Wednesday, 10 January 2018

Part 8

Entah kenapa hatiku tidak tenteram hari ini untuk pergi kuliah .Seakan sesuatu bakal berlaku .
Namun aku gagahi juga diriku untuk melawan segala perasaan ini . Mungkin itu hanya alasanku malas ke kuliah .
Safiyya tiba-tiba datang menerpa ku dengan muka yang sukar ditafsir .

" Wei , aku tak sedap hatilah .." Safiyya memegang dadanya dengan muka yang kusut .
Aku juga menyatakan perkara yang sama kepadanya .

" Malam tadi aku tak dapat tidur . Macam ada something je . " Edrea pula tiba-tiba bersuara .
Kami berkumpul untuk bersarapan namun tidak seperti hari-hari yang biasa . Penuh dengan keriuhan .
Dean juga kelihatan gelisah kerana dari semalam dia mendengar namanya di sebut berkali-kali .

''Takkan rumah kita ni berhantu ?'' sampuk Safiyya yang mulai ketakutan .
Kami memandangnya dan menafikannya .

" Takde lah .. kau orang janganlah fikir bukan-bukan .." Sergahku yang sebenarnya turut merasa takut .
Amani yang lambat hari ini bergegas memakai kasutnya . Kami hanya menantinya depan pintu .

" Amani , kau okey ke ? '' soal Dean kerana pelik melihat Amani yang terlalu ceria .
Kami berpandangan sesama sendiri .

" Aku okeylah . Kau orang kenapa ni ? sahut Amani sambil tersenyum .
Kami hanya menggeleng .

Seperti biasa , selepas kuliah kami akan berkumpul di cafe bagi membuat perbincangan . Walaupun berbeza bidang , namun kami tetap bekerjasama dan saling membantu kiranya kami mampu. Bak kata Safiyya " Wonderpets '' .
Namun kali ini , aku tidak dapat menumpukan sepenuhnya perhatianku dalam kelas . Mungkin masih terbawa dengan perbualan kami di rumah tadi .
Yang lain juga kelihatan berbeza dari sebelumnya .

Ya Allah , kenapa aku ni .....

Aku mengeluarkan telefon pintarku dan mula menghantar message kepada Fayyadh .Namun tiada balasan .
Aku bertambah bimbang dan gusar .
" Hello , yes I'm Amani .. '' terpanah pandangan kami pada Amani setelah dia menerima panggilan dari seseorang .
Wajahnya berubah tiba-tiba .

" Amani , kenapa ? Apa jadi ? ''  soal Safiyya sambil memeluk Amani yang mula menangis .
Kami turut bertanya .
Namun Amani tidak mampu berkata apa-apa , dia hanya menunjukkan telefonnya pada kami .
Panggilan telah diputuskan . Bagaimana kami ingin tahu apa yang terjadi .

Amani menangis sekuat hati .

" Ya Allah , apa salahku ... kenapa aku diuji begini ..? '' Amani memegang kepalanya dalam pelukan Safiyya .
Mujur saja cafe itu tidak ramai orang . Mereka hanya melihat kami dengan penuh tanda tanya .

" Amani , jawablah .. kenapa ? Apa jadi ? '' soal Dean pula .
Kami juga turut menangis melihat keadaan Amani . Entah kenapa dirinya begitu kelihatan lemah.

" Aswad dah takda , kau orang ..." Jawabnya sambil teresak .
Kepalaku bagai diketuk .

Ya Allah . baru tiga hari lepas aku melihat mereka bersama .

" Apa kau cakap ni Amani ... ''marah Safiyya yang juga seakan tidak percaya .
Amani pengsan dalam dakapan Safiyya . Mungkin tidak percaya dengan apa yang terjadi .
Kami membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan .

Aku cuba menelefon Fayyadh untuk memintanya mencari tahu apa yang telah terjadi .

Sejam lamanya baru Amani sedarkan diri.
Fayyadh masih mendiamkan diri .
'' Amani , be strong .. '' Sapa Edrea ketika melihat Amani yang masih menangis seakan sukar untuknya menerima pemergian teman lelakinya .
" Dulu masa ibu aku meninggal , Aswad yang pujuk , tenangkan aku .. Sekarang , dia pula tinggalkan aku .. '' Amani merasa kehilangan arwah ibunya kini berulang .

Apa tidaknya ,Aswadlah yang sentiasa ada untuknya sewaktu Amani jauh dari keluarga . Aswad juga yang sanggup pergi ke Seoul hanya untuk menemani Amani .

" Sabar Amani ... kita orang ada untuk kau .. '' aku memeluk Amani dan disertai yang lain .
Sungguh kami tidak merasa kehilangan itu . Namun aku tahu sakitnya kehilangan orang yang disayang .

