Monday, 8 January 2018

Part 6

Aku membuka tirai jendela ruangan bilikku . Entah kenapa tiba-tiba saja aku rindu pada housemates ku yang jauh di sana .
Aku membuka komputer ribaku yang terletak kemas di meja belajar ku sewaktu tingkatan 5 dulu .
Aku tahu waktu sekarang Amani sibuk melayan Kdrama nya .
Aku memanggilnya melalui Skype .
'' Arfa , kita orang rindu kaulah .. "  wajah mereka terpampang jelas di skrin komputer ribaku . Mungkin mereka memang sudah lama panggilan dariku .
Aku rindu melihat gelagat mereka yang sentiasa menceriakan hari-hariku .
" Kau orang okey tak sana ?'' soalku sambil menyentuh wajah mereka dari skrin .

Mereka berebut untuk berbual denganku , hingga kadang sempat juga mereka saling menyakat .
" Kau balik sini nanti , bawakan aku pekasam Perlis ye ..'' jerit Safiyya . 
aku kebingungan seketika.
Mana nak cari ?
'' Kau order lah pekasam dari Newzealand .." Sindir Dean . Maklumlah , Safiyya seorang yang sangat mudah terpengaruh dengan barang online . Kalau boleh semua dia nak beli tanpa pergi ke kedai . Senang cerita , Semua di hujung jari .
Walaupun dikejauhan , aku tetap terhibur dengan gelagat mereka . Aku tidak dapat berbual lama dengan mereka , kerana perlu bersiap untuk menghadiri majlis perkahwinan  abang sepupuku di Kuala Kangsar .

 Aku hanya mengenakan baju kurung asli berwakta coklat muda dan tudung bawal kegemaranku berwarna hitam . Hitam memang sudah sebati dengan kulitku yang tidak cerah ini .

Aku seorang yang sukar bergaul , apatah lagi memang ditakdirkan aku tidak rapat dengan saudara maraku yang lain .
Aku hanya duduk bersendirian di belakang untuk membantu ibu saudaraku membasuh pinggan mangkuk yang digunakan .
'' Dah lama ke balik Malaysia ?'' tanya salah seorang ibu saudaraku .
aku tidak tahu darimana agaknya dia tahu bahawa selama ini aku bukan di Malaysia .
 " 3 hari lepas makcik . Sabtu ni InsyaAllah balik sana lagi .." Jawabku .
Mereka hanya mengangguk dan mulalah meramal-ramal cara hidup di sana .
" Makcik , pinggan ni nak letak mana ? '' Seakan aku mengenali suara itu .
Aku memberanikan diri menoleh belakang . FAYYADH !
Aku cepat-cepat menoleh kembali ke pinggan di hadapanku .
 " Weii , awak buat apa sini ? '' soalan itu seakan dituju kepadaku .
Aku memandang atas . Ya , benar . Itu Fayyadh yang sentiasa tersenyum .
Aku hanya membalas senyumannya . Entah kenapa terasa malu tiba-tiba .

" Eh Yadh kenal ke ? ini rombongan belah lelaki haa .. '' Jawab makcik Onion yang dari tadi membebel 
 ..Rajin bebenar bercakap .
Fayyadh tertawa sambil mula mendekatkan pinggan ke arahku .
" Kenal makcik .. Kawan saya kat Seoul .. " jawabnya sambil mengangkat besen .
Mereka mula menyindir kami . Merah mukaku .

   " Awak basuh saya tolong bilas ye ? '' katanya sambil tersenyum manja .
Aku tidak mampu menolak permintaannya .
Fayyadh melipat lengan kurta berwarna birunya itu . Dia mula menolongku sambil mengusik .
" Awak tak rindu saya ke ? '' bisiknya sambil mengelipkan matanya yang bulat itu .
Aku membesarkan mata ke arahnya sambil memberi isyarat bimbang makcik Onion mendengarnya .
" Awak rindu kan ? '' soalnya lagi sambil menyiramku dengan air bilasan .
Aku cuba mengelak dan membalas menyiramnya dengan air sabun .
" Awak diamlah .. nanti makcik tu dengar .'' pinta ku .

Aku juga hairan tentang kehadiran Fayyadh di sini . Hinggalah makcik Onion tadi menerangkan bahawa Fayyadh ialah jiran kepada pengantin perempuan . Dunia ni kecil je pun , kan?

