Wednesday, 10 January 2018

Part 7

" Kau orang nak pergi tak kat festival bunga api malam ni ? '' Soalku sambil membantu Safiyya menyediakan makan tengah hari .
Biasalah , sementara belum diberi assignment bertimbun lebih baik kami menggunakan masa yang ada ini untuk enjoy!

" Kat mana ? aku on je .." jawab Dean .
Yang lain juga bersetuju ..

" Aku rasa nak ajak Ha-Neul lah . boleh kenal-kenal dengan kau orang ..'' Sambung Safiyya .
Yang lain juga bersuara untuk memperkenalkan teman lelaki mereka .

Aku tidak keberatan , sekurang-kurangnya ada kenangan yang mereka cipta disini .

Aku mengenakan shawl Cakenis berwarna merun dan baju sejuk berwarna hitam .
Sungguh excited mereka , apatah lagi bersama orang yang disayangi .

Kami membentangkan tikar yang besar di tepi sebuah pokok yang lebih kurang seperti pokok Ru .
Berpusu-pusu orang berada di dataran khas  Hangang Park Ichon Area . Oleh itu , kami hanya melihat bunga api dari tepi tasik yang ada di tengah bandar Seoul .
Ramai juga orang , namun kebanyakan mereka seperti sedang picnic .
Picnic malam-malam ? Unik kan . Mungkin disebabkan kesibukan waktu siang .
" Ahnnyonghaseyo! " Sapa seorang lelaki tinggi dan berkulit putih .
Aku cepat-cepat mengemas barangku , mana tahu orang ini tidak membenarkan kami duduk disini .

Aku terkedu seketika .
 " Ehh , ni kan posmen setia Peyya kan? " soal pada Dean .
Dia hanya mengangguk .
" Budak sport science tu .."" sambung Edrea .

Oh ya baru aku teringat . Safiyya pernah menceritakan pada kami teman lelakinya partime menjadi posmen untuknya . Apa tidaknya , hampir setiap minggu ada saja barang yang di Ordernya . 

Dean kelihatan seperti mencari sesuatu . 

" Sayang maafin aku ya . aku telat . " sergah seseorang yang seiras Irwansyah tiba-tiba meluru kearah Dean .

Dean menarik wajahnya sambil berpeluk tubuh .
" I hate you Ferral .." Jawab ringkas Dean .
Kami memandang kearah Dean . tadi bukan main kata rindulah apalah . 
Sekarang ? I hate you? 
Kami hanya menggeleng .

 " Dean , maafin aku dong .. Aku itu udah cari kamu disana , malah kamu nggak ada .." Jelas Ferral yang kelihatan gelisah .
Fuh ! hebat Dean .

"Kalau awak tak sayang saya lagi , awak boleh pergi .." Dean yang masih berpeluk mengeluarkan perkataan MAUT itu dari mulutnya .

Kami hanya mampu menyaksikan drama mereka . Entah apa kesudahannya .
Ferral terus melangkah pergi . 
Dean hanya berdiam diri . Kami tidak menegurnya kerana tahu sangat perangai Dean macam mana .

'' Assalammualaikum , Miss .." Sergah seorang lelaki yang kelihatan seperti Melayu sejati .
Amani tersenyum kambing . Mungkin inikah lelaki yang selama ini Amani ceritakan ? Ya benar .
Muhammad Aswad . Lelaki yang berjaya mencuri hati si gadis yang pendiam ini .
Sewaktu Amani bersekolah lagi , Aswad selalu mengusiknya . Hubungan mereka kekal sekarang , mungkin hanya Aswad yang benar-benar memahaminya .

    " Waalaikumussalam Love . duduklah " sambut Amani sambil membetulkan kedudukannya .
SWEET !

Aku dan Edrea duduk sambil menikmati jus mangga yang dibeli dari sebuah gerai . Kami melihat langit , sekali sekala terpaling kearah Dean . Lucu juga !
" Aku risaulah .. Dean tu kalau dibiarkan nanti jadi tak waras budak tu .." Sergah Edrea .
Aku hanya mengangguk sambil ketawa .

