah hampir dua minggu disini .aku juga perlu sesuaikan diri dengan suasana kampus baru , rakan baru dan rumah baru .
Oh ya . hampir aku terlupa , aku kini tidak lagi menginap berkongsi biik dengan orang lain . Bonda telah memilih sebuah rumah yang akan di diami oleh lima orang termasuk aku .Bonda inginkan yang terbaik untukku . Oleh itu , dia meminta abang ku untuk mengurus tempat penginapanku disini .
Rumah ini menyediakan 5 buah bilik , dan ruang tamunya juga agak luas . Pemandangan dari koridor depan pula sangat menarik kerana aku dapat melihat seluruh Seoul . Senang cerita , ia sebuah apartment .
Disini , aku mempunyai empat orang rakan yang semuanya berasal dari Malaysia . Safiyya , atau lebih dikenali Peeya gadis yang mempunyai ketinggian comel namun sangat matang dalam berfikir . Dia boleh dianggap senior dalam rumah ini . Bonda mendapat tahu tentang rumah ini melalui websitenya yang tular di Malaysia . Mungkin rezekiku kerana terpilih untuk duduk sebumbung dengannya.
Tidak lupa juga Amani . Dia merupakan tertua antara kami semua . Amani seorang yang sangat memahami . Dia mengambil bidang kecantikan di U yang sama denganku . Amani dan Safiyya merupakan rakan sejak sekolah menengah , namun mereka terpisah seketika kerana Amani pulang ke Labuan bersama arwah ibunya.
Edrea , seorang yang sentiasa memberi sokongan kepadaku walaupun baru dua minggu bersama. Dia akan menghabiskan masanya untuk duduk dalam bilikku berjam-jam hanya untuk mendengar masalahku.
Tubuhnya yang kecil molek memudahkanku untuk membulinya .
Walaupun kami berbeza agama , namun dia tetap menghormati agama kami , begitu juga sebaliknya.
Dalam masa dua minggu disini , Aku dan Dean sering menemani Edrea ke gereja . Kami hanya menunggunya di tangga depan sambil menghirup segelas Coffee Mcdonald .
Dean atau nama sebenarnya Deandra seorang yang sangat hyper .Hanya dia yang sanggup berlari ke kedai untuk membeli makanan , walaupun waktu malam dan bersalji .
Mungkin itu sifatnya yang menjadi pelengkap kami di rumah .
Setiap kali pergi kuliah , kami akan menaiki bas kerana jarak rumah kami dan University Of Seoul tidaklah jauh sangat .
Hari ini , kami mengenakan pakaian tradisional melayu .Kami memakai baju kurung yang kami tempah sama dari butik online di Instagram .
Amani dan Peeya mengambil bidang kecantikan , memandangkan mereka sangat gemar dan pakar dalam penjagaan kulit . Mereka juga berniat untuk membuka salon mereka sendiri di Malaysia kelak.
Jangan dipandang sebelah mata , Dean yang Hyper itu mengambil bidang Graphic Designer . Dia sangat mahir dalam menyunting video dan mengambil gambar .
Edrea mengambil bidang Civil Engeenering sama seperti Zana dan Rhania . Oleh itu , Edrea mengenali Zana dan Isyraq ketika mereka menghadiri lawatan ke Seoul .
Manakala aku , aku masih dengan minatku dalam seni halus . Oleh itu aku mengambil bidang Graphic Arts . Demi melupakan semua yang terjadi Daejeon setahun lepas , aku rela menambah lagi setahun ku disini kerana menukar bidang lamaku ke bidang baru .
'' Kau orang , minggu ni Semester Break tahu . Jom pergi bercuti kat Pulau Nami .."cadang Amani .Kami yang sedang sibuk menyiapkan assignment berpandangan sesama sendiri.
Cadangan yang menarik bagiku .
Manalah tahu ada rezeki jumpa Lee Min Ho ke .... hehehe
'' Aku order tiket bas kejap .. '' sergah Safiyya yang bergegas mengambil komputer ribanya.