Mata tetamu tertumpu kearah kami yang sudah separuh basah kuyup . Kami mengelap pinggan sambil berborak . Sekali sekala kami bergossip . hahahaha

" Wak , jom nyanyi ..'' ajakku tiba-tiba .
Fayyadh tidak membantah , malah terus menarikku untuk memilih lagu .
Fayyadh meminta adiknya untuk mengambil alih tugasan kami seketika .
Sungguh ku terharu dan pilu
Kasih kusemai kau abaikan

Putusnya ikatan cinta
Mungkin tiada jodoh kita

Menangis hati ini
Ku juga bersimpati
Hancurnya harapanku
Maafkan sayang

Kasihmu yang berubah
Aku pun tak menyangka
Itulah alasanmu, pergilah sayang
 Kami hanya bernyanyi untuk menghiburkan hati sendiri . Maklumlah dia juga tahu tentang hobiku ini yang gemar menyanyi .
Kami menyambung mengelap pinggan sambil menceritakan makna tersirat lagu Memori berkasih itu .
" Awak tahu tak mana nak cari pekasam ? '' soalku bila teringat tentang pesanan Safiyya .
Fayyadh mengangguk dan menyatakan pekasam tersedap di Malaysia adalah dari Perlis . Safiyya pasti sudah lama mencari maklumat pekasam ini sebab itu dia meminta pekasam perlis . Sungguh bijak !

'' Tapi jauhlah awak Perlis tu .. kat sini takde ke ? '' soalku lagi .
Fayyadh hanya tersenyum dan seakan berfikir sesuatu .

" Esok kita pergi Perlis , nak ? '' melulu soalan Fayyadh . Aku memandangnya dan aku tidak memberi jawapan . Mana mungkin bonda membenarkan aku pergi Perlis bersendirian .
'' Tak naklah . '' jawabku lagi .
Fayyadh memujuk dan menyatakan kami tidak hanya berdua kerana mungkin adik-adiknya juga turut serta . Tapi aku tetap enggan kerana ingin menghabiskan masa dengan bonda .

Sewaktu sedang bersalam-salaman sebelum pulang , Fayyadh datang dan memberikan senyuman paling manis kepada tetamu. Hampir saja aku terlanggar pakcik di hadapanku kerana terlalu fokus melihat senyumannya .

" Awak jangan risau okey .. biar saya cari pekasam untuk awak tu hari ini . " message yang aku terima darinya seawal 3 pagi .
Aku sengaja menidakkan perasaan teruja melihatnya hari ini. Apatah lagi aku memang sudah mulai menyayanginya .
Siapa saja tidak terjatuh hati kan?

 Aku melihat jam dinding bonda yang sungguh klasik . Sudah seharian lamanya Fayyadh tidak memberi khabar. Aku tidak kisah seandainya tiada pekasam kerana aku tahu Safiyya pasti memahaminya .
Namun di mana Fayyadh saat ini ? Aku cuba menelefonnya dari petang namun panggil tidak dapat disambungkan .
Hatiku terasa bimbang dan mula tidak duduk diam . Bonda juga turut khuatir .

Fayyadh , awak kat mana ? awak marah saya ke sebab tak ikut awak pergi Perlis ?awak okay tak ni ?
Aku menghantar pesanan sebanyak mungkin , namun tiada balasan .
apakah aku sekali lagi dipermainkan setelah terlanjur memberi harapan kepada hati sendiri ?
Aku menamatkan harianku di Malaysia dengan kerisauan dan kesedihan .

Aku akan kembali ke Seoul esok pagi . Namun Fayyadh belum juga memunculkan diri .
Aku bagaikan putus harapan sekali lagi .
Kenapa saja aku berharap bahawa Fayyadh suka padaku ?
Aku memejamkan mata lalu cuba mengimbas kembali semua yang Fayyadh berikan padaku . Sebuah harapan ataupun kebahagiaan?

Fayyadh hilang tanpa berita . Janjinya untuk flight sama-sama juga mungkin hanya angan-anganku .
Aku masih berharap agar esok Fayadh ada untuk duduk disebelahku selama 6 jam .

'' Arfa jaga diri okey .. Jangan risau , nanti bonda cuba cari mana Fayyadh pergi . " pujuk bonda sewaktu aku berada di balai berlepas .
Aku memeluk bonda sekuat hati dan selama mungkin ,
" Tak apa bonda.. Arfa dah biasa . Insya ALLAH Fayyadh baik-baik saja .." jawabku sambil cuba menahan airmata .

Aku merenung pintu balai berlepas . Fayyadh masih juga tidak muncul .
Entah kenapa hatiku terasa sakit yang teramat , hingga tanpaku sedar airmataku mengalir deras . Sudah lama rasanya aku tidak menangis seperti ini.