" Meh lah kita pujuk dia . Sedih sangat tu ." Sambungku sambil mencuba untuk berdiri .
Namun baru saja kami hendak mendekati Dean , langkah kami mati .
" Sayang , sampai kapan pun hanya kamu dihatiku .. Sekali lagi maafin aku ya " Ferral yang tiba-tiba saja datang lalu berlutut dihadapan Dean . Dia menghulurkan sejambak bunga kekwa purple .
Sudah aku menduga . Dean pasti menangis . hahaha

" wae geulaess-eo? " Soal Ha-Neul .
Aku memandang kearah Edrea , dan dia hanya tersenyum .

" Dia tanya , kenapa dengan dia orang tu .." Jawabnya ringkas .

" naneun moleunda." Jawab Safiyya sambil memakai lipstick . Selain dari gemar memasak , Safiyya sangat pentingkan imej .

Dia tidak tahu apa yang terjadi pada Dean dan Ferral oleh itu dia hanya menjawab persoalan Ha-Neul seringkas itu .

'' Hi ! how are you ? '' sergah seseorang lagi . Namun kali ini kearah Edrea .
Entah darimana pula kali ni teman lelaki rakanku .
Seorang korean, seorang indonesian , seorang malaysian . Tak silapku teman lelaki Edrea ini kacukan melayu - korean . sebabnya , aku pernah menemani Edrea menemui Lelaki ini . Tidak silapku namanya Noah Lee .
 " Hi ! I'm good , thanks for coming .." Edrea menyapanya dengan lemah lembut .

Edrea seorang yang ulat buku .Oleh itu perkenalan mereka juga bermula sewaktu Edrea membeli buku di sebuah Book store .
Noah membantunya untuk menggapai buku yang tinggi . Maklum saja , Edrea bukan tinggi mana pun .

Alahai sweetnya mereka semua ....
" Assalammualaikum , Bakal pemilik hatiku .."
Setepek senyuman tepat dihadapanku .
Fayyadh yang tiba-tiba saja muncul . Seakan mengetahui aku berharap kedatangannya .

" Waalaikumussalam .. Tak payah nak pemilik hati sangatlah . '' jawabku ringkas .
Fayyadh terus mengambil kedudukan di tepiku .

" Awak ni , cubalah sekali je awak aminkan apa saya cakap .. '' sindirnya sambil melanggar bahuku .
Aku memandangnya dengan muka meluat .
" AMIN YA ALLAH . SEMOGA FAYYADH ZAYN MENJADI IMAMKU SUATU HARI NANTI .. puas hati ? aku menghulurkan tangan seakan berdoa .
"Aminn .. harap dimakbulkan doa awak tu .." katanya sambil tersenyum bangga .
" Amin .." Sambung mereka yang ku sangka tidak lagi menyedari kehadiran kami disini .
Rupanya mereka semua spesis telinga lintah .

Abaikan saja Ha-Neul , apa yang diarah oleh Safiyya itulah dilakukannya .Orang amin , dia pun amin juga . Semoga terbuka pintu hatinya dengan Ferral untuk menganut agama pasangan mereka . Bukan apa , aku seronok melihat Dean dan Safiyya bersama teman lelaki mereka . Tiada halangan bagi mereka bersama walaupun berbeza agama .

" Awak ,kenapa ek saya rasa awak ada sesautu nak cakap kat saya ? '' soal Fayyadh sambil meletakkan tangannya ke dagu . seperti biasa . macam comel sangat .

Aku memandangnya , lalu mengubah kedudukan tepat berhadapan dengannya .

" Memang pun .. kalau boleh malam ni juga saya nak cakap ." Jawabku sambil tersenyum .

Dia sudah tidak sabar , namun aku memintannya hingga bunga api memancarkan keindahannya .

" Dear ,  do you want ice-cream ?'' Noah mengajukan soalan yang menarik perhatian kami semua .
Edrea kelihatan seperti udang direbus . Merah sungguh pipinya .

 " Bro , buy ice cream for us too , okay ? '' Sergah Fayyadh yang tidak tahu malu .
Aku hanya menepuk bahunya memberi amaran .