" First class tahu ..'' Edrea yang tadi tidak bersuara akhirnya bersuara . Mungkin dia juga ingin melepaskan stressnya di Pulau Nami .
Kami hanya tertawa dan bercerita membayangkan suasana pulau Nami .
Mungkin seindah cerita Winter Sonata ?
Sekitar 5 pagi , kami semua keletihan kerana rushing menyiapkan kerja untuk percutian Semester Break ini .
Apa tidaknya , semester break ini hanya berlaku sekali setahun .Itupun kalau ada , jarang tahu terjadi . So , gunakan sebaik mungkin cuti ini.
'' Dean , kau rajin tak ? '' soal Safiyya pada Dean yang sibuk memasukkan kainnya ke dalam beg .
Dean merenungnya dan hanya menaikkan kening tanda bertanya .
" Ni haa , kita nak makan apa kat sana ? Makanan dah habis ni .. " Jawab Safiyya yang sibuk mengumpul makanan dari dapur .
" Laaa , yang kau tengah masukkan dalam beg tu apa ? Tong gas ? ''Balas Dean lagi sambil tertawa .
Safiyya membuka mulut beg itu dan melihatkan ke dalamnya .
'' Tak cukuplah .. Kau pergilah kedai dulu . '' rayu Safiyya .
Dean hanya memekakkan telinganya . mungkin kali ini dia agak malas untuk turun ke bawah . Apatah lagi dia sibuk dengan barang-barangnya .
" Meh sinilah aku beli .kau orang nak apa ?'' soalku yang sedang menyarungkan baju sejuk ke tubuh.
Mereka semua memandang kearahku .
" Kau jalan dengan siapa ? '' soal Amani sambil membaiki kacamatanya .
Aku hanya tersenyum dan menunjuk arah kakiku .
" Kau baru lagi kat sini .. kau berani ke ? Dah sepatah haram kau tak tahu cakap .." Sergah Edrea yang sedang menikmati kopinya .
Mungkin dia risau sebabnya aku walaupun sudah setahun disini , aku amat sukar untuk mengkap percakapan mereka ,
kalau setakat Saranghae tahu lah .
Kalau benda tu aku cakap dengan cashier tak kena hempuk dengan selipar ? Tak sempat ke Nami .
'' Aku okeylah . kau orang jangan risaulah..'' jelasku sambil melangkah keluar .
aku hanya mengena Tshirt berwarna putih didalam dan seluar yang longgar . Cuaca disini memang sejuk , dan sedang musim salji.
Selesai memberi barang yang dikirim mereka tadi , pandanganku tertumpu pada seorang bayi yang sedang tidur dipangkuan ayahnya .Umayrah apa khabar ya sekarang ....
Tetiba aku teringat akan Umayrah . Mungkin dia sudah lupa padaku .
Aku menarik nafas panjang dan bergegas pulang ke rumah .
" Alhamdulillah sampai pun kau ..'' Sergah Safiyya yang belum selesai mengemas barang dapur yang hendak di bawa.
Aku hanya tertawa melihat gelagat mereka . Jauh bezanya sewaktu aku tinggal bersama Zana dan Rhania .
'' Semua dah siap?'' soal Amani .Kami hanya mengangguk . Safiyya dan bekas makanannya sukar dipisahkan . Mungkin itu adalah dirinya yang akan membawa makanan bila berjalan jauh .
kami menaiki Limousine Shuttle Bus dari Seoul ke Pulau Nami , dan ianya memakan masa selama sejam setengah hingga dua jam.
Sepanjang dalam bas , Dean merakam sekitar keindahan tempat ini . Sedangkan disini sudah menarik ,inikan pula di Pulau Nami.
Sebelum pergi ke Pulau Nami dengan menaiki bas sekali lagi , kami mengambil keputusan untuk berehat sekejap di hotel yang kami sewa melalui aplikasi Traveloka .
