Amani dan Safiyya setiap pagi akan bangun awal lebih awal dari kami . Mereka diamanatkan untuk membuka salon kerana ketiadaan pemiliknya . Petang pula aku kuliah , malam Dean dan Edrea pula ke Pasar Malam .Edrea dan Dean membuka photobooth yang memberi keuntungan lumayan . Terkadang ada juga pelancong yang memuji hasil kerja Dean dalam mengambil foto yang kreatif . Edrea seperti biasa , kepetahannya dalam mempromosi barang menarik banyak pengunjung .
Kami bertiga pula akan pergi ke booth mereka untuk membantu mereka sedikit demi sedikit .
Namun mereka sangat memahami , mereka tidak menyuruhku membuat kerja dan memintaku mengulangkaji dirumah . Namun aku enggan .
'' Arfa , kau pergi belakang . duduk sana , biar kita orang yang buat kerja ..'' Sapa Edrea setelah melihatku dan yang lain tiba .Mereka bersahutan meminta ku duduk dibelakang . Alangkah terkejutnya aku , dalam kesibukan mereka sempat juga menyediakan tempat khas dan meja untuk ku belajar . Mereka tidak ingin aku terganggu .Sungguh terharu aku . Semoga sahaja mereka dimurahkan rezeki .
'' Dean , mana Arfa ?'' soal seseorang dari luar . aku menyelak kain yang menutupi bilik expressku itu . Fayyadh kesini ?" Haa .. tak ubah lagi perangainya ni . Tengok apa tu ? '' Fayyadh tiba-tiba meluru dihadapanku .
Tak sempat nak lari selamatkan diri .
" Mana ada, perasan je awak ni .. '' aku terus duduk kembali konon membelek buku .
Fayyadh menarik hidung ku lembut .
"Elehh taknak ngaku . '' katanya sambil tersenyum.
Aku terus tertawa .
'' Fayyadh kau jangan kacau Arfa .. penat tau nak sediakan bilik khas ni nak bagi dia belajar .. '' Sindir Safiyya .Kami hanya tertawa . Bilik ini sungguh unik kerana disinilah juga tempat mereka berehat dan solat . Apa tidaknya , mereka mula berkemas dan menyiapkan barangan dari petang hingga lewat malam .
Aku terlalu sibuk dengan assignment hingga tiada masa untuk bertemu Fayyadh . Lagipun sekarang dia sibuk . Dia juga telah bekerja mengangkat barang di Pengangkutan keretapi .
Itulah nampak tubuhnya agak susut sedikit . Mungkin penat .
'' Okey tak ni ? '' soalku setelah melihat dia yang mengurut tangannya yang pernah patah dulu .Dia tersenyum.
" Okey , lenguh sikit je . '' jawabnya .
Aku memandangnya serius .
Aku terus keluar ke booth dan mengambil sarung tangan Dean untuk mengendali foto . Struktur sarung tangannya tidak seperti di Malaysia . Getah asli . hahaha
disini sarung tangannya lebih lembut dan sangat berkualiti . Ia khas untuk photographer je . Tapi aku guna untuk benda lain .
" Bak sini tangan tu .. '' aku menghulur telatak tangan ke arah Fayyadh .
Dia memandangku kebingungan .
" Buat apa ? '' soalnya lagi .
Aku terus menarik tangannya . Kesakitan juga raut wajahnya .
" Awak janganlah kerja kuat sangat .. '' aku mengurut tangannya .
Tiba-tiba teringat bonda yang jauh disana . Dulu aku selalu mengurut tangannya bila bonda rajin sangat memindahkan pasu bunganya kehulu ke hilir .
'' Kau kenapa Dean ? '' soal Safiyya yang membuka bekas makanannya yang di bawa dari rumah tadi .Setiap kali selesai bekerja kami tidak terus pulang . Kami akan makan bersama dalam bilik kecil ini .
'' Entahlah .. aku confuse pasal Ferral .. perlu ke aku tunggu dia atau ... '' ayatnya tergantung tak bertali .
Kami semua menanti sambungannya . Macam berepisod sungguh .
'' Mak aku suruh kahwin dengan anak kawan dia , Zarif .. '' sambungnya kemudian .Terkejut kami dibuatnya . Fayyadh yang dari tadi mengusikku juga terpandang kearah Dean .
Nampak je happy budak ni . Masalah berguni-guni .
" Habis tu kau nak buat apa ? '' soal Amani yang duduk detepinya .
Dean hanya mengangkat bahunya . Sudah pasti dia keliru .
" Lainlah kalau Ferral datang lamar aku sebelum Zarif . '' jawabnya ringkas .
Kami benar-benar mati akal . Ferral juga sudah lama tidak berbincang dengan Dean mengenai mereka .
Aku pun last exam juga nanti tapi taklah macam dia ni .