Seat disebelahku kosong . Seperti kebiasaan, pramugari akan menyebut nama penumpang yang lambat datang . Nama Fayyadh juga dalam senarai .

" Miss , do you know Mr Fayyadh Zayn ?'' soal pramugari itu rawak.
Aku hanya menggeleng dan berpaling .

Sekali lagi aku dipermainkan .

Aku cuba menyembunyikan perasaan dari rakan-rakanku . Namun mereka sangat memahami , tanpa perlu aku ceritakan .
Selama aku tinggal bersama mereka , aku tidak menangis di hadapan mereka . Ini adalah pertama kali aku menangis kerana sudah tidak tahan dengan permainan sekelilingiku .

 " Fayyadh tak game kan kau ..'' pujuk Edrea .
yang lain hanya mengangguk sambil memujukku dengan pelbagai.

'' Menyesal minta bawakan kau pekasam hari tu ..'' sergah Safiyya .
yang lain hanya berdiam kecuali Amani .

" Jangan-jangan , Fayyadh kempunan kot , " Dean terus menepuk belakangnya mungkin bimbang aku semakin kecewa .

Aku keluar ke koridor depan rumah . Angin menghembus wajahku seakan turut membantu untuk menenangkan aku . 
Aku ingat kembali sewaktu kami menyanyikan lagu Memori Berkasih . apakah memang semua tinggal memori ?
Ya Allah kenapa aku begitu lemah kali ini ?

Aku mulai kelas pertamaku dengan semangat yang baru . Aku duduk di tempat pertama kali aku menemui Fayyadh . Entah tiba-tiba saja airmataku sekali lagi mengalir . Aku menekup mukaku ke buku . Aku melihat rakan-rakannya yang sedang sibuk berlatih di padang .

Hampir seminggu aku menangis kerana mencuba untuk hidup sendirian dan membiasakan diri tanpa Fayyadh . Aku tidak banyak bercakap dan hanya menghabiskan masa untuk menonton televisyen dan makan .

   " Peeyaaaa ... barang kau dah sampai tu ...'' jeritku bila mendengar pintu berkali-kali di ketuk . Tidak lain tidak bukan , posmen kesayangan Safiyya yang setia menghantar barangnya setiap minggu .

" Kau tolonglah ambil . aku ada kerja ni ." Balas Saffiya dari dapur .
 aku yang memang berpakaian lengan panjang dan seluar panjang hanya mengambil tudung instant lalu tinggal sarungkan .

'' Assalammualaikum awak , maaf pekasam awak lambat sampai ..'' bola mataku tertumpu pada wajah di hadapanku .
Fayyadh Zayn yang aku tunggu selama ni berada depan mataku .
aku cuba menutup pintu namun ditahan olehnya .
" Awak , please dengar dulu apa saya nak cakap.. '' aku memekakkan telinga dan terus menutup pintu .
Aku terus berlari ke koridor untuk melepaskan tangisan yang tersisa .

" Fayyadh , masuklah . pergi explain .. '' pintu itu dibuka oleh Safiyya dan mengambil pekasam di tangan Fayyadh .
'' Macam scene Kdrama kan ? '' usik Amani dari jauh .
" Dah macam My Love From The Star kan? bezanya lelaki tu hilang kemudian , tapi Fayyadh dan Arfa ni hilang dan kembali lagi .." Edrea yang terlalu obses dengan Kim Soo Hyun menyamakan kami dengan cerita itu . Jauh bezanya .
Sekurang-kurangnya dalam cerita tu , lelakinya hilang sebab alien . Fayyadh ni apa ? Cari pekasam je pun takkan terus pindah planet . Rungut ku dalam hati.

" Awak saya bukan sengaja tak cari awak . Tapi pagi saya nak pergi Perlis hari tu , saya accident . Saya dah lama tak bawa motor..Alhamdulillah saya masih diizinkan untuk jumpa awak dan bawa pekasam ni untuk awak ..'' jelasnya .

aku terkejut .Mujur saja adik-adiknya tidak pergi . Takut Malang tidak berbau , bak kata orang tua-tua .

patut saja wajahnya penuh dengan calar dan bekas luka kecil . tangannya juga berbalut .
Aku menoleh ke belakang dan merenungnya . Itulah pertama kali aku melihat wajahnya tanpa senyuman.

" Kenapa tak message atleast bagitahu saya pasal benda ni ? '' tanyaku dengan suara yang sedikit dingin .
" Phone saya pecah awak .. hancur berkecai.. ''balasnya dengan wajahnya yang akur di marahi .

Aku menarik nafas panjang dan duduk bersila di koridor . Dia juga turut duduk bersamaku .