" ulineun ttohan aiseukeulim-eul wonhanda. " Sambung Ha-Neul pula .
Safiyya memandangnya dengan penuh kebingungan .

" Eee Ya Allah .. buat malu je lah .." Safiyya terus memegang kepalanya sambil menggeleng-geleng .

Dean memandang Ferral , seakan tahu Ferral juga ingin mengatakan benda yang sama .

" Ya udah , aku juga mau kok eskrim . " Dean terus memukul bahu Ferral dengan penuh geram .

" Awak tu ada lelah , nak makan aiskrim tengah-tengah malam buat apa ? '' Dean yang merisaukan keadaan Ferral terus membebel .

Mungkin hanya Aswad yang matang dan tidak meminta Noah membelikan aiskrim .

" Dah lah , kau orang perempuan tunggu sini ..Biar kami cari aiskrim ..'' Aswad membetulkan keadaan .
Kami hanya bersetuju kerana mereka yang beria makan aiskrim dalam cuaca sejuk ini.

Selang 20 minit kemudian mereka sampai . Pelik , mereka kelihatan sangat akrab .
" Mana ? '' soal Dean pada Ferral sambil mencari sesuatu di belakang Ferral .
Kami juga turut keliru .
" Apa sayang ? " soal Ferral lagi sambil menoleh ke belakangnya .
Dean masih terus seakan mencari .

" Lahhh , saya ingat awak nak bawakan saya selori aiskrim . Bukan main lama cari aiskrim .." Sindir Dean .
Tak habis-habis cari gaduh .
padahal baru 20 minit sudah rindu . Ego melambung-lambung .

" you , saya nak tanya sikit boleh ? '' Noah cuba bercakap melayu . Hendak tersembur gelakku , namun Fayyadh terdahulu mengetuk kepalaku .

Edrea mengajar Noah banyak perkara . termasuklah bertutur dalam bahasa melayu . Sejak kecil lagi Noah sudah berada disini . Ayahnya juga tidak mengajar dia bertutur dalam bahasa melayu kerana dilarang oleh ibunya .

" Apa tu ? '' soal Edrea .
Aku hanya fokus pada mereka sambil menanti Fayyadh mengasingkan kulit nipis kuih pau itu dari kulitnya .

" Dah lah tu awak .. jangan sibuk .. " Fayyadh menghulurkan pau itu . aku terus memasukkan kedalam mulut .

Aku hilang fokus pada Fayyadh melihat rakan-rakanku yang lain makan aiskrim . Tapi kenapa aku makan pau panas ?

Aku sekali lagi menumpukan perhatian pada Edrea .
" Awak betul ke kisah pasal saya? '' soal Edrea . entah apa yang dikatakan tadi oleh Noah .

Noah hanya menganggukkan kepalanya .
Edrea menarik nafas sambil tersenyum .
" Kalau macam tu , carikan saya boyfriend , boleh ? '' soal Edrea .
Terbeliak mataku memandang Fayyadh yang sibuk membelek Pau dalam plastik kertas itu . Fayyadh tidak memandangku .
Aku kembali mendengar perbualan mereka .
" Boyfriend you ada sini .." Sangat sukar Noah menyebut sebutir-butir perkataan .
Edrea tertawa namun seakan mencari sesuatu .

'' mana ? saya tak nampak pun .. '' jawab Edrea seakan menyakat Noah .
Noah memegang kepala Edrea .

" Ini depan you sekarang .." Noah benar-benar ingin menyakinkan Edrea .
Awwwww ... sungguh romantik .
" Nah , dahlah tu awak .. " Fayyadh menghulurkan seketul lagi pau kepadaku .
Aku hanya memakannya sambil tersenyum mengenang perbualan Edrea .
tidak sangka rakan-rakanku sungguh romantik .
Ha-Neul dan Safiyya seakan dalam cerita korea yang selalu Amani tonton .

Mereka kekal dengan kemelayuan , bercakap slow semacam . Macam bisik je .
tapi bukan main Amani gelak .
terasa ingin saja aku duduk di antara mereka mendengar perbualan mereka .
Dean dan Ferral masih dengan kisah selori aiskrim mereka .