Hotelnya teramat sejuk walaupun tiada aircond mahupun kipas . Jendelanya juga tertutup rapat .
" Kaki aku macam nak kejang wei ..'' kata Dean yang sudah berada dalam selimut .
Kami hanya tertawa ,namun tidak Safiyya .
'' Okeylah tu , dapat juga kau duduk diam kejap.. '' sindirnya lagi .
Apa tidak kejang , kalau dari tiba disini , Dean sudah mula berlari .
Sekitar jam3 petang kami bersiap-siap untuk pergi ke Pulau Nami. Aku hanya memakai tudung bawal hitamku dan baju sejukku .
Begit juga mereka , kalau nak keras tak payah pakai . Hahahaha
'' Cantiknyaaaa ....' Jerit kami serentak .jujur ! ia seakan memberi bayangan kdrama Winter Sonata .
Seakan dapat kami rasakan keindahan dan keromantikan disini .
" Kenapalah aku single ..'' Soalku sambil membulatkan salji untuk membina Olaf .
Mereka hanya tertawa kerana hanya aku yang tidak punya teman lelaki . Aku pasrah !
Pokkk!
seketul salji di baling ke arah kepalaku .
aku melihat sekelilingku , seorang lelaki yang menutup wajahnya dan bermata bulat dari kejauhan menunjukkan tangan sebagai tanda meminta maaf .
Aku hanya tersenyum dan hanya mengangkat tangan , mungkin dia tidak sengaja .
" Keras juga salji ni..." bisikku dalam hati .
Safiyya dan Amani mendirikan orang salji yang besar , manakala Dean dan Edrea sibuk berphotoshoot disebalik pokok-pokok yang unik itu .
setelah sejam berada disini , kami mengambil keputusan untuk pergi ke dalam Cafe yang tidak jauh dari situ .
" Miss , someone give you this .'' sergah seorang kanak-kanak korea lelaki yang datang memberikan sekeping kertas .
Belum sempat aku bertanya kanak-kanak itu telahpun pergi .
I'm sorry for the incident , Miss .
Mungkin lelaki tadi takut aku mengalami kecederaan . Aku hanya menyimpan kertas tersebut dalam beg dan terus menikmati keindahan Nami .
Kami hanya menghabiskan 3 hari cuti disini kerana aku terpaksa kembali ke kampus esok hari .
Mungkin nasibku yang tidak mempunyai rezeki untuk sem break bersama mereka .
Aku harus menghadiri Kursus seni halus yang diadakan di Library Universiti kami . Ini adalah kali pertamaku pergi ke tempat ini .
Aku buka sahaja pintu perpustakaan , terpegun aku melihatnya . Buku yang aku anggarkan beribu jumlahnya .
Aku meletakkan peralatanku dan duduk dengan keadaan yang sedikit jakun.
Sepanjang kursus aku menumpukan perhatianku sepenuhnya .
Aku hanya dapat gambarkan suasana Pulau Nami ketika itu . Maka , itulah yang cuba aku hasilkan dalam karya pertamaku disini.
Aku jangkakan lebih dari 50 orang yang hadir dalam kursus ini . Aku yang tidak tahu tentang kampus ini hanya mengikuti mereka di depanku .
GEDEBUK !
Aku dilanggar oleh seorang mamat korea yang tinggi . Dia hanya memandangku .
Aku cuba berdiri , namun malang tidak berbau . kakiku tersadung di anak tangga dan menyebabkan aku terjatuh . Mujur saja hanya 5 anak tangga .
Kalau tidak , pastinya tulangku patah .
" Are you alright? '' tegur seseorang yang tidak menyentuhku namun membantuku untuk mengemas barang yang berselerak .
"My foot hurts .." jawabku sambil memegang kakiku .
Dia cuba memegang kakiku namun cepat-cepat aku alihkan .
Dia memandang ke arah tanda namaku ,
'' Awak orang Malaysia ?'' soalnya sambil tersenyum .
aku hanya mengangguk sambil menahan kesakitan .