" Sebab pekasam je kot .. yang awak jalan pagi buta tu kenapa ? '' soalku . Namun kali ini ada sedikit mencuit hatiku .
Fayyadh menarik mukanya .
" Sebab awak nak pekasam tu kan ? '' jawabnya ringkas .

" Maaflah mencelah ye , pekasam ni saya pesan je suruh Arfa bawakan .. Tapi tak sangka pula ada yang sanggup bawa motor 3 pagi sebab benda ni ..'' sindir Safiyya ..

Fayyadh hanya menggaru kepalanya dan mungkin berasa malu . Kesian aku melihatnya yang sanggup bertarung nyawa demi Pekasam Perlis .

" Awak tahu tak saya rindu awak .." Kataku sambil merenung pemandangan Seoul .
Fayyadh memandangku sambil tersenyum .
" Saya tahu.. sebab tu saya discharge awal dari hospital .." balasnya .
Aku menoleh ke arahnya .

" Awal ke awak kalau dekat seminggu awak menghilang ?'' soalku lagi .
Oh tidak , airmataku ingin mengalir . Tahan Arfa , Tahannnn ..

" Saya ada datang hari tu kat airport , tapi saya dah lambat 15 minit . Saya terpaksa biarkan awak pergi dulu .. " balasnya lagi .

Aku hanya berdiam dan cuba memahami semua yang terjadi .

" Awak ni kalau suka ngaku jelah .." sindir Fayyadh sambil menoleh ke belakang melihat Edrea , Dean dan Amani . Safiyya sibuk dengan pekasamnya itu .

Kami mengajak Fayyadh untuk makan bersama kami . Sambil itu dia menceritakan usahanya selama seminggu itu untuk sampai ke sini .

" Arfa ni seminggu nangis sebab kau .. '' Jujur Edrea .
aku hanya mampu membesarkan mata kepadanya .

Fayyadh memandangku dengan penuh rasa bersalah .
" Awak sorry ek ..'' katanya spontan .
Mata kami tertumpu kearahnya .

" Eh dah , dahlah tu . Kau rasa pekasam kau ni .. Ni reward sebab kau sanggup jadi Superman haritu sebab pekasam ni .. makan, makan '..'' Fayyadh hanya tertawa bila di sindir oleh Safiyya .

Aku masih belum dapat memulihkan perasaanku .. Ingin saja aku tatap wajahnya lama yang mungkin , Gila tak rindu crush sendiri .

Seminggu tau tak mengendap .

'' Dean , kau bagilah boyfriend kau pekasam ni .. sedap tau .'' Safiyya memberi cadangan .
Dean dan Safiyya kalau tak bertekak memang tak sah . Namun itulah yang meriuhkan suasana .

" Kau tengok pengaruh pekasam kau , dah makin kembang aku tengok si Arfa ni ..'' sindir Dean lagi .
Eh aku pula kena .

'' Padanlah dengan kau .. biar nampak berisi sikit .. " sambung Amani .
Aku dan Fayyadh hanya tertawa disebabkan mereka .

'' Kalau kau orang nak gemuk , cari macam Fayyadh .. 3 pagi dah gerak cari pekasam , lepas tu kau orang ikut perangai Arfa ni , kata kawan tapi bila takde rindu bukan main dia . Makan nonstop . " Safiyya yang sentiasa jujur .

Fayyadh sekali lagi merenungku sambil menongkat dagu ,
" Saya pun rindu awak .. "
ALLAH ! macam nak je aku hempuk mahkluk comel ni dengan senduk .

'' Awak , saya balik dulu ..'' Fayyadh meminta izin untuk pulang .
Aku hanya mengangguk dan senyum .

'' Oh ya .. saya nak order pau sebiji tau . Lepas saya habis study saya ambil . '' kata Fayyadh .

Pau ? Order .
MAKSUDNYA ?

Fayyadh melihat sekeliling , kiri dan kanannya .

" Pipi awak dah macam pau .. saya rasa nak cubit je .. '' aku terus memegang pipiku .
Aku dah makin gemuk ke ? Risau ku .

" tapi nantilah .. lepas saya habis study , saya cubit puas-puas depan tok kadi .." sambungnya .
Aku tergamam dengan gurauannya .

" Awwwww .. sweetlah kau orang ni .. '' Mereka yang didalam mencuri dengar .

Aku hanya tersenyum dan meminta Fayyadh pergi cepat kerana aku sudah tidak dapat menyembunyikan perasaan maluku .

Meski hanya gurauan , namun aku sudah merasa itu sangat membahagiakan .
Oh ya . Inilah rupa pekasam .






No comments:

Post a Comment