" Awak , kenapa ek awak tak belikan saya aiskrim?'' soalku pada Fayyadh .
Dia memandangku sambil tersenyum manis .
" Sebab awak pau saya . Tak nak lah awak kecut sebab aiskrim tu .." Jawabnya seakan menyindir aku yang semakin gemuk !

Aku mengalihkan pandangan ke tempat lain . Pertunjukkan bunga api bakal bermula .

Pak pakk !

" Fayyadh ... " panggilku semasa yang lain terpegun melihat keindahan bunga api .
Aku menghulurkan tasbih biru yang aku simpan untuk Isyraq Sufi .

Fayyadh berpaling kearah ku sambil tersenyum .
" Kenapa awak ? '' dia memandangku seperti risau sesuatu terjadi padaku .

Aku tersenyum .
" Sejak pertama kali saya kenal awak , saya dah memang suka awak .." terus terang ku padanya .
Yang lain melihatku dengan muka yang terkejut , termasuk Fayyadh . 
Namun dia kekal tersenyum dan memalingkan wajahnya .

Aku duduk di tikar dan sambung makan pau ! seakan tiada apa yang terjadi .

Selesai pertunjukan kami tidak terus pulang ke rumah . Fayyadh mengajakku untuk pergi ke pasar malam seoul . Disini memang terkenal dengan gerai-gerai kecil di tepi jalan. Namun terletak di kawasan tertentu .
Fayyadh memegang tanganku yang bersarung tangan . Dia mungkin risau kalau aku hilang dalam ratusan orang masa itu .
Aku juga tidak tahu kenapa dia mengajakku bersiar-siar malam itu .

" Tengoklah puas-puas . '' tegurnya . Mungkin dia tersedar aku sedang menatapnya dari tadi.
Aku mengalihkan pandangan kearah lain..
Hampir satu pagi , dia menghantarku balik kerumah .
Namun kali ini hanya di pagar Apartmentku .

" Lepas ni awak buka balik nota kecil yang awak dapat di Nami hari tu , okay ? '' pintanya. Aku kebingungan namun tidak bertanya .

" Dah baca semua awak call saya .'' sambungnya lagi .
aku hanya mengangguk .
Dia terus tersenyum .. Comel !
" Cik Arfa , tolong laju sikit .. kita orang dah sejam kat sini tunggu kau ..'' sergah Safiyya .
Mereka tidak dapat masuk kerumah kerana hanya aku yang membawa kunci rumah .
Aku hanya mampu tertawakan mereka .

Selesai menyegarkan badan , aku membuka kotak dimana aku meletakkan nota-nota kecil dari Fayyadh , termasuk nota kecil dari lelaki di pulau Nami dulu

" Awak ke yang baling saya dengan salji ? '' soalku kepadanya setelah membaca dan melihat tulisan yang sama disetiap nota .

" Saya tak sengaja masa tu.. tapi , itulah pertama kali saya nampak awak .. '' jawabnya melalui talian .
Aku hanya mampu tersenyum bila teringat akan kejadian itu .

Nyatanya , malam ini aku isikan dengan kenangan dan kebenaran . Tiada lagi beban rasa yang aku tanggung setelah berjaya meluahkan perkara sebenar pada Fayyadh ,
Aku tidak perlukan jawapan darinya .

Safiyya dan Ha-Neul ,
dua merpati yang berbeza dunia .
Namun kekal bersama dan hanya berhubung melalui hati ,
tidak perlu lisan mereka .

Amani dan Aswad ,
seakan sukar dipisahkan lagi .
Tidak perlu sedunia tahu 
Cukup mereka yang tahu , 
apa itu keikhlasan dalam cinta .

Dean dan Ferral ,
kadang dimata manusia mereka 
seharusnya berpisah
namun hati mereka saling memerlukan
hingga kemarahan juga tidak mampu memisahkan mereka .

Edrea dan Noah ,
lama mana perkenalan ,
bukan pengukur kekalnya hubungan 
Itulah pegangan mereka ,
walau kelihatan kekok tika bersama ...


Semoga kekal setiap cinta yang dikurniakan buat mereka .
Dalam realiti atau fantasi .












No comments:

Post a Comment