Amani seakan sukar membuka matanya kerana semalaman menangis . Jenazah Aswad telah diterbangkan ke Malaysia awal pagi tadi .
Sempat juga Amani melihat wajah terakhirnya di bilik mayat , namun Amani tidak sekuatnya yang kami sangka . Dia hanya pengsan melihat teman lelakinya terbaring kaku .
Amani merindukan senyuman dan gurauan Aswad . Kami tahu akan itu .

" Love , bangunlah ... kenapa tinggalkan saya ? love tak sayang saya lagi ke ? bangunlah.... '' Amani menggoncangkan tubuh Aswad yang telah keras .
Aku tidak mampu melihatnya .Aku keluar dan mencari ruang untuk melepaskan tangisan .
'' Awak janganlah nangis .. Setiap yang hidup pasti akan mati juga awak . Siapa tahu , saya yang kat sebelah awak ni pun akan pergi sama ... '' Sergah Fayyadh yang telah lama di luar bilik mayat . 
Aku hanya mampu menangis . Mana mungkin aku kuat untuk kehilangannya .
Fayyadh mengambil kepalaku dan meletakkan di dadanya .
Pecah tangisanku bila teringat akan nasib Amani .
Hanya itu yang aku ingat sebelum Amani pengsan di bilik mayat itu .
Fayyadh menjemput rakan-rakannya yang beragama islam untuk hadir ke rumah kami bagi membacakan yassin dan tahlil untuk arwah Aswad .
Ha-Neul , Noah dan Ferral juga ada bersama . Mereka turut bertafakur walaupun berbeza agama dan mereka dengan cara mereka .

Amani tidak dapat bersama teman lelakinya pulang ke Malaysia kerana kekangan kewangan . Ahli keluarga Amani akan mewakilinya di Malaysia .
Selesai tahlil , aku mendekati Fayyadh di koridor .
Ha-Neul membantu Safiyya membasuh pinggan manakala yang lain berbual dengan nada suara yang perlahan .

Amani tidak lagi menangis . Namun masih tidak berkata apa-apa . Dia hanya kusyuk membacakan yassin untuk arwah teman lelakinya .

" Macam mana awak kenal Aswad ? '' soalku padanya tiba-tiba .
Fayyadh menarik nafas panjang . Dan memandangku .

" Saya tak kenal Aswad sebelum ni .. Tapi saya kenal dia lepas kitaorang pergi beli aiskrim malam tu ..'' jelasnya .
Aku baru teringat . Rasa sebak bila mengingatkan kejadian itu.

" Aswad minta saya carikan rumah untuk dia . Dia cakap dia tak mampu nak bayar rumahnya yang sekarang ..'' sambungnya lagi .

Aku hanya mengangguk .

" Jadi macam mana awak tahu dia meninggal ? '' soalku lagi .
Fayyadh menutup matanya .

" Saya ajak dia tinggal dengan saya . Dia setuju . Tapi semalam bila saya datang nak tolong dia angkat barang , dia nampak pucat dan terbaring .. '' Fayyadh berhenti bercakap kerana terpandang kearah Amani .

'' Lepas tu apa jadi awak ? '' aku dihantui tanda tanya .
Fayyadh duduk di koridor dan meluruskan kakinya .

" Aswad macam tengah tahan sakit perut .. Saya fikir dia gastrik . Sebab tu saya bawa dia pergi hospital . Tapi saya tinggalkan telefon Aswad dengan nurse . Kalau ada apa-apa nurse tu boleh call Amani ataupun saya .Saya kira nak tidur kejap , tapi terlajak sampai pagi ..'' Jelasnya panjang .
Raut wajahnya kelihatan penuh rasa bersalah .

'' Bukan salah awak , jangan risau . Amani dah redha dengan semua ni.." pujukku bila melihat Fayyadh mula menangis .
Bukan mudah melihat lelaki menangis .

" Saya tak tahu perkenalan saya dengan Aswad kejap macam ni je awk .. '' suaranya mula hilang .
Aku juga turut bersedih mengenangkan Aswad .

Safiyya memanggil kami untuk bersama-sama menemani Amani yang sudah boleh di bawa bercakap .

 " Amani , kita orang semua ada untuk kau . '' Pujuk Safiyya .
Kami hanya merenungnya yang mula tersenyum .

" Aku redha Peyya . Aswad dah lama tahan sakit , aku je tak sedar ..'' jawab Amani dengan tenang .
Kami semua bingung .
Aswad sakit ? Dia kelihatan sihat luarannya .

" Aswad ada kanser perut stage 4 sejak tahun lepas..Sejak dia datang sini , makan minum dia tak menentu ..Gaji dia tak seberapa , pengajian dia juga ditanggungnya sendiri ..'' jelas Amani yang mula merah matanya .

Patut saja dia ingin mencari rumah murah . Kesian Aswad .