Fayyadh memandangku dengan tanda tanya .
" Kau nak kami tolong ke ? '' soal Fayyadh tiba-tiba .
Dean tertawa dan menggeleng . Dah macam tak betul Dean ni . Risau aku .
" Tak payahlah Yadh .. Tu hak Ferral , kita tak dapat ubah ..'' Jawabnya sambil tertawa .
Kami saling berpandangan .
''Kau janganlah ketawa . kau ni buat kita orang risaulah . '' Safiyya juga yang tak tertahan menegurnya .Semoga Ferral bertindak segera . Aku kesian melihat Dean yang seakan bermatian berharap Ferral jodohnya . Tambahan pula ada insan baru yang ingin memasuki hati Dean .
Tidak kira lewat mana kami pulang , pagi kena bangun awal juga . Kadang belum sempat mereka sarapan sudah berangkat ke salon.Kadang Dean akan masak sarapan untuk mereka , jadi aku yang menghantarkan bekalan untuk mereka sebelum pergi ke kuliah .
Kami tidak lagi kerap berjalan seperti dulu , sekarang kena berjimat . Kumpul duit nak balik Malaysia sama-sama .
Selesai kelas , aku melihat Ferral yang tengah duduk sendirian di sebuah meja . Aku menghampirinya , mana mungkin dapatlah aku korek rahsia sedikit demi sedikit .
Ferral , kau okey ke ni ? '' soalku meluru .Dia kelihatan terkejut dan terus menyapaku dan memintaku duduk .
Wajahnya kelihatan pucat dan seakan tidak cukup tidur .
" Aku okey kok , cuman kurang tiduran kali .. '' jawabnya sambil tersenyum .
Sama seperti Dean . Makin hari makin kurus .
" Kau kerja ke sampai tak tidur ? '' soalku lagi sambil tertawa kecil .
Dia hanya menggeleng dan tertawa bersama .
" Nggaklah , aku itu perlu kerja keras untuk dapatin pointer 4 . Kalau nggak , aku dan Dean terpaksa berpisah ..'' wajahnya terus berubah .
Aku terkejut dan seakan tidak percaya .
Tidak pernah lagi aku dengar orang dapat pointer setinggi itu .
" Macam mana kau nak dapat ? Dean tahu tak semua ni ? '' soalku bertubi .
Dia hanya menggeleng .
" Itu yang aku coba Arfa. Aku lakuin ini semua untuk Dean . Ini merupakan syarat keluargaku untuk memasuki agama islam dan menikahi Dean . '' jawbnya tenang .
Aku tahu dia amat merindui Dean .
'' InsyaAllah kau akan dapat . Kami semua ada untuk kau orang berdua . Kami sedia tolong kau . '' Jawabku sebak .
Entah mengapa cinta mereka penuh dugaan begini .
'' Hello , Edrea kau kat mana ? '' Aku menelefon Edrea yang pagi tadi keluar untuk bertemu Noah ." Aku kat cafe dengan Noah . kenapa ? '' soal Edrea yang tidak tahu apa-apa .
Aku memberitahunya tentang Dean dan akhirnya kami bertemu di cafe .
Sepuluh minit kemudian aku tiba di cafe .
'' Hai Noah . '' sapa ku pada jejaka berkaca mata itu .Aku terus duduk disisi Edrea . Noah menyahut sapaanku dengan bingung .
" Kita kena tolong Ferral .. '' sergahku .
Edrea kebingungan .
" Tolong apa ? '' Edrea bersuara .
Aku tidak tahu bagaimana ingin mulakan . Noah memandang Edrea .
Aku akhirnya menceritakan perkara tersebut .
Noah yang sudah semakin fasih bertutur melayu juga turut fokus mendengar.
'' Saya tak sure kalau pointer 4 tu , tapi saya boleh tolong apa yang saya boleh .. '' sergah Noah tiba-tiba .Mujur saja ada Noah . mana tahu ia akan membantu Ferral yang tertekan dengan masalahnya .
Kami merahsiakan perkara ini dari Dean . Biar saja ini menjadi usaha kami dalam diam .
'' Peyya , apa nama islam Ha-Neul ? '' soalku sambil membuat nota kecil dimeja makan .Safiyya di dapur sibuk menyediakan minum malam .
Hari ini mereka cuti berniaga kerana Dean ingin bertemu Ferral .
" Bukan aku dah bagitahu ke ? '' sahut Safiyya dari dapur .
Aku memandang Amani .
" Belumlah .. aku pun tak tahu lagi .. '' jawab Amani .
Edrea juga turut sama ingin tahu .
" Haris Nadim ..yang bermaksud pelindung dan sahabat .. '' Jawab Safiyya dengan penuh bersemangat .
Kami memandangnya .