" Meh sini saya tolong awak .. Jangan risau , saya just nak tolong ..'' katanya lagi .
Dia menarik kakiku sekuat hati , entah kenapa rasa seakan nyawaku bakal terhenti disini .
'' Jom saya bawa awak ke klinik ..''
aku cuba menolak namun apakan dayaku , rakan-rakan korea nya datang membantuku .
Pelik , mereka menggendongku seakan aku ini lebih ringan dari tong gas .
Kaki ku cedera dan perlu berehat seketika . Namun aku tidak mampu berdiam diri .
Aku gagahi diriku untuk pergi ke kuliah walaupun bertongkat .
Dari kejauhan aku dapat melihat susuk tubuh yang telah membantuku . Dia sedang bermain bola sepak . Mungkin seorang atlet atau itu hanya hobinya .
Bila dia lalu di hadapanku aku beranikan diri untuk memanggilnya .
" Hai ..'' sapaku .
Dia merenungku dan membalas sapaanku .
Dia yang berpeluh meminta izin untuk menukar baju dan akan kembali lagi .
" Hai awak . Sorang je ?'' soalnya lagi .
Aku melihat kiri kananku .
" Hmm .. maybe , tak tahulah kalau saya kawan lain ..'' jawabku bernada sinis .
Dia hanya tertawa . Dia memang seorang yang murah senyuman .
'' Awak thanks sebab tolong saya hari tu ..'' aku mulakan cerita dan hasrat sebenarku .
dia hanya tersenyum dan menongkat tangannya sebelah ke dagu .
'' sama-sama awak .. tempat tu memang bahaya sikit , tangga licin .'' jawabnya dengan nada suara yang lembut .
Aku terikut senyum melihatnya .
" Apa nama awak?'' tanyaku secara tiba-tiba . Entah , kenapa pula aku tanya .
Dia mengerutkan dahi mungkin kebingungan . Tapi senyumannya tidak lekang dari bibir .
" Kenapa awak tanya ? awak dah suka kita ke? '' Soalnya lagi .
Malu rasanya , takkan secepat itu aku jatuh hati .?
Aku hanya menjelirkan lidah kearahnya , dan berpaling kearah lain .
Dia hanya tertawa . Dia kelihatan macho dengan rambut yang tersusun rapi dan senyuman yang manis . Badan yang tidak gemuk tidak kurus . Standard bagi seorang lelaki lingkungan 19 tahun .
Walaupun dia telah dua tahun di sini , namun kulitnya tetap gelap . Mungkin sebab dia terlalu berjemur ketika latihan bola sepak .
Maklum saja pelajar bidang sains sukan .
" Nama saya Fayyadh Zayn " .jawabnya tiba-tiba sambil memandangku serius .
Entah kenapa berderau darah ku terasa .
kenapa dia ni ....
Aku cuba berpura-pura tenang . Dia hanya memandangku lalu tersenyum lagi .
'' Awak Arfa kan ?'' soalnya secara tiba-tiba.
Aku melihatnya .
" Eh , macammana awak tahu ? '' soalku sambil menunding jari .
Besar matanya melihat aksiku .
'' Saya yang daftarkan awak kat klinik hari tu ..'' jelasnya .
Baru aku teringat , matrik kad ku ada padanya .
Dia juga menghulurkan kad itu kepadaku .
Aku berdiam diri dan melihat jam tanganku . Sudah enam suku .
aku bergegas pulang ke rumah . Risau nanti mereka jika aku belum pulang dalam keadaan begini .
Fayyadh menawarkan diri untuk menghantarku pulang , namun aku menolaknya .
Dia memahaminya dan tidak memaksa .
Dia hanya menemaniku di perhentian bas sebelum dia kembali untuk latihannya .
" Awak , jaga diri tahu ..'' jeritnya dari perhentian bas ketika aku sudah duduk di dalam bas .