Amani menunjukkan message terakhir Aswad malam semalam . Dimana kami merasakan tidak tenang dan Dean mendengar namanya di panggil .
Assalammualaikum Miss , maaf ye Love penat sangat . Esok Love datang ambik Miss okay . .Skrg Love nak rehat cukup-cukup ..Nanti nak jumpa Miss ..Hihihi.. Love you sayang . Jaga diri tau❤😘 

 Airmataku tidak tertahan . Sungguh dalam makna kata-kata Aswad . Seakan dia cuba menyatakan cintanya pada Amani.

 Amani kini menjadi insan yang paling tabah . Dia yang dulunya pendiam kini semakin pendiam .Namun bezanya , dia tidak lagi menonton Kdrama .
Dia lebih banyak bergaul dan bersama kami .
Mungkin itu caranya untuk melupakan apa yang dia alami .

Hari ini , aku akan menghadiri kursus ke University Of Daejeon . Jika diikutkan Dean akan menemaniku , namun dia perlu menemani Ferral mencari barang dapur . Tahulah lelaki . Mahu tidak mahu , Fayyadh yang menemaniku kerana hanya dia yang cuti .
" Hai Arfa .. Long time no see ..'' Sapa seorang gadis yang tinggi dan cantik parasnya .
Zana , siapa tidak kenal . Rakan duet Rhania sekiranya ada pertandingan menyanyi .

Fayyadh memandang kearahku .

" Eh Zana ,hidup lagi rupanya kau .. Alhamdulillah .. aku okey je .." Jawabku sinis . Fayyadh menutup mulutnya mungkin ingin ketawa .

Zana hanya tertawa hambar mungkin terasa dengan kata-kataku .

" Ha'aah hidup lagi .. Takkan lah aku nak mati tinggalkan Isyraq sorang-sorang .'' sekali lagi sindirannya .
Ingin saja aku tarik tudungnya .

" Dah lah sayang .. Jom , nanti lambat pula ..'' sergah Fayyadh sambil mengangkat begku . Mungkin dia masih ingat apa yang telah aku ceritakan padanya mengenai Zana .

Aku hanya melambaikan tangan pada Zana dan terus berlalu .

" Poyo lah perempuan tu .. Dahlah macam Donald duck .." Sindir Fayyadh setelah jauh dari Zana .
Aku hanya tertawa sekurang-kurangnya ada Fayyadh yang memahami aku .

Aku meminta Fayyadh menantiku dua jam di tempat menunggu . Kesian Fayyadh kerana harus menemaniku hari ini .
Kursus ni pun satu masalah juga , punyalah banyak U kat korea ni , nak juga Daejeon .

Dua jam bukan lama mana kalau setakat melukis . Setelah aku keluar , aku lihat Fayyadh sudah meletakkan kepalanya pada dinding . Penat agaknya hingga tertidur .

Aku duduk ditepinya dan membetulkan rambutnya telah terjuntai .

Awak jangan tinggalkan saya tau ...

'' Dah lama ke awak siap ? '' soal Fayyadh yang telah lama terbangun .
Aku hanya melayari internet sambil menanti dia tersedar . Tak sampai hati nak kejut .

" Dah dekat sejam awak tidur . '' aku terus mengajaknya untuk pulang .

Dalam perjalanan menuju pintu utama , mataku terpanah pada satu wajah .
Isyraq sufi .
Dia menghampiriku dan Fayyadh ..

" Assalammualaikum awak ..'' sapanya sambil tersenyum .
Seakan tiada benda yang telah terjadi .
'' Waalaikumussalam ..'' jawabku ringkas .

Walaupun jauh dalam hatiku aku gembira , namun aku tetap kuatkan egoku .

'' Boleh saya cakap sikit dengan awak ? '' soal Isyraq .
Aku memandang kearah Fayyadh dan dia hanya tersenyum tawar . Fayyadh mengambil beg ku dan duduk di sebuah kerusi yang disediakan.

" Awak nak cakap apa ? '' Tanya ku .
Isyraq menundukkan wajahnya .

" Saya nak minta maaf at..'' aku terus memintanya untuk tidak menghabiskan kata-katanya .
" Tak payahlah minta maaf lagi .. Saya dah lupakan semua ..'' jawabku .

Isyraq terus memaksa untuk meminta maaf . Aku rindu akan lelaki yang ada di depanku .. Namun , hatiku tidak lagi untukku .

" Awak dah lupa Umayrah ? Awak nak tak jumpa Umayrah ?'' Soal Isyraq .

Sekali lagi dia cuba memujukku dengan gunakan nama Umayrah . Namun aku tewas .
Aku bersetuju untuk pergi ke Jeonju bertemu Umayrah .