" Ini mesti kau yang bagi nama kan ? '' soalku .
Dia hanya tertawa . Maka , benarlah itu dia yang beri .
Dean pulang awal dan wajahnya ada sedikit berubah . Kami menghampirinya dan bertanya .'' Ferral nak break .. '' jawabnya tenang .
Terkejut kami dibuatnya . Aku baru saja jumpa tadi takkan dah nak putus .
" Kau biar betul Dean .? " Safiyya seakan tidak percaya .
Dean tidak menangis dan hanya berdiam .
" Lepas ni kau orang sebut nama dia lagi okey ? Aku dah nekad dengan keputusan aku . Mungkin betul mak aku cakap , Zarif yang terbaik . '' Dean terus masuk dalam biliknya .
Kembang kempis otak aku memikirkan mereka .
'' Kau dah kenapa ni Ferral ? hari tu cakap lain sekarang cakap lain ?'' marahku .Ferral hanya tunduk dan mula menangis .
Aku sudah tidak tahan berdiam diri . Dia seakan memainkan perasaan Dean .
" Jangan paksa aku Arfa . Aku terpaksa lakuin ini semua . Kamu itu nggak akan pernah mengerti perasaan aku saat ini .. '' Ferral seakan cuba mengelak dari aku terus persoalkan .
Entah kenapa emosiku kali ini tidak dapatku tahan .
" Tak masalahnya sekarang , yang kau putuskan dia tu kenapa ? Kau ni tak tahu ke atau pura-pura tak tahu ? '' aku terus dengan nada suaranya tinggi .
Pantangku melihat lelaki yang cuba lari dari masalah .
'' Tahu apa ? ''wajahnya tiba-tiba berubah .
Aku memandangnya .
" Mak Dean nak kahwinkan dia dengan lelaki lain . Sebab tu Dean datang sini balik sebab dia nak kau yang jadi pasangan hidup dia . '' terangku .
Wajahnya benar-benar berubah .
" Aku nggak tahu semua itu . Kamu harus bantu aku . aku beneran nggak tahu semua ini . '' Pujuknya setelah merasa tindakannya salah .
Aku terus berdiri dan meninggalkannya . Sungguh aku tidak sanguup melihat Dean diperlakukan sedemikian .
Aku mengajak Amani dan Edrea keluar . Dean sejak semalam belum keluar , manakala Safiyya bertemu dengan Ha-Neul . Ehh , Haris Nadim .. hehehe'' Annyeonghaseyo ..'' sapa seseorang dari belakang kami .
Amani mula tersenyum-senyum .
Apa tidaknya oppanya ada depan mata .
" Dia datang dah ... '' Amani bersuara seakan tidak rela namun suka .
Aku dan Edrea hanya tertawa kecil dan membiarkan mereka berdua berbual .
" Neo gwaenchanh ni ? '' soal Dae Hyeon .
Amani menjawab sambil tersenyum malu .
Mungkin dia merasa seperti di dalam Kdrama . hahaha
Dae Hyeon seorang lelaki yang baik . Pernah juga dia menemani Amani jika Amani ingin melepaskan kerinduannya pada Aswad .
Dae Hyeon juga pernah membawa Amani bertemu ahli keluarganya .
Menurut Amani , bila dia berada dekat dengan Dae Hyeon ia seakan berada di sisi Aswad .
Pernah juga sesekali Amani termimpi Dae Hyeon di pimpin oleh arwah Aswad . Entah aku tidak maksud mimpi itu .
'' Kau dan Noah bila nak kahwin ? '' soal ku tiba-tiba .Edrea tertawa malu .
" Lepas aku jadi arkitek .. '' guraunya .
Aku terus mencubit pinggangnya .
" Taklah .. tunggu lepas Noah dah ada kerja dulu .. Lebih kurang 3 tahun lagi kahwinlah .. '' jelasnya sambil ada nada bergurau .
Baru saja aku teringat , hari itu Edrea mengikuti ibu saudaranya pergi ke Amerika .Namun disebabkan kursus kejuruteraan di Malaysia dia sanggup pulang ke Malaysia . Tapi , kesini juga akhirnya ..hahaha
Edrea dan Noah ni memang jarang jumpa , apalagi dating .
Noah sekarang bertungkus lumus membantu Ferral untuk dapatkan keinginannya .
Walaupun aku sukar membaca selok belok hati Dean .
Ya . aku dipenghujungnya . Tidak sedar hari ini merupakan exam terakhir ku dimana penamat bagi segala pengorbananku di sini . Perjalananku dari Daejeon ke Seoul memerlukan banyak kesabaran . Kematangan juga telah aku bina dalam diriku dengan bantuan sahabat-sahabatku dan juga Fayyadh .Isyraq Sufi pernah menghubungiku , namun kali ini Fayyadh Zayn yang memberinya amaran agar tidak mengangguku lagi . Aku sudah boleh melupakan Isyraq Sufi semenjak aku mengenal Fayyadh Zayn .