Aku yang duduk di tepi tingkap hanya tertawa melihat kelakuannya .
'' Awakkk .. '' jeritnya lagi , aku menoleh kearahnya dan dia sedang menghulurkan sesuatu .
aku mengeluarkan tangan dari tingkap bas dan cuba menggapainya . Mujur bas ini belum laju .
Dia memberi sekeping kertas kecil ,
Awak jangan lupa makan ubat tahu .. Kalau ada apa-apa number phone saya ada kat matriks kad awak .😊
Aku cepat-cepat membelek matriks kad ku . Tertulis disitu , Fayyadh Zayn .
Aku hanya tersenyum jika mengingati gelagatnya tadi .
" Fayyadh striker tu ? '' soal Amani setelah aku menceritakan pada mereka .aku hanya mengangkat bahu . aku tidak tahu dimana kedudukan Fayyadh ketika dalam padang .
Mereka saling bersoal jawab .
" Budak tu baik wei .. Tak pernah marah ..senyum je kerjanya'' sergah Edrea lagi .
Aku hanya tertawa dan mengiyakan saja mereka .
'' Tapi dia comelkan ? aku bersuara sambil melihat kertas kecil tadi .
mereka berpaling ke arah ku .
"Adakah Arfa Hijanah telah jatuh hati ? riuh rumah kami malam itu hanya kerana Fayyadh Zayn .
Aku hanya menafikan kata mereka . Takut rasanya untuk menyimpan perasaan lagi .
Sewaktu kami semua berkumpul di ruangan depan kampus , Fayyadh lalu sambil membetulkan rambutnya . Entah kenapa dia kelihatan sangat kemas dengan memakai kemeja berlengan panjang berwarna pink dan dilipat paras lengan dan seluar slack berwarna hitam .Mungkin setelah sebulan lebih disini , dan sering aku melihatnya lalu dihadapanku , aku semakin berminat padanya . Senyumannya sangat memikat .
Perlukah aku message dia ? soalku pada diri sendiri .
Ketika aku sendirian ke kuliah , aku tersempak dengan Fayyadh . Bimbang nanti aku tak dapat kawal jika melihatnya senyum . Lemah !
Aku hanya mengendapnya disebalik bunga-bunga , namun tidak kelihatan .
Aku menarik nafas panjang lega dan menoleh ke belakang semula .
" Dah lama ke buat perangai macam ni? '' soalnya sambil tersenyum .
Aku membetulkan tudung ku yang terkena ranting bunga itu .
" Awak tadi ... sanaa , sini ..'' gagap aku dibuatnya bila tiba-tiba saja dia berada di belakangku .
Dia menarik tanganku yang berlapik sarung tangan ..
" Aa .. aa .. apa ? '' sindirnya lagi sambil tertawa .
Aku seakan batu bila di tarik begitu saja .
'' meh sini .. tengok muka saya puas-puas kalau rindu .. saya izinkan .'' katanya lagi sambil memejamkan matanya .
Aku hanya mengeras dihadapannya .
Berdegup kencang jantung ku dibuatnya .
Dia ketawa bila melihat aku tidak bergerak ,
" Saya dah bagi nombor kan ? kenapa tak call ke message ke ? Ni nak juga mengendap saya ..'' terangnya .
Aku beranikan diri ku untuk berganjak satu langkah .
" Saya tak nak call ...'' hanya itu aku mampu katakan sambil tunduk ke bawa.
Dia memegang rambutnya dan mengambil telefon ku .
Sudahlah telefonku tidak hanya di Swipe dah terbuka .
'' Okay dah . lepas ni jangan hendap-hendap lagi tau awak ..'' dia menggoncangkan kepalaku .
suka hati dia saja buat aku macam tu .
Aku terus pergi dari situ sambil diperhati olehnya .
Ya Allah , kenapa hati aku ini? Nak tercabut ke ? Bondaa ..Apa ni ? takkanlah Arfa dah ................
No comments:
Post a Comment