Aku meminta Fayyadh kembali ke Seoul bersendirian . Wajah Fayyadh kelihatan lain dan dia tetap tersenyum .. Sebelum pergi , dia sempat membisikkan sesuatu padaku .
I'm your superhero .
Aku hanya tersenyum dan mencubit manja hidungnya .

'' Awak dengan lelaki tu couple ke ? '' soal Isyraq sewaktu dalam perjalanan .
Aku hanya menggeleng sambil bermain telefon .
Sepanjang jalan aku hanya mendiamkan diri . Memang niatku hanya ingin bertemu Umayrah semata .

" Dah lama Arfa tak datang sini .. ingat dah lupa Umayrah .. '' Puan Masnah meluahkan rasa hatinya .
Aku cuba menafikan dan mengatakan perkara sebenar .

"Orang tu ada boyfriend kak .. manalah ingat Umayrah lagi ..''sampuk Isyraq seakan menyindirku dengan Fayyadh .
Aku memandangnya dengan penuh kebencian yang mendalam .

Tidak betah aku duduk dirumah ini lama-lama dengan lelaki yang pernah mempermainkan aku . Aku meminta izin kepada Puan Masnah untuk membawa Umayrah pergi ke sungai .
Sekali melepaskan kerinduan pada anak kecil ini .
'' Umayrah , ummi dah tak sayang Abuya tau .. '' aku seakan bercerita dengan Umayrah yang tidak mengerti apa-apa .
'' Abuya tak percaya ... '' Jawab Isyraq yang tiba-tiba berada di tepiku .
Aku terus berdiri bersama-sama Umayrah .

'' Apa yang awak suka sangat dengan lelaki tadi ? Sampai awak cepat lupakan saya ? awak memang tak boleh kekal dengan satu lelaki ek ? '' Soal Isyraq .
Aku menoleh belakang .

'' Sekurang-kurangnya lelaki tadi tak permainkan hati saya . Dan , buat apa saya tunggu lelaki yang tak pernah hargai saya ? '' aku terus pulang selepas mengembalikan Umayrah .

Sungguh sakit hatiku diperkatakan sedemikian .
Sampai saja di Seoul aku terus pergi ke tembok dimana Fayyadh selalu mengajakku bila aku stress .
" Arfa Hijanah ? '' Sapa seseorang sambil menghulurkan pau yang masih panas .
Fayyadh seakan tahu aku berada disini .

'' Awak okey tak ni ? Duduk seorang-seorang , nanti kena culik macam mana ? '' gurau Fayyadh .
Aku tidak menjawabnya malah terus makan pau yang diberinya tadi .

'' Awakkk ..'' panggil Fayyadh lembut .
Aku terus menarik lengannya dan menangis .

" Awak , saya benci Isyraq ! '' hanya itu aku mampu katakan .
Fayyadh mengusap kepalaku .

" kenapa ni ? apa dia buat dengan awak ..'' aku berhenti menangis dan kembalikan makan pau .
'' Dia persoalankan cinta saya . Kenapa saya pilih awak , kenapa saya tak cari dia .. '' Airmata ku kembali menitis.
Fayyadh menarik kepalaku dan meletakkan di dadanya .

" Dah..dah... awak nangislah sepuas hati .. Balik rumah nanti tak mau nangis okay ? Nanti dia orang risau ..'' pujuknya sambil menyanyikan lagu What should I do runut bunyi bagi Kdrama You're Beautiful ..

Tanpa ku sedar aku terlelap dalam dakapannya . 5 pagi aku tersedar dia masih gagah berdiri sambil makan pau ku tadi .

" Kenapa tak kejut ? '' soalku sambil membetulkan tudung .
Dia memegang kepalaku .

" Saya tahu awak penat .. Jangan risau , saya tak sentuh awak pun ..'' katanya sambil tersenyum.

Hatiku semakin berbunga-bunga . Mungkin aku sudah semakin sayang padanya .

'' Nak masak apa ek malam ni ? '' soal Safiyya . kerana malam ini merupakan 40 hari pemergian Aswad .
Amani juga semakin pulih dan membantu untuk tahlil kali ini. Tak sangka ramai juga rakan-rakan Fayyadh yang beragama islam .

" Kau masak biasa-biasa jelah ..'' sahut Dean yang sibuk membersihkan ruang tamu .
aku dan Edrea mengelap pinggan yang akan digunakan .

' Ha-Neul ni beli ayam dari Malaysia agaknya ..'' Safiyya yang tidak tenteram kerana Ha-Neul belum kembali lagi .

Aku hanya tertawa . begitu juga Amani dan yang lain .
Tahlil kali ini Amani tidak lagi menangis . Dia redha dengan apa yang telah menimpanya . Dia telah menjadi seorang yang tabah dalam mengharungi hidupnya .

Amani menjadi seorang yang baru . Amani yang baru .
Semoga tenang disana , Aswad...

 
 

 

 

 
 

No comments:

Post a Comment