Rhania juga pernah bertanya khabar tentangku , namun kini dia juga hilang entah kemana .Mungkin tengah bahagia dengan hidupnya di Malaysia .
Farzana , sekali lagi mengganggu ku dengan helahnya . Pada mulanya aku sudah boleh memaafkannya , namun dia sekali lagi dia khianati kepercayaanku . Mungkin sekali aku biarkan , namun tidak kali ini . Aku tidak lagi segan silu menumbuknya walaupun tidak sekuat tumbukan Muay Thai Amani . Perempuan mana yang sanggup melihat orang yang mereka sayang itu di goda perempuan sedemikian . Mujur saja ada rakan-rakanku yang sentiasa memberi sokongan .
'' Awak nak temankan saya tak pergi Jeonju ? '' soalku kepada Fayyadh .Kami akan pulang ke Malaysia esok hari . Oleh itu aku ingin membawanya bertemu Puan Masnah dan Umayrah sebelum pulang ke tanahair .
Dia hanya mengangguk tanda setuju .
Sepanjang perjalanan ke sini aku dibayangi dengan halusinasiku diawal kedatanganku disini . Kenangan yang aku cipta tidak lagi akan terulang dengan lelaki yang sama .
" Siapa ni Arfa ? '' usik Puan Masnah setelah melihat Fayyadh yang bermain dengan Umayrah .
Aku memandang kearahnya lalu tersenyum .
" Akak tahu , dia pengganti Isyraq kan ? '' belum sempat aku menjawab Puan Masnah sudah mematikan ayatnya .
Aku sekali lagi tersenyum .
" Bakal suami saya kak .. '' aku terus bersuara .
Fayyadh memandangku sambil tersenyum malu . Pertama kali aku melihat wajahnya merah padam begitu .
Umayrah seakan faham dan turut mentertawakan Fayyadh .
" InsyaAllah kak .. '' sambung Fayyadh lagi .
Puan Masnah dan suaminya tertawa bahagia .
" Syukurlah kalau kamu berdua , Isyraq pun ada datang hari tu . Dia datang dengan gadis berpurdah dari Malaysia juga . kalau tak silap hujung bulan ni mereka nak nikah dah .. '' Jelas suaminya dengan panjang .
Aku agak terkejut dan terdiam seketika .
" Alhamdulillah .. dah selamatlah sekarang .. takde nak ganggu awak ..'' sindir Fayyadh yang terus menghentikan khayalanku .
Kam terus tertawa dan berbual mengenai pelbagai perkara .
Aku mengajak Fayyadh duduk di batu sungai dimana pernah Isyraq menyatakan bahawa tempat ini akan diduduki oleh kami bersama keluarga sendiri . Benarlah disitu aku tidak pernah hadir dalam hidupnya . Cuma aku yang mengharap .
'' Cepat kau orang .. Nak check in dah ni .. '' Safiyya seakan tidak sabar pulang ke Malaysia .Aku ,Fayyadh , Dean , Edrea , Noah , Safiyya , Ha-Neul dan Amani akan pulang ke Malaysia bersama-sama . Amani kelihatan sedikit sedih kerana terpaksa meninggalkan Oppanya .
Dae Hyeon yang menghantar kami ke Airport .
'' Kamu tunggu saya . '' Dae Hyeon melihat di tapak tangannya teks yang seakan di google translatenya itu.
Amani terus menangis seakan dia terharu dengan usaha Dae Hyeon .
Dean dan Ferral tiada penghujungnya . Aku juga tidak tahu sama ada dia dapat atau tidak pointer 4 nya .
'' Dah jom . '' kami mengucapkan selamat tinggal pada Dae Hyeon .Dia juga kelihatan berat melepaskan Amani pergi .
Dalam perut kapal terbang , aku dan Fayyadh duduk berdekatan . Ha-Neul dan Safiyya seakan merancang perkahwinan mereka . Noah dan Edrea akan bertunang secepat mungkin .Dean , sepanjang jalan menangis . Amanilah yang sabar memujuknya .
'' Tak sabar nak jumpa mak mentua . '' sindir Fayyadh sambil menahan sejuk .
Aku hanya tertawa kerana dia tidak tahu pun yang mengambilku bapa saudaraku , bukan bonda .
Perjalanan 6 jam ku kini berakhir , tiada lagi salji dan hujan yang mampu mengeraskan badan .
Semua yang aku lalui disana merupakan pengajaran yang aku tidak dapat lupa .
Terima kasih untuk pinjaman Crush dari Seoul ini dan bakal menjadi Suami Dari Seoul .
WALAUPUN MADE IN MALAYSIA !
No comments:
Post